EXPERIAN INFORMATION SERVICES LANCAR KEMPEN 'KNOW MONEY'


Bersempena dengan Bulan Kesihatan Kredit pada Julai ini, Experian Information Services (Malaysia), melancarkan Kempen Know Money, sebuah kempen celik kewangan menyeluruh yang bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia akan kepentingan kesihatan kredit bagi pengurusan dan kawalan kewangan peribadi yang lebih berkesan, terutamanya pada waktu pengguna bersiap sedia untuk menghadapi kesan jangka masa panjang ekonomi COVID-19.

Ini seiring dengan keadaan semasa di mana Malaysia sedang melalui Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketiga dan moratorium pinjaman automatik kedua telah dilaksanakan bagi terus membantu individu serta isi rumah yang terjejas akibat dari kawalan pergerakan yang dilanjutkan. Merujuk kepada Pelan Pemulihan Negara, bantuan sementara ini akan berlangsung selama 6 bulan bermula 7 Julai 2021.

Dengan pembayaran balik pinjaman dilanjutkan buat kali kedua, pengguna yang terjejas mungkin akan mengalami tekanan dalam menguruskan isu kewangan, terutamanya bagi mereka yang cetek pengetahuan mengenai kewangan peribadi. Kempen Know Money diperkenalkan bagi membantu pengguna untuk bermula dengan pembelajaran asas dan membina keyakinan untuk menempuh cabaran dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh.

Sepanjang tempoh kempen, Experian akan menawarkan laporan kredit percuma yang memberikan gambaran menyeluruh mengenai profil kredit individu, maklumat kredit perbankan (CCRIS), skor kredit (i-SCORE Experian) dan banyak lagi. Tambahan, setiap pengguna juga berpeluang untuk menikmati potongan tambahan 50% bagi produk pengguna yang lain.

i-SCORE Experian merupakan perkhidmatan skor kredit pengguna di Malaysia. Ia berdasarkan analisis statistik fail kredit pengguna bagi menghasilkan skor dari lingkungan 300 hingga 800. Lazimnya skor ini akan diguna pakai oleh pemiutang untuk menentukan tahap kredit seseorang sebelum meluluskan atau menolak sebarang pinjaman kewangan. Skor yang tinggi menandakan risiko kredit yang rendah kepada pemiutang dan boleh membantu dalam merendahkan kos pinjaman buat pengguna.

Celik kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia adalah amat rendah. Kebanyakan dari mereka mempunyai masalah pengetahuan serta kemahiran kewangan peribadi. Walaupun ada segelintir yang ingin mencuba tetapi tidak tahu bagaimana, sebahagian yang lain hanya menyedari akan kepentingan celik kewangan apabila mengalami masalah dalam kewangan peribadi.

Bagi sesetengah rakyat Malaysia, kewangan peribadi merupakan topik yang rumit, namun kunci bagi pengurusan dan kawalan kewangan peribadi boleh menjadi mudah, dan langkah pertama yang harus dilakukan adalah dengan memahami akan kepentingan kesihatan kredit. Namun begitu, masih ramai yang memandang mudah akan hal ini, apatah lagi memahami akan kepentingan kewangan peribadi.

Ini disokong dengan kajian analisis i-SCORE Experian yang merangkumi perkhidmatan kredit seperti kad kredit, pinjaman peribadi, overdraf, gadai janji, pinjaman kenderaan, pinjaman pendidikan dan pinjaman kerajaan, serta lain-lain. Kajian melibatkan 5.7 juta individu berumur dalam lingkungan 22 tahun sehingga 65 tahun dan keatas bagi tempoh suku pertama (Q1) 2020 hingga suku pertama (Q1) 2021 yang merangkumi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pertama dan kedua.

Analisis i-SCORE Experian menekankan kepentingan menambahbaik kesedaran kesihatan kredit kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan muda. Berdasarkan analisa yang dilakukan, pengguna lebih muda dilaporkan membuat lebih banyak permohonan kredit dalam 3 suku terakhir (Q3) 2020 hingga (Q1) 2021, berbanding kumpulan matang yang kekal konservatif.

Peningkatan permohonan kalangan golongan muda merupakan trend membimbangkan apabila Bank Negara Malaysia (BNM) menekankan bahawa 47% golongan muda Malaysia mempunyai hutang kad kredit yang tinggi. Malahan, kebanyakan kes bankrap berpunca dari ketidakupayaan menanggung hutang yang merangkumi pembelian ansuran, pinjaman peribadi, dan hutang kad kredit.

Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif, Experian Services (Malaysia) Sdn. Bhd.

“Kadar celik kewangan yang rendah, terutamanya dalam kesedaran kesihatan kredit, merupakan cabaran yang lazim kalangan golongan muda di Malaysia. Analisis terkini i-SCORE Experian mengukuhkan keperluan pendidikan mengenai kepentingan kesihatan kredit kalangan rakyat Malaysia. Ini amat penting kerana ketidakstabilan ekonomi COVID-19 berterusan, akan membawa kesan kepada negara atau individu. Kempen Know Money Experian merupakan sebahagian dari komitmen jangka panjang kami untuk memperbaiki kadar celik kewangan di Malaysia. Menerusi kempen ini, kami berharap agar dapat terus memberikan pendidikan kepada rakyat Malaysia akan kepentingan kesihatan kredit supaya mereka faham bahawa ia langkah utama bagi pengurusan dan kawalan kewangan peribadi lebih baik buat jangka panjang,” kata Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif, Experian Services (Malaysia) Sdn. Bhd.

i-SCORE Experian turut menekankan, walaupun moratorium membantu pengguna skor kredit rendah, namun mereka mempunyai risiko kelalaian bayaran yang tinggi jika moratorium tidak diteruskan pada masa hadapan

Persatuan Bank Malaysia (ABM) menggalakkan bayaran balik oleh pemiutang yang berkemampuan, kerana ini akan membantu mengurangkan jumlah keseluruhan pinjaman. Bagi golongan yang masih mengalami kesukaran pembayaran, langkah proaktif kepada bank bagi permohonan bantuan amatlah disarankan. Oleh yang demikian, golongan ini perlu memberi perhatian lebih untuk menguruskan kredit mereka.

Oleh itu, Kempen Know Money memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan kesedaran kesihatan kredit di samping menekankan kepentingan kesihatan kredit dikekalkan dengan baik bagi pengurusan kewangan peribadi untuk jangka masa terdekat dan dalam keadaan ekonomi yang tertekan.

Selain dari menawarkan laporan kredit percuma, Experian akan bekerjasama dengan beberapa rakan kongsi, termasuklah Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK), iMoney dan RinggitPlus untuk meneruskan jangkauan pendidikan kewangan kalangan rakyat Malaysia. Sesi pendidikan percuma serta aktiviti akan dilaksanakan secara berfasa pada bulan-bulan akan datang.

“Kami teruja menjadi sebahagian dari Kempen Know Money. Visi kami adalah untuk membantu rakyat Malaysia untuk mengawal situasi kewangan mereka dan dikurangkan beban dengan penggunaan kredit yang bijak. Menerusi kempen ini, kami akan terus memperkasakan rakyat Malaysia dengan pendidikan serta nasihat mengenai pengurusan kewangan,” kata Azaddin Ngah Tasir, Ketua Pegawai Eksekutif, AKPK.

"Rakyat Malaysia menghadapi masalah membuat keputusan mengenai kewangan peribadi semasa krisis ini. Kebanyakannya merupakan masalah sulit dan tersendiri. Dengan pengetahuan dan kemahiran kewangan yang tepat akan membantu pengguna yang menghadapi masalah untuk mengatasi tekanan kewangan ini dengan bijak. Kemahiran sedemikian penting bagi membantu mereka untuk berfikir dengan jelas dan membuat keputusan dengan yakin kerana ia memberi kesan serta-merta kepada keluarga dan masa depan. Experian dan rakan kongsi kami seperti AKPK, iMoney, RinggitPlus dan banyak lagi komited untuk membantu rakyat Malaysia memperoleh kemahiran kecelikan kewangan melalui kempen Know Money dan masa hadapan tatkala kita merancang untuk pulih bersama, " ulas Lai.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen Know Money dan cara mendapatkan laporan kredit percuma, layari laman kempen.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO