SWEET TOOTH BAKAL KEMBALI KE NETFLIX UNTUK MUSIM 2


Siri fantasi kegemaran ramai, Sweet Tooth bakal kembali ke Netflix untuk musim kedua dengan lapan episod satu jam. Berdasarkan siri komik DC oleh Jeff Lemire dan diterbitkan oleh Team Downey dengan persekutuan Warner Bros. Television, Musim 1 Sweet Tooth telah mula ditayangkan pada 4 Jun 2021 di Netflix, di mana ia talah ditonton oleh 60 juta isi rumah dalam tempoh empat minggu pertama penstrimannya.

Sweet Tooth dibintangi oleh Christian Convery sebagai Gus, Nonso Anozie sebagai Jepperd, Adeel Akhtar sebagai Dr. Singh, Will Forte sebagai Richard, Stefania LaVie Owen sebagai Bear, Dania Ramirez sebagai Aimee Eden, Aliza Vellani sebagai Rani Singh, dan Neil Sandilands sebagai General Abbot; dengan James Brolin sebagai suara latar.

SINOPSIS: 
Sepuluh tahun lalu, peristiwa “The Great Crumble” telah memporak-perandakan dunia dan menyebabkan kemunculan mahkluk hibrid — bayi ayng dilahirkan separuh manusia dan separuh haiwan. Mahkluk hibrid ini telah diburu kerana mereka ditakuti manusia. Selepas sedekad menetap dengan aan di dalam hutan, seekor hibrid rusa-budak lelaki yang bernama Gus (Christian Convery) telah bersahabat dengan seorang pengembara solo bernama Jepperd (Nonso Anozie). Bersama, mereka mereka menjelajahi Amerika untuk mencari jawapan – asal-usul Gus, masa silam Jepperd, dan erti sebenar tempat tinggal mereka. Perjalanan mereka dipenuhi suka-duka dan Gus mendapati dunia luar adalah sebuah tempat yang kompleks dan merbahaya daripada apa yang dia jangkakan.

Comments

Popular posts from this blog

PROJEK LAUNCHPAD BANTU PELARIAN WANITA SEMASA PKP

EARLY AUTISM PROJECT MENGANJURKAN RUN FOR AUTISM 2026 SEMPENA ULANG TAHUN KE-20 UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI INDIVIDU DENGAN AUTISME

SLOT MEGADRAMA ASTRO RIA KETENGAHKAN ISU PENCERAIAN DALAM SIRI DRAMA 'CINA BUTA'

GANJARAN RAKSASA WATSONS CLUB KEMBALI DENGAN LEBIH MERIAH, MEMBERI PELUANG KEPADA AHLI UNTUK MEMENANGI SEBUAH RUMAH

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”