DREAMSHOP TAWAR PELAN ANSURAN TANPA FAEDAH TERPANJANG

 

Dreamshop.com.my, platform e-dagang yang menempatkan lebih daripada satu bilion produk baru-baru ini memperkenalkan pelan ansuran 0% tanpa faedah sehingga 36 bulan dengan kerjasama sepuluh (10) buah bank dengan objektif menawarkan sokongan dan meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa yang mencabar ini. Syarikat ini merupakan platform e-dagang pelan ansuran tanpa faedah terpanjang dengan penglibatan jumlah bank terbanyak di Malaysia.

Rosalie Lin, Ketua Pegawai Eksekutif DCR Marketing, syarikat induk Dreamshop.com.my berkata, “Kami sedar pandemik COVID-19 telah menyebabkan pelbagai cabaran termasuklah bebanan kewangan. Sebagai sebuah platform e-dagang yang memahami kengkangan dan kerisauan pelanggan, kami berusaha keras untuk bekerjasama dengan sebanyak bank yang boleh bagi menawarkan pelan pembayaran mudah 0% untuk semua pelanggan kami, dengan harapan membolehkan mereka untuk terus menjadikan setiap pembelian impian mereka menjadi kenyataan dengan membahagikan pembayaran kepada jumlah terkawal yang lebih kecil. "

Sepuluh (10) buah bank yang menawarkan pelan ansuran 0% tanpa faedah di Dreamshop.com.my adalah Malayan Banking Bhd, United Overseas Bank (M) Bhd, CIMB Bank Bhd, HSBC Bank Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Public Bank Bhd, RHB Bank Bhd, AmBank (M) Bhd, Standard Chartered Bank dan OCBC Bank (Malaysia) Bhd.

Berikut adalah senarai bank dan rakan kongsi Dreamshop yang kini menawarkan promosi dan potongan harga khas:

 

BANK / RAKAN KONGSI

PROMOSI

CIMB Bank

*debit, kredit dan kad pra-bayar

·       Diskaun RM10 dengan perbelanjaan RM100 di dreamshop.com.my

·       Pelan Pembayaran Ansuran Mudah 0% sehingga 12 bulan

AmBank

·       Rebat RM30 dengan setiap pembelian RM200 di dreamshop.com.my

·       Pelan Pembayaran Ansuran Mudah 0% sehingga 36 bulan

Hong Leong Bank Berhad

·       Diskaun sehingga 60% untuk produk terpilih di dreamshop.com.my

·       Pelan Pembayaran Ansuran Mudah 0% sehingga 12 bulan

RHB Bank

·       Diskaun RM30 untuk setiap pembelian RM300 di dreamshop.com.my

·       Pelan Pembayaran Ansuran Mudah 0% sehingga 12 bulan

HSBC Bank

·       Diskaun RM30 untuk setiap pembelian RM300 di dreamshop.com.my

·       Pelan Pembayaran Ansuran Mudah 0% sehingga 36 bulan

Public Bank Berhad

·       Diskaun RM10 untuk setiap pembelian RM100 di dreamshop.com.my

Baucar digital beli belah VETTONS RM40 di Aplikasi Mudah Alih VETTONS

·       Jual pada harga RM1 di dreamshop.com.my, terhad kepada 100 unit sahaja

·       Pengguna perlu membelanjakan minimum RM50 untuk mendapatkan diskaun RM40 dari setiap pesanan. Tertakluk pada T&S.

·       Kod promo sah dari 7 Julai – 30 September 2021.

 

Pelanggan diminta untuk mengunjungi dreamshop.com.my bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan promosi dan perkongsian.

Selain itu, mulai bulan Julai, Dreamshop.com.my menganjurkan kempen nasional - 'WIN A SONY PS5 WITH DREAMSHOP' di mana pelanggan berpeluang untuk membawa pulang SONY PS5 idaman ramai bernilai RM2,299 dengan setiap pembelian RM20 dalam satu resit. Pelanggan mempunyai peluang lebih tinggi untuk menang dengan menghantar seberapa banyak penyertaan kerana tiada had yang ditetapkan untuk jumlah penyertaan. Peraduan ini bermula pada 1 Julai 2021 dan berakhir pada 31 Ogos 2021, dengan SATU pemenang diumumkan untuk setiap bulan. Pemenang akan diumumkan di Laman Facebook Rasmi Dreamshop pada bulan Ogos dan September 2021.


Layari Dreamshop di www.dreamshop.com.my atau ikuti laman Facebook www.facebook.com/dreamshop.com.my/ dan akaun Instagram www.instagram.com/dreamshop.com.my/?hl=en untuk lebih banyak perkembangan menarik, peraduan dan promosi.

Feature photo by: Background photo created by snowing - www.freepik.com

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA