TAWARAN BELI 1 PERCUMA 1 UNTUK MERAIKAN ‘HARI NASI LEMAK MB’


Kita sudah pun berada di pertengahan tahun 2021, dan rakyat Malaysia masih lagi di dalam sesi memerangi pandemic sambil berusaha untuk membentuk imuniti berkelompok. Pelbagai situasi yang menyentuh hati dilihat dikalangan rakyat Malaysia yang bersatu hati serta saling membantu antara satu sama lain tidak kira agama, bangsa mahupun budaya dalam memastikan kesejahteraan semua terjaga.

Bukti jelas rakyat Malaysia bersatu padu dalam mengatasi kesukaran dikala pandemik ini dapat dilihat apabila mereka sering mengambil berat tentang keadaan sekeliling terutamanya petugas-petugas barisan hadapan. Begitu juga Nasi Lemak, Hidangan Kebanggaan ramai ini mempunyai keunikan rasa, dihasilkan dari pelbagai bahan dan ramuan, menjadikannya sebagai hidangan pilihan ramai yang melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.

Marrybrown kini sudah 40 tahun beroperasi sebagai rangkaian restoran perkhidmatan pantas Halal pertama terbesar di Malaysia kini sekali lagi dengan bangganya meraikan ‘Hari Nasi Lemak MB’ sebagai hadiah untuk semua rakyat Malaysia yang menjadikan Nasi Lemak MB sebagai makanan kebanggan semua!

Kami ingin menjemput semua rakyat Malaysia untuk memeriahkan jualan atas talian melalui aplikasi Shopee, dengan 10,000 bungkus Nasi Lemak MB yang disediakan menerusi tawaran Beli 1 Percuma 1! Jangan tunggu lagi, berkongsilah dengan kawan-kawan, keluarga, dan rakyat Malaysia pada Hari Nasi Lemak MB. 



Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Tarikh: Ahad, 1 Ogos 2021
Masa: Bermula jam 12 tengah malam dan seterusnya
Platform: Shopee Rasmi Kedai Marrybrown (Pautan web hanya berfungsi di telefon bimbit)


Setiap tahun, 1 Ogos adalah merupakan Simbolik “Hari Nasi Lemak MB” di Marrybrown, akan tetapi anda juga boleh mendapatkan tawaran menarik di setiap 1 hari bulan di bulan berikutnya. 

Untuk maklumat lanjut tentang Hari Nasi Lemak MB atau tawaran dan servis penghantaran Marrybrown, sila kunjungi:

Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
YouTube: MarrybrownTV

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM