3 RESIPI DAGING AUSTRALIA YANG HARUS ANDA CUBA DI HARI RAYA HAJI
Daging Kurma Dengan Kentang |
Australia mengeluarkan sebahagian besar daripada daging lembu dan kambing yang berkualiti tinggi di dunia. Industri daging Australia memenuhi pelbagai keperluan pelbagai pengguna di lebih daripada 100 buah negara. Tidak kira apa sahaja yang anda resepi daging yang anda idamkan, industri daging Australia dapat menawarkan produk mengikut citarasa anda.
Berbekalkan pengalaman lebih daripada 200 tahun, industri daging merah Australia telah berkembang dengan dinamik dan progresif hari ini. Gabungan usaha para petani dan teknik pemproses moden, berserta dengan penternakan di persekitaran yang tidak tercemar, reputasi Australia dalam menghasilkan daging lembu, biri-biri dan kambing yang berkualiti tinggi memang telah tersohor di serata dunia.
Jom kita cuba resepi-resipi yang berasaskan daging merah Australia ini:
DAGING KURMA DENGAN KENTANG
Bahan-bahan
- 500g Daging Lembu Halal Australia, dipotong kiub
- 300ml Santan
- 4g Kayu manis
- 2g Bunga lawang
- 2g Bunga cengkih
- 4g Biji pelaga
- 25g Rempah kurma
- 10g Serbuk kunyit
- 30g Bawang merah, dihiris
- 10g Bawang Putih, dihiris
- 10g Halia, dihiris
- 1 sudu teh Garam
- 1 sudu teh Gula
- 50g Kentang, dipotong kiub besar
- 50g Lobak merah, dipotong kiub besar
- 100ml Minyak masak
Untuk dikisar
- 80g Bawang merah
- 30g Bawang putih
- 30g Halia
- 30g Lada hijau
- 20g Daun ketumbar
Untuk hiasan
- 30g Tomato dipotong kiub
- 5g Lada merah, dihiris
- 5g Lada hijau, dihiris
Cara-cara Penyediaan
- Panaskan minyak masak di dalam kuali dengan api sederhana dan tambahkan bawang merah, bawang putih, halia, kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga. Tumis bersama bahab-bahan yang telah dikisar dengan rempah kurma dan serbuk kunyit.
- Tambahkan kiub daging dan tumis sehingga semua rempah sebati. Tambahkan santan, kentang dan lobak merah dan masak dengan api yang kecil selama 30 minit sehigga daging masak dan lembut.
- Tambah perisa dengan garam dan gula dan hiaskan dengan tomato, lada merah dan lada hijau. Hidangkan dengan nasi panas.
Daging Bakar Air Asam |
DAGING BAKAR AIR ASAM
Bahan-bahan
- 500g Daging lembu Australia (Bahagian Knuckle atau Blade) – dipotong dua
- 10g Biji ketumbar
- 10g Jintan putih
- 5g Serbuk kunyit
- 20g Serai
- 50g Bawang putih
- 30g Bawang merah
- 10g Daun ketumbar
- 5g Cili kering
- ½ sudu teh Garam
- ½ sudu teh Gula
- ½ sudu teh Lada hitam
- 100ml Minyak masak
Bahan pencicah Air asam bercili
- 100g Bawang merah (dihiris nipis)
- 100g Tomato (dihiris nipis)
- 30g Lada merah besar (dipotong halus)
- 20g Cili padi (dipotong halus)
- 30g Belacan (dicincang lumat)
- 200ml Air asam jawa
- 80g Gula melaka
- ½ sudu teh garam
Cara-cara Penyediaan
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dengan api sederhana. Tumis biji ketumbar, jintan putih, serai, bawang merah, bawang putih dan cili kering. Masukkan bahan tumisan ke dalam pemproses makanan dan kisarkan dengan serbuk kunyit, garam, gula dan lada hitam.
- Perap 2 potong daging dengan bahan kisaran di dalam peti sejuk selama ½ jam.
- Sediakan air asam dengan mencampurkan bawang merah, tomato, lada merah besar, cili padi, belacan, air asam jawa, gula melaka dan garam.
- Panaskan minyak di dalam kuali dengan api besar, masukkan daging dan masak selama 3-4 minit bagi satu belah. Balikkan daging pada belah yang lain dan masak selama 3-4 minutes. Ulangi dengan potongan kedua yang telah diperap.
- Selepas daging masak, rehatkan selama 2 minit sebelum dipotong. Hidangkan hirisan daging bersama air asam dan nasi putih.
Tauhu Bergedil Daging dengan Sambal Cili Kicap Manis |
TAUHU BERGEDIL DAGING DENGAN SOS CICAH KICAP MANIS
Bahan-bahan
- 250 gm Daging Lembu Cincang Australia Halal
- 10 biji Tauhu goreng
- 150 gm Ubi kentang, dipotong kiub kecil
- 50 gm Bawang putih, dicincang halus
- 15 gm Daun sup, dicincang
- 30gm Kacang panjang, dipotong halus
- 20 gm Lada merah besar, dipotong halus
- 10 gm Bawang goreng
- ½ sudu teh Garam
- ½ sudu teh Gula
- ½ sudu teh Lada putih
- 500 ml Minyak masak untuk menggoreng
Untuk salutan tauhu goreng
- 20 gm Tepung jagung
- 3 biji telur, dipukul
Sos Cicah Kicap Manis
- 50 gm Bawang putih, dicincang
- 30 gm Bawang merah, dicincang
- 150 gm Kicap manis
Cara-cara Penyediaan
- Untuk menyediakan inti kentang, rebus kentang selama 10 minit. Lenyekkan menggunakan garfu.
- Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Tumis bawang putih selama 3 minit dan masukkan daging cincang dan goreng sehingga masak.
- Campurkan kentang lenyek, daging, daun sup, kacang panjang, dan lada merah serta tambahkan perisa dengan garam, gula dan serbuk lada putih.
- Gunakan pisau kecil untuk membuat lubang pada tauhu goreng dengan mencungkil keluar isi tauhu. Sumbatkan dengan campuran kentang dan daging.
- Pukul telur bersama tepung jagung. Celupkan tauhu di dalam campuran telur dan tepung jagung dan goreng dalam minyak yang panas selama 2-3 minit sehingga kuning keemasan atau masak.
- Untuk menyediakan Sos Cicah Kicap Manis, panaskan sedikit minyak di dalam kuali dengan api sederhana dan tumiskan bawang merah dan bawang putih selama 3-4 minit. Adukkan dengan kicap manis.
- Hidangkan Tauhu Bergedil dengan sos cicah kicap manis.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang daging Australia, sila klik
Comments
Post a Comment