“JOOX MALAYSIA TOP MUSIC AWARDS (MID-YEAR) 2021” KEMBALI LAGI

 

Suara anda adalah penting dan didengari! JOOX, platform penstriman muzik dan hiburan yang paling berdedikasi di Asia, sekali lagi akan membuat peminat muzik Malaysia teruja dengan JOOX Malaysia Top Music Awards (Mid-Year) 2021! Lagu dan artis manakah yang akan menjadi pilihan peminat muzik tanah air di untuk pertengahan tahun 2021 ini? Nasib pemenang ada di tangan anda.

Anugerah ini akan menobatkan 26 pemenang Anugerah Muzik Terbaik di bawah enam kategori – Anugerah Artis Lokal, Anugerah Hit Lokal, Anugerah Artis Antarabangsa, Anugerah Hit Antarabangsa, Anugerah Hit K-Pop, dan Anugerah Top Pilihan Peminat - dimana Anugerah Top Pilihan Peminat akan diputuskan sepenuhnya oleh peminat muzik Malaysia untuk julung kalinya. Anda boleh memberikan sokongan padu dengan mengundi artis dan lagu kegemaran anda untuk membawa pulang anugerah berprestij ini! Calon-calon untuk anugerah tahun ini menampilkan ramai artis popular dan kegemaran ramai seperti Dato 'Sri Siti Nurhaliza, Haqiem Rusli dan Naim Daniel serta wajah baharu Reedzwann, manakala artis antarabangsa seperti Ariana Grande dan Alan Walker, juga bintang K-Pop seperti BTS & Blackpink. Siapakah diantara mereka yang akan membawa pulang anugerah berprestij ini? Keputusannya terletak di tangan anda!


Bermula dari 9 sehingga 24 Julai, peminat dapat menggunakan kuasa mengundi untuk memilih pemenang JOOX Malaysia Top Music Awards (Mid-Year) 2021 dengan mendaftar di JOOX. Pengguna yang menggunakan JOOX secara percuma akan mendapat 60 undi setiap hari, manakala pengguna JOOX VIP memperoleh 1,200 undi sehari untuk menyokong idola kegemaran mereka. Oleh itu, daftar sebagai pengguna VIP sekarang untuk merebut peluang ini!

Buktikan bahawa anda merupakan seorang peminat muzik terhebat dengan menjadi pengundi terbanyak di anugerah ini dan anda berpeluang memenangi sebuah iPhone 12 Pro Max2! Apa lagi yang anda tunggu?

Angie Tan, Head of JOOX Malaysia, mengatakan, "Melalui kemunculan platform penstriman muzik, sekarang merupakan waktu terbaik untuk peminat muzik, bukan saja dengan memiliki akses ke lebih dari 40 juta lagu di pustaka muzik JOOX, tetapi juga mereka diberikan kuasa untuk menobatkan siapakah artis dan lagu yang paling popular. Kami sangat teruja untuk mengetahui siapakah yang akan dipilih oleh peminat muzik Malaysia dalam enam kategori ini, dan kami juga sangat bebesar hati kerana dapat memberikan muzik dan hiburan yang terbaik untuk mereka."

Terdapat pelbagai kejutan dalam pencalonan untuk pertengahan tahun ini Dato' Sri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan kredibilitinya yang tiada tandingan dengan sekali lagi tercalon untuk Anugerah Artis Lokal; pendatang baharu seperti Aisha Retno, Akhmal Daniel, Lia Aziz, Reedzwann dan Vanessa Reynauld adalah antara artis yang mendapatkan pencalonan untuk Anugerah Hit Lokal untuk pertama kali - dengan single kedua Reedzwann "Adakah Ini Mimpi" yang mengungguli No.1 di Carta Hit Tempatan JOOX selama 13 minggu; kemunculan muzik EDM sebagai trend di Malaysia; untuk kali pertamanya dua lagu Bahasa Cina (《爱我的时候》oleh周兴哲、单依纯dan《Kick Back》oleh威神V) dicalonkan untuk Anugerah Hit Antarabangsa, serta tiga penyanyi Cina (Jay Chou, GEM dan JJ Lin) yang dicalonkan untuk Anugerah Artis Antarabangsa; dan impak hebat bintang K-Pop Blackpink's Rosé, TWICE, dan IU kepada peminat mereka di Malaysia! Selain itu juga, artis tempatan, antarabangsa dan K-Pop yang popular bersaing satu sama lain untuk mendapatkan Anugerah Top Pilihan Peminat, dan ianya hanya akan dimenangi oleh seorang artis, jadi pastikan artis kegemaran anda mendapat tempat di anugerah berprestij ini!

Ingin memulakan muzik maraton untuk memberikan sokongan padu kepada artis kegemaran anda? Muat turun aplikasi mudah alih atau desktop JOOX di Apple App Store dan Google Play Store, atau akses ke laman sesawang JOOX website. Nantikan lebih banyak muzik dan persembahan langsung artis tempatan dan antarabangsa, serta pertunjukan dan program baru yang menarik, yang dibawakan JOOX kepada anda!

Comments