KERIANGAN ULANG TAHUN TV3 KE-39 KJH 2023 MEMBUKA TIRAI DI SHAH ALAM UNTUK TIGA HARI!


Acara padang paling lama di Malaysia, KARNIVAL JOM HEBOH (KJH) kembali dengan tarikan baharu! Lokasi pertama untuk edisi tahun 2023 menjadi lebih bermakna apabila Karnival Jom Heboh Selangor Generasi Muda turut meraikan sambutan ulang tahun TV3 yang ke-39!

Ayuh, bersedia untuk beriadah bersama-sama ahli keluarga dan sahabat handai di Karnival Jom Heboh Selangor Generasi Muda untuk tiga hari berturut-turut bermula 2 Jun hingga 4 Jun di Dataran Karnival Stadium Shah Alam dari pukul 9.00 pagi!

Pelbagai booth disediakan oleh Media Prima Berhad dengan menampilkan rangkaian produk popular seperti TV3, TV9, ntv7, Tonton, WOWSHOP, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro, Hot FM, Buletin FM, Molek FM, Waktu Solat Malaysia, OH BULAN, Sirap Limau, SEISMIK TV, VOCKET, dan Drama Sangat.

Karnival Jom Heboh Selangor Generasi Muda dijayakan dengan kerjasama Exco Generasi Muda, Sukan & Modal Insan Negeri Selangor. Antara aktiviti-aktiviti yang menanti para pengunjung ialah bola sepak jalanan, penampilan maskot seperti Ejen Ali, Little Ammar dan Mina Mila, Makan - Makan Festival, Konsert Jom Heboh, dan banyak lagi.

Bersempena dengan sambutan ulang tahun TV3 yang ke-39 di KJH, nantikan aktiviti menarik dan eksklusif buat pengunjung KJH iaitu pameran kereta Fast X, pameran Anime, pertandingan Cosplay serta jualan eksklusif cenderahati ulang tahun TV3 ke-39 dengan kolaborasi istimewa bersama Alha Alfa (gincu) dan Ameera Zaini (tudung) di Kedai Jom Heboh. Bagi peminat tegar Anime, jangan ketinggalan peluang untuk menyertai pertandingan Cosplay yang bakal berlangsung pada hari Sabtu, 3 Jun 2023. Terdapat dua kategori iaitu kategori kanak-kanak pada pukul 11.30 pagi dan kategori orang dewasa pada pukul 2.30 petang. Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM390 (kategori kanak-kanak) dan RM3900 (kategori orang dewasa).

Studio Drama Sangat kini berwajah baharu dan dikenali sebagai Studio Tonton Drama Sangat menghimpunkan program-program menarik dan selebriti popular seperti Izzue Islam, Ropie dan Siti Sisters (I Can See Your Voice Malaysia 6), Zahirah MacWilson (Tonton Original: Metro Crime Series), Afifah Nasir, Aya Amiruddin dan Mark Adam (Tonton Original: Pontianak 100KG), Ismail Izzani, Muaz Zabir dan Liza Abdullah (Akasia: Bukan Hanya Sekadar Cinta), Puteri Balqis (Lestary: Diva Seroja), Nelissa Nizam dan Aiman Wynne (Sakura: Kampung Mat Saleh) serta Adam Lee dan Sweet Qismina (Samarinda: Malam Zulaikha). Para pengunjung hanya perlu muat turun aplikasi Tonton dari Google Play atau App Store dan mendaftar akaun untuk masuk ke Studio Tonton Drama Sangat. Bagi mereka yang melanggan pakej TontonUp, anda dapat akses untuk menyaksikan tayangan perdana episod terbaharu drama-drama bersiri dan peluang beramah mesra dengan selebriti kesayangan secara dekat di Karnival Jom Heboh.

Tidak ketinggalan Konsert Jom Heboh yang bakal digegarkan oleh persembahan mantap dari Khai Bahar, Hazama, Shiha Zikir, Aizat Amdan, Black Hanifah, Haqiem Rusli, Ismail Izzani, Floor 88 dan ramai lagi pada hari Sabtu dan Ahad, pukul 9.00 malam!

Jom! Datang beramai-ramai ke Karnival Jom Heboh Selangor Generasi Muda yang bakal berlangsung pada 2 hingga 4 Jun 2023 di Dataran Karnival Stadium Shah Alam dari pukul 9.00 pagi!

Sebarkan keseronokan dengan menggunakan tag #TV3SentiasaBersamamu #KarnivalJomHeboh dan #KJH. Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang www.jomheboh.com.my dan ikuti laman sosial rasmi di Facebook dan Instagram di @jomhebohofficial.

Comments

Popular posts from this blog

COLUMBIA ASIA LANCAR HOSPITAL KE-18 DI MALAYSIA DI BUKIT JALIL

PERSEMBAHAN KEMUNCAK ‘DRAGON ODYSSEY’ TARIK PERHATIAN DI DA MEN USJ