ASTRO RADIO AKTIFKAN ‘KAMI CARE HELPLINE’
Astro Radio melancarkan Kami Care Helpline, yang disediakan sekarang kepada rakyat Malaysia yang terjejas, untuk permohonan bantuan menerusi talian WhatsApp dari kesemua jenama Astro Radio.
Pemohon berpeluang menerima barangan keperluan harian seperti beras, gula, garam, tepung, biskut, teh, makanan dalam tin dan mi segera, semasa situasi yang mencabar ini.
Kenny Ong, Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, berkata, “Kami berharap Kami Care Helpline membantu lebih ramai rakyat Malaysia mendapat barangan keperluan harian mereka ketika waktu sukar ini. Kami berusaha untuk meningkatkan sokongan bantuan dan jangkauan kami kepada mereka yang memerlukan menerusi kempen ‘Kami Care’ dan berkongsi lebih maklumat pada masa akan datang.”
Semua rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh membuat permohonan menerusi WhatsApp pada bila-bila masa, setiap hari melalui talian Kami Care Helpline.
Pendengar juga boleh menghantar permohonan bagi pihak orang lain yang memerlukan bantuan. Permohonan Kami Care Helpline perlu disertakan nama penerima, nombor telefon, alamat rumah, dan maklumat ringkas mengapa mereka memerlukan bantuan ini. Mereka yang layak akan dimaklumkan secara langsung dan penghantarkan barangan keperluan dijalankan setiap hari.
Talian WhatsApp Kami Care Helpline:
Jenama radio
Melayu |
|
016
5127777 - ERA 016
2570000 - ERA Sabah 016
3150000 - ERA Sarawak |
016
3260000 - SINAR 016
7369999 - GEGAR 016
9175555 - ZAYAN |
Jenama radio Inggeris |
|
016 6249999 – HITZ 016 4985555 - HITZ Sabah 016 532 7777 - HITZ Sarawak |
016 4935555 - MIX 016 5108888 - LITE |
Jenama radio Cina
& Tamil |
|
016
5073333 – MY 016
8718888 - MY Sabah 016
5413333 - MY Sarawak |
016
7459999 - MELODY 016
9988889 - GOXUAN 016 4913333
- RAAGA |
Untuk maklumat lanjut, layari laman web dan media sosial jenama-jenama Astro Radio: ERA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, HITZ, MIX, LITE, MY, MELODY, GOXUAN, dan RAAGA
Feature photo by: Kids photo created by jcomp - www.freepik.com
Comments
Post a Comment