HERBALIFE NUTRITION ANJUR KEMPEN BULAN SARAPAN SIHAT


Sempena ‘Healthy Breakfast Month’ anjurannya, Herbalife Nutrition, iaitu syarikat pemakanan global bertaraf perdana telah menjalin kolaborasi dengan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM) untuk menyuluhi kepentingan pengambilan sarapan pagi yang sihat dan seimbang, melalui webinar yang bertajuk, ‘Getting It Right at Breakfast’. Kempen ini akan menghasilkan kandungan pendidikan bersiri menerusi pelbagai saluran bagi mendidik warga Malaysia tentang pemakanan yang sihat, terutamanya untuk sarapan pagi.

Dr. Tan Sue Yee, pakar pemakanan dari NSM – yang pernah menjalankan kajian ‘MyBreakfast Study’ di peringkat negara untuk mengupas tentang amalan sarapan pagi dalam kalangan anak-anak yang bersekolah rendah dan menengah – menyatakan, “Selepas tidur selama 8 jam seperti yang disyorkan, tubuh kita akan memerlukan tenaga. Sarapan pagi merupakan sumber tenaga yang boleh dibekalkan kepada otak dan tubuh kita untuk memulakan hari yang baharu. Ia mustahak bagi golongan dewasa dan kanak-kanak, kerana sarapan pagi yang berkhasiat dapat membantu kita kekal fokus sepanjang hari yang dilalui. Bagaimanapun, sering kali kita terleka dek kesibukan, dan lupa untuk mengambil sarapan yang berkhasiat pada waktu pagi. Memandangkan kini kebanyakan rakyat Malaysia sedang menyahut seruan kerajaan untuk berada di rumah, ayuh kita dedikasikan sekurang-kurangnya 10 minit untuk mengambil sarapan yang lengkap dan sihat pada setiap pagi.”

“Sarapan yang sihat dan seimbang hadir dalam pelbagai bentuk, dan bukan seperti yang diuar-uarkan, ia boleh disediakan dengan mudah. Kita boleh memanfaatkan sarapan sihat yang sedia untuk dimakan seperti yogurt dengan rangkuman buah-buahan, emping oat atau oat segera, atau campuran susu soya dengan buah-buahan untuk dijadikan ‘smoothie’. Asalkan komposisi pengambilan yang bersesuaian dijaga mengikut kumpulan makanan, kita dapat memenuhi keperluan diet tubuh badan kita. Sebagai contoh, dengan merangkumkan sejumlah protein dalam sarapan pagi, anda akan berasa kenyang untuk jangka waktu yang lebih lama, lantas dapat menggurangkan keinginan untuk mengambil snek,” tambah beliau.

Menurut tinjauan Tabiat Sarapan Asia Pasifik Herbalife Nutrition yang dijalankan baru-baru ini, 75% daripada responden Malaysia berpendapat bahawa pengambilan sarapan yang sihat pada setiap pagi adalah penting. Faktor yang mengekang mereka daripada mengambil sarapan pagi yang berkhasiat ialah harganya yang mahal (30%), ia tidak penting bagi mereka (28%), dan ketiadaan akses (26%). Meskipun begitu, berlatarkan situasi semasa, ramai yang telah membuat perubahan ke atas corak pengambilan sarapan pagi mereka, dengan 52% daripada responden Malaysia menyatakan bahawa mereka mengambil sarapan pagi yang seimbang dari segi khasiatnya, 50% meningkatkan pengambilan air ketika bersarapan pagi, dan 47% merangkumkan lebih banyak sayur dan buah dalam menu sarapan pagi mereka.

Kempen Healthy Breakfast Month turut mengetengahkan kepentingan pemakanan yang baik untuk membina kekuatan imuniti pada saat ini. Pemeliharaan diet yang sihat mampu memainkan peranan yang penting dalam membina dan menjaga sistem imun yang kuat.

"Saya gembira melihat ramai responden di Malaysia sedar akan kepentingan sarapan pagi, dan ramai yang telah membuat perubahan positif dengan sarapan pagi mereka," kata Steven Chin, Pengarah Kanan/Pengurus Besar Herbalife Nutrition Malaysia dan Singapura. “Namun demikian, tinjauan kami juga menunjukkan bahawa 50% responden di Malaysia tidak makan sarapan setiap hari dengan alasan kekurangan waktu dan selera makan pada waktu pagi sebagai dua halangan utama yang menghalang mereka makan sarapan pagi. Sebenarnya, halangan ini boleh diatasi dengan bangun 15 minit lebih awal untuk menyiapkan sesuatu yang sihat dan cepat, Oleh sebab ini, kami memperkenalkan Pek Sarapan Sihat untuk memudahkan pengguna menyediakan sarapan pagi yang enak, berkhasiat dan sihat. "

Healthy Breakfast Pack oleh Herbalife Nutrition merangkumi Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink, Herbal Aloe Concentrate Mix serta Tea Mix membolehkan anda memulakan hari yang baharu dengan khasiat, penghidratan, dan tenaga yang secukupnya. Untuk maklumat lanjut mengenai pek produk ini, sila layari herbalife.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA