SUBWAY DERMA 10,000 SANDWIC SEMPENA PELANCARAN RENDANG SUB

 

Subway® Malaysia bakal menyumbangkan 10,000 sandwic sebagai tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan dan sukarelawan di pusat pemberian vaksin dan pusat kuarantin yang telah berusaha sepenuh tenaga untuk melindungi rakyat negara daripada pandemic Covid-19.

Sumbangan ini dibuat sempena pelancaran sandwich Subway pertama di Malaysia yang menampilkan citarasa tempatan yang ikonik dan enak - Rendang Sub.

Penggemar-penggemar Subway juga berpeluang untuk memenangi baucar Foodpanda yang bernilai RM100, melalui perkhidmatan penghantaran, yang boleh digunakan untuk mendapatkan Rendang Sub yang enak – diperbuat daripada ramuan dan rempah yang segar dengan pilihan rendang ayam atau daging.

Untuk menyertai peraduan tersebut, orang ramai hanya perlu kongsikan video “Rendang Nation Anthem” – sebuah perutusan cinta yang dibintangi oleh Zee Avi, NYK, Shak dan Haneri – di laman Facebook, bersama sebuah kapsyen yang kreatif “How Rendang Can Unite Us All”, penyertaan di buka mulai 7 July sehingga 24 August 2021.

Dengan hadiah bernilai RM50,000 untuk dimenangi, 500 peserta dengan kapsyen yang paling kreative akan dipilih dan dimaklumkan tentang hadiah RM100 mereka melalui Facebook pada 31 Ogos 2021.

Rendang Sub Subway® Malaysia yang lazat ini boleh didapati melalui khidmat penghantaran makanan Foodpanda dan GrabFood, dan boleh dibawa pulang dari semua restoran Subway di seluruh negara mulai 7 Julai sehingga 14 September 2021.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://subwayisfresh.com.my

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM