JIMAT SEHINGGA 50% DENGAN PROMOSI ‘LIVE SMART & HEALTHY’ GUARDIAN


Dalam era varian baharu Covid ini, keperluan untuk menjaga kesihatan diri dan hidup dengan bijak menjadi lebih penting. Menyedari hakikat ini, Guardian kini mengadakan promosi ‘Live Smart and Healthy’ untuk bulan Mei.

Angela Teo, Ketua Pemasaran Guardian Malaysia berkata:

“Kami terus menawarkan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan yang tiada tandingan kepada para pelanggan pada nilai yang lebih hebat. Promosi ‘Live Smart and Healthy’ menawarkan penjimatan sehingga 50% untuk semua pelanggan kami.”


Bersempena dengan kempen ini, pelbagai aktiviti yang menggalakkan tabiat kesihatan yang bijak akan diadakan.

Satu acara atrium ‘Live Smart and Healthy’ akan berlangsung di Pusat Membeli-Belah MyTOWN dari 30 Mei hingga 5 Jun 2023, dari jam 11 pagi hingga 9 malam. Selain aktiviti pensampelan, ceramah kesihatan oleh pakar penjagaan kesihatan dan wakil jenama akan memeriahkan acara itu di samping pelbagai aktiviti menarik dan penjimatan hebat untuk pelbagai produk kesihatan dan kecantikan.




“Pengunjung acara atrium juga boleh menikmati rebat segera RM20 dengan pembelian produk Penjagaan Kesihatan bernilai RM150 dalam satu resit*. Terdapat tawaran serendah RM1 dan sejumlah 500 beg hadiah* akan diberikan kepada pengunjung mulai 1 hingga 5 Jun, sementara stok masih ada. Jadi, jangan lupa untuk berkunjung ke MyTOWN mulai 30 Mei ini,” tambah Angela.

Tawaran lain yang dapat dinikmati di promosi ‘Live Smart and Healthy’ termasuk:
  • PERCUMA Blender Guardian Beauty dengan pembelian mana-mana barangan kosmetik bernilai RM40 dan ke atas dalam satu resit
  • PERCUMA Kotak Hadiah Penjagaan Diri dengan pembelian RM120 dan ke atas
  • Hadiah percuma dengan belian
  • Baucar Penjagaan Kecantikan RM10 (Nikmati potongan RM10 dengan belian bernilai RM80 dan ke atas daripada mana-mana rangkaian Penjagaan Kulit, Penjagaan Kulit Derma, Kosmetik, Wangian, Penjagaan Perlindungan Matahari, Tangan dan Badan (tidak termasuk Masker Wajah dan Penjagaan Bibir) dalam satu resit
  • Baucar Jenama Eksklusif - Dapatkan baucar jenama PERCUMA bernilai sehingga RM118 dengan pembelian minimum untuk jenama yang mengambil bahagian
  • PERCUMA Semburan Hand Rub Mist Viridis berasaskan air 60ml dengan belian bernilai RM20 dan ke atas dari rangkaian Penjagaan Kesihatan, Makanan, GMS atau Jenama Sendiri
  • Dapatkan wangian poket Enchanteur PERCUMA dengan belian bernilai RM30 dan ke atas dari rangkaian Wangian, Penjagaan Kulit dan Kosmetik dalam satu resit
  • Beli mana-mana produk dalam rangkaian LipIce Fruity/Tinted (Minions) di Guardian dalam satu resit dan Whatssap ke 012-688 3885 untuk memenangi barangan Minions.
“Kami menyedari reputasi kami sebagai pakar kesihatan komuniti yang dipercayai yang sentiasa membantu pelanggan menikmati kehidupan yang sihat dan indah, oleh itu kami masih menawarkan ratusan produk dengan ‘Low Prices Locked’ agar mereka mendapat lebih nilai apabila membeli-belah di stor Guardian, sama ada di stor fizikal atau menerusi Aplikasi Mudah Alih Guardian kami,” jelas Angela.

* tertakluk kepada terma dan syarat



Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"