MICHELLE YEOH SERTAI SIRI THE WITCHER: BLOOD ORIGIN



Netflix mengumumkan Michelle Yeoh bakal menyertai barisan pelakon siri The Witcher: Blood Origin. Pelakon berkaliber ini bakal memegang watak Scían, orang terakhir dalam sebuah puak elf yang mahir berpedang di dalam siri tersebut. 

Tiada siapa yang dapat menandingi kemahirannya bermain pedang dan tiada siapa juga dapat merasa kehilangan sepertimana dirinya. Dia berusaha untuk mendapatkan kembali sebilah pedang yang telah dirampas daripada puaknya. Perjalanannya itu bakal mengubah kisah di Continent.

Blood Origin akan ditamilkan dalam siri aksi enam bahagian dan merupakan prekuel kepada siri popular Netflix - The Witcher. Berlatarbelakangkan dunia elf 1200 tahun sebelum dunia The Witcher, Blood Origin bakal mengisahkan asal usul penciptaan prototaip Witcher, dan pelbagai peristiwa yang bakal menyebabkan pertemuan sfera “conjunction of the spheres,” di mana dunia raksasa, manusia, dan elf bertembung menjadi satu.

Comments

Popular posts from this blog

PROJEK LAUNCHPAD BANTU PELARIAN WANITA SEMASA PKP

EARLY AUTISM PROJECT MENGANJURKAN RUN FOR AUTISM 2026 SEMPENA ULANG TAHUN KE-20 UNTUK MENGUMPUL DANA BAGI INDIVIDU DENGAN AUTISME

SLOT MEGADRAMA ASTRO RIA KETENGAHKAN ISU PENCERAIAN DALAM SIRI DRAMA 'CINA BUTA'

KEMPEN "MARI BER-CAROUSELL" GALAK AKTIVITI “DECLUTTERING”

GANJARAN RAKSASA WATSONS CLUB KEMBALI DENGAN LEBIH MERIAH, MEMBERI PELUANG KEPADA AHLI UNTUK MEMENANGI SEBUAH RUMAH