NIKMATI CITARASA HEBAT TEXAS CHICKEN, KINI DI FOODPANDA

 

foodpanda Malaysia telah mengumumkan tambahan baharu kepada senarai rakan niaga mereka melalui kerjasama dengan Texas Chicken Malaysia. Dengan pengumuman terbaharu ini, foodpanda kini dapat membawakan kenikmatan Texas kepada para pengguna dan seterusnya menambah keriangan dalam setiap pesanan.

Pengarah Urusan foodpanda, Sayantan Das menzahirkan kegembiraan atas usahama dengan Texas Chicken ini yang selari dengan usaha berterusan mereka dalam membawa lebih ramai lagi rakan niaga ke platform berkenaan. Beliau menambah bahawa peranan foodpanda untuk memberikan apa yang pelanggan mahukan kini menjadi semakin penting di waktu rakyat Malaysia disaran untuk kekal di rumah dan bersama mengekang penularan wabak. “Sebagai sebuah syarikat yang berlandaskan data, kami memahami para pengguna dan sentiasa berusaha memberikan lebih pilihan untuk memenuhi keperluan yang sentiasa meningkat serta meletakkan syarikat sebagai peneraju bagi segmen q-commerce di pasaran. Dengan Texas Chicken, kami melihat satu peluang keemasan untuk membawakan kesedapan dan kerangupan hidangan ayam goreng kepada rakyat Malaysia dan kami tidak mahu melepaskan peluang ini,” kata beliau.

Mengulas tentang usahasama ini, Pemangku Pengurus Besar bagi Texas Chicken Malaysia, Tan San Jean berkata, “Usahasama dengan foodpanda ini merupakan satu Langkah ke hadapan dalam meluaskan capaian kami. Mengambil peluang atas kekuatan dan jaringan meluas foodpanda di seluruh negara, kami berharap untuk memberikan khidmat kepada seramai mungkin rakyat Malaysia.”

Tan juga menambah, “Usahasama seperti ini memberikan peluang kepada jenama kami untuk berkembang ke kawasan yang tidak pernah terjangkau sebelumnya dan memberikan lebih kemudahan kepada para pelanggan untuk menikmati produk kami. Kami tidak sabar untuk memenuhi citarasa rakyat Malaysia yang mahukan rasa terbaik dari kami dan seterusnya menyampaikan rasa Texas yang terkenal kepada mereka.”

Sememangnya rasa terbaik dari Texas Chicken digemari rakyat Malaysia di semua peringkat umur. Dengan hampir 80 cawangan Texas Chicken di seluruh negara, para pengguna kini boleh menikmati ayam yang lazat, burger yang sedap, wrap dan tentu sekali pastri terkenal mereka iaitu biskut mentega-madu (honey-butter biscuits) yang hangat dari ketuhar, hanya dengan membuat pesanan dengan selesa tanpa perlu meninggalkan rumah mereka.


Untuk maklumat lanjut tentang pengumuman terbaharu yang tentunya akan memenuhi citarasa anda ini, sila layari Texas Chicken on foodpanda




Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM