KECERIAAN COKLAT ANDA LEBIH ONZ DENGAN MUNCHY’S CREAM-O BISKUT CIP COKLAT

 


Perhatian kepada semua penggemar coklat – kini ada biskut cip coklat baharu di pasaran! Nikmati keceriaan coklat anda dengan Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat, satu gigitan sahaja dan anda kini lebih ONZ! Apabila kehidupan anda menjadi agak jemu dan membosankan, kembalikan senyuman wajahmu dengan biskut cip coklat lazat ini.

Dengan warisan lebih daripada 20 tahun di seluruh rantau Asia Tenggara, Cream-O adalah jenama terkenal yang menawarkan pelbagai jenis biskut berlapis yang lazat. Diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti, setiap biskut Cream-O dibakar dengan sempurna, dan pastinya memenuhi keinginan setiap penggemar biskut.

Munchy's teruja untuk memperkenalkan Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat yang serba baharu, kini terdapat dalam dua perisa yang menarik: asli dan coklat gelap! Coklat adalah perisa yang amat digemari di Malaysia, bukan sahaja dalam kalangan remaja, tetapi juga oleh golongan dewasa muda. Penuh dengan rasa coklat dan nikmat, ia juga dikenali sebagai pembangkit mood yang menggembirakan setiap orang. Dengan rasa yang lebih coklat, Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat membawa kebahagiaan coklat ke tahap seterusnya!


Sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana jua, Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat boleh menggembirakan gaya hidup biasa sesiapa sahaja, sambil memuaskan selera dan mengenyangkan perut. Apabila anda memerlukan snek, Munchy's Cream-O menghidupkan tenaga ONZ dan tahap keceriaan coklat anda, supaya anda terus bersemangat!

Munchy’s Cream-O Biskut Cip Coklat boleh didapati dalam dua saiz untuk dinikmati pada bila-bila masa: 51g pada harga RM1.20 dan 119g pada harga RM2.80, di pasar raya utama dan pasar raya besar di seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Munchy’s (http://www.munchys.com/) atau ikuti Munchy’s di Instagram (https://www.instagram.com/munchys.my/) dan Facebook (https://www.facebook.com/Munchys/) untuk perkembangan terkini.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM