ALAMI KEJUTAN #CRUNCHYKAWKAW WALL’S OVALTINE CRUNCHY POP


Wall’s dan Ovaltine telah berkerjasama untuk memperkenalkan aiskrim Wall's Ovaltine Crunchy Pop yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia. Aiskrim baharu ini menjanjikan keseronokan luar biasa dalam setiap gigitan yang penuh kerangupan!

Aiskrim Wall's Ovaltine Crunchy Pop menggabungkan malt putih Ovaltine bersama emping Ovaltine Crunchy Pop dengan sempurna. Pengalaman #CrunchyKawKaw bermula dengan gigitan pada emping Ovaltine Crunchy Pop yang disaluti lapisan coklat malt, disusuli dengan keenakan aiskrim Ovaltine White Malt yang penuh berkrim serta rasa Chocolate Malt Swirl yang enak sekali.

“Wall’s Malaysia telah menggembirakan rakyat Malaysia melalui pelbagai aiskrim yang menarik dan lazat. Dengan kenikmatan rasa aiskrim yang baharu daripada aiskrim Wall’s Ovaltine Crunchy Pop ini, kami berharap dapat mengukir senyuman pada wajah masyarakat di Malaysia, terutamanya pada waktu yang mencabar ini. Apabila anda menikmati rasa Ovaltine yang penuh nostalgik, keterujaan pasti terserlah dengan pengalaman #CrunchyKawKaw yang mengembalikan keceriaan serta keriangan untuk memeriahkan lagi kehidupan seharian anda,” kata Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia.


Aiskrim Wall’s Ovaltine Crunchy Pop boleh didapati di kedai runcit seluruh negara dengan harga jualan yang disyorkan sebanyak RM3.50 setiap satu. Aiskrim ini juga boleh didapati secara dalam talian di Lazada dan Shopee, serta platform penghantaran makanan seperti Grab, FoodPanda dan PandaMart.

Untuk maklumat lanjut mengenai aiskrim Wall’s Ovaltine, layari halaman Facebook rasmi Wall’s Malaysia di https://www.facebook.com/wallsmalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

FORUM AI & PERUNDANGAN 2026 MENEROKA MASA DEPAN BIDANG PERUNDANGAN

KESIHATAN INTIM LELAKI: PREMIER CLINIC BUKA JALAN BAHARU DENGAN TEKNIK KHATAN ZSR

BAKAL TIBA PADA 19 MEI DI MALAYSIA: SIRI HUAWEI WATCH FIT 5 BAHARU, WATCH ULTIMATE DESIGN EDISI SPRING, DAN FREECLIP 2 DALAM WARNA BERRY PURPLE