FWD TAKAFUL MERANGKA SEMULA KESIHATAN MENTAL DENGAN PROGRAM SOKONGAN FWD MIND STRENGTH


FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) memperkenalkan pendekatan baharu dalam ruang kesihatan mental dengan pelancaran Program Sokongan FWD Mind Strength – penyelesaian digital kesihatan pertama di pasaran yang direka untuk membolehkan rakyat Malaysia memperkukuhkan minda mereka secara proaktif, peribadi, dan positif.

Pelancaran ini berikutan hasil Kaji Selidik Kesihatan Mental Antarabangsa FWD Group pada tahun 2022, yang menemu bual lebih daripada 10,000 orang di 16 pasaran antarabangsa. Kaji selidik itu memberikan beberapa maklumat penting, termasuk:

• 54% responden di Malaysia percaya kesihatan mental akan menjadi kebimbangan yang lebih kritikal kepada masyarakat.

• 62% responden di Malaysia pernah mengalami sendiri atau mengenali seseorang yang pernah menghadapi cabaran kesihatan mental.

• 38% responden di Malaysia terbuka untuk mendapatkan bantuan luar apabila menghadapi cabaran kesihatan mental: selebihnya lebih suka menolong diri sendiri.

• 43% responden di Malaysia mengatakan bahawa kos rawatan adalah penghalang untuk mendapatkan bantuan luar.

Menerusi laman web FWD Takaful, Program Sokongan FWD Mind Strength menawarkan peluang kepada rakyat Malaysia untuk menilai kekuatan minda mereka hanya dalam beberapa minit melalui Penilaian Kekuatan Minda, alat penilaian yang mudah dan disahkan secara saintifik yang dibangunkan oleh Koa Health. Ia juga menyediakan Sesi Bimbingan Minda secara percuma, sulit dan terhad dengan pakar minda dan bahasa pilihan mereka, yang boleh diakses melalui aplikasi Doctor Anywhere. Laman web ini juga menempatkan Kelas Penguasaan Minda FWD, siri web yang dihoskan oleh Pakar Psikiatri Dr. Hazli Zakaria, di mana beliau membimbing tetamu selebritinya seperti Amyra Rosli, Ikmal Amry, Nana Sheme, dan Nelissa Emielda, melalui aktiviti-aktiviti yang direka untuk membantu mereka memperkukuhkan minda mereka.

Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, berkata, "Walaupun kesedaran kepentingan kesihatan mental semakin meningkat, khasnya di Asia, stigma dan perbelanjaan terapi yang tinggi terus menghalang ramai rakyat Malaysia daripada mendapatkan bantuan yang mereka perlukan. Di FWD Takaful, kami tahu kami perlu melakukan sesuatu yang berbeza untuk mendorong rakyat Malaysia lebih proaktif dalam menjaga kesihatan mental mereka. Pertama, kami merangka semula kesihatan mental sebagai kekuatan minda, untuk menjadikannya lebih positif. Kemudian, kami bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan digital terkemuka dalam ruang kesihatan mental untuk memperkenalkan program sokongan percuma ini supaya orang ramai dapat mengakses sokongan yang mereka perlukan. Akhirnya, kami bekerjasama dengan personaliti-personaliti terkenal Malaysia yang boleh memimpin perubahan untuk membawa mesej ini kepada orang ramai dan memotivasikan rakyat Malaysia untuk memperkukuhkan minda mereka."

Joanna Chu, Ketua Kumpulan Produk dan Perlindungan Kumpulan FWD, menambah, “Malaysia kini menyertai Hong Kong dan Thailand sebagai pasaran ketiga kami untuk memperkenalkan kekuatan minda. Ini adalah inisiatif penting untuk Kumpulan FWD, dan satu inisiatif yang kami yakin akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pelanggan kami, tetapi semua rakyat Malaysia. Tahun ini juga menandakan ulang tahun ke-10 FWD, jadi kami amat berbesar hati meraikannya dengan menyediakan cara untuk mengukuhkan minda mereka secara proaktif, peribadi dan positif kepada orang ramai.”

FWD Takaful merancang untuk sentiasa mempertingkatkan Program Sokongan FWD Mind Strength dengan perkhidmatan dan alat inovatif yang baharu, serta menawarkan sokongan untuk mengukuhkan minda di bawah produk takaful pada masa hadapan, kerana perlindungan untuk minda harus disertakan dengan perlindungan untuk kesihatan kita secara menyeluruh.

FWD Takaful menggesa semua rakyat Malaysia memanfaatkan penyelesaian percuma yang inovatif ini untuk memberikan keutamaan kepada kesihatan mental mereka Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Program Sokongan FWD Mind Strength, layari fwd.com.my/mindstrength. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau e-mel contact.my@fwd.com untuk maklumat lanjut tentang program.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING