VIU ORIGINAL KELUARGA BAHA DON KINI KEMBALI BAGI MUSIM 3


Viu, peneraju perkhidmatan striming video OTT dari PCCW, membawa balik Keluarga Baha Don untuk musim ketiga. Musim 3 merupakan kesinambungan dua musim lepas siri Viu Original yang penuh dengan komedi unik tersendirinya dan watak-watak pan-Malaysia yang berkait rapat dengan situasi semasa. Keluarga Baha Don telah menjadi platform bagi memaparkan bakat komedi di Malaysia, dengan barisan pelakon yang mengagumkan sejak siri ini dimulakan pada Julai 2019.

Plotnya bersambung dengan keluarga mafia Malaysia yang aneh dan dipimpin dengan berat hati oleh anaknya yang patuh kepada undang-undang, Jo Don (Remy Ishak), yang naluri sebenarnya mahu menjadi seorang chef. Musim 1 siri ini meraih anugerah di peringkat tempatan dan serantau. Pada Anugerah Akademi Kreatif Asia 2019, Keluarga Baha Don membawa pulang anugerah Program Komedi Terbaik. Turut menang ialah bintang Keluarga Baha Don, Jihan Muse, yang menggondol Anugerah Akademi Kreatif Asia bagi Persembahan Komedi Terbaik atas watak yang dipegangnya, Kesuma di dalam siri tersebut. Sementara itu, musim kedua siri ini ditayangkan pada Disember 2020.


Diterbitkan oleh Anomalous Films, Musim 3 bersambung daripada babak tergantung pada musim kedua di mana Bobby Bachan, lakonan Fikry Ibrahim, mengeluarkan ancaman berat untuk memusnahkan Keluarga Baha Don. Pelakon tersebut mencetuskan gelak ketawa musim ini dengan menampilkan watak aneh orang jahat yang kejam yang kerjanya mencari gaduh sahaja dengan keluarga Baha Don. Musim ketiga yang mengandungi 10 episod ini akan menyaksikan Jo Don (Remy Ishak) menzahirkan elemen mafia dalam dirinya untuk menewaskan musuh ketat keluarganya, bersama dengan barisan pelakon terkenal siri ini iaitu Khir Rahman, Jihan Muse, Susan Lankester, Othman Hafsham, Nam Ron, Tony Eusoff dan banyak lagi. Pelakon baharu yang diperkenalkan termasuk Tiara Jacquelina, Elizabeth Tan, Vicha Saywho dan Datuk Jalaluddin Hassan, yang menambah seri komedia ini dengan watak mereka yang unik dan tidak boleh dilupakan.

Mr. Kingsley Warner, Manager Negara bagi Viu Malaysia berkata, “Keluarga Baha Don telah menjadi institusi komedi di Malaysia dan pemegang mohor bagi penceritaan serba baru dan lucu, yang disukai penonton di seluruh rantau ini. Pujian harus diberikan kepada para penerbit kami di Anomalous Films yang berdepan dengan cabaran membuat rakaman semasa pandemik bagi membawakan watak-watak Keluarga Baha Don yang disukai ramai untuk kembali dengan musim ketiga, tepat pada masanya bila para penonton amat memerlukannya waktu ini.”

Viu Malaysia adalah komited untuk menerbitkan lebih banyak siri berkelas dunia seperti Keluarga Baha Don. Pada Jun lalu, Viu Malaysia menayangkan Musim 2 thriller seram Black, sementara Pretty Little Liars juga bakal terbit untuk musim kedua. Musim-musim baharu ini adalah bukti kepada kejayaan dan penerimaan positif terhadap produksi asli Viu oleh para penonton di Malaysia dan seluruh rantau ini.


Episod pertama Keluarga Baha Don Musim 3 kini boleh ditonton di Viu, manakala dua episod baharu akan ditayangkan setiap minggu pada hari Khamis. Penonton yang belum menonton Keluarga Baha Don boleh menonton Musim 1 dan 2 di Viu. Muat turun app secara percuma di App Store dan Google Play dan TV pintar terpilih, selain web www.viu.com.

Comments

Popular posts from this blog

STUDY MELBOURNE HUB KUALA LUMPUR KEMBALI BEROPERASI DI LOKASI BERWAJAH BAHARU, MENGUKUHKAN HUBUNGAN DUA HALA ANTARA MALAYSIA DAN VICTORIA

DI PERSEMBUNYIAN - ALBUM PERDANA DUO FOLK POP SATWO MEMBAWA ‘ROLLERCOASTER’ MUZIK DAN EMOSI