'HUJAN PASTI BERHENTI' BAWAKAN MESEJ HARAPAN DI KALA PANDEMIK
Lagu ini merupakan sebuah projek khas yang melibatkan Dana Kandungan Digital (DKD) dibawah kategori dana Mikro oleh FINAS yang diberi kepada Aidilhayat Omar, Pengarah Syarikat Hayat Kreatif Sdn. Bhd. Lagu ini menggabungkan pemuisi/penulis, Umila Rahman dan kumpulan Mafidz untuk lagu ini.
HUJAN PASTI BERHENTI, sebuah lagu untuk meniup semangat rakyat Malaysia bagi kekal bertahan di era pandemik ini. Hujan pasti berhenti, begitu juga wabak Covid-19 dan kegelisahan yang melanda kita semua. Sebuah lagu yang mungkin dapat menenangkan seketika jiwa yang resah, gusar dan gundah.
“Hujan pasti berhenti” membawa mesej menaikkan semangat dan dilancarkan pada musim pandemik Covid-19 agar semua dapat manfaat dari mesej yang disampaikan melalui lagu ini.
Lagu ini merupakan sebuah karya baharu yang mana lirik ditulis oleh Umila Rahman . Beliau merupakan seorang pemuisi dan juga penulis buku Hujan Bakawali terbitan Rumah Ripta. Melodi lagu ini dicipta oleh kumpulan Mafidz yang dianggotai oleh 3 adik beradik yang bergenre Pop Folks. Lagu ini dinyanyikan oleh Megat Hafidz, Megat Aizzat dan Megat Fazly.
Lagu telah diadun (mixing) dan mastering oleh Megat Fazly. Video muzik “Hujan Pasti Berhenti” diarahkan oleh Megat Hariz dan Megat Muhammad Fitri dari Resonant Pribadi Studio.
Mesej lagu “Hujan Pasti Berhenti” adalah relevan untuk semua golongan dan peringkat umur dan memberi penghargaan kepada frontliner yang bertugas bagi melawan pandemik Covid-19. Gabungan dua anak seni ini dapat membantu menyebarkan mesej lagu ini dengan lebih meluas dan berkesan.
Umila Rahman boleh dikategori sebagai pemuisi/penulis muda yang hebat. Beliau bermula dengan menerbitkan karya sasteranya secara bebas sejak 2014. Bintang Violet,Foam, Perempuan Perempuan Merbahaya dan Hujan Bakawali di Rumah Tuhan. Umila juga aktif dalam penulisan skrip, penulisan konten dan Hujan Pasti Berhenti merupakan lirik pertama beliau.
Mafidz sangat aktif berkarya. Dinilai daripada karya-karya Mafidz sebelum ini, Hayat Kreatif Sdn. Bhd berpendapat bahawa mereka menitikberatkan mesej dan kualiti yang disampaikan dalam setiap lagu mereka.
“Hujan Pasti Berhenti” mula berada di platform Youtube pada hari Selasa bersamaan 1 Jun 2021. Tambahan lagi , lagu ini diedarkan secara digital oleh syarikat Luncai Emas Sdn Bhd dan akan berada di semua digital platform seperti Spotify , Apple Music & Joox pada 11 Jun 2021 (Jumaat) ini.
HKSB menghargai sokongan daripada pihak media dan ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan kekal positif dan jaga diri di musim pandemik ini.
Comments
Post a Comment