KANAK-KANAK DARI SEKOLAH PELANGI KASIH DIRAIKAN DENGAN KASIH SAYANG OLEH SUU BALM MALAYSIA DAN KIDZANIA KUALA LUMPUR


Ia umpama impian menjadi kenyataan untuk 30 orang kanak-kanak dari Sekolah Pelangi Kasih apabila mereka dapat meluangkan masa seharian menyertai permainan lakon peranan di KidZania Kuala Lumpur. Kanak-kanak tersebut yang berumur antara 9 dan 16 tahun berasa teruja kerana berpeluang untuk mencuba pelbagai profesion dunia sebenar di KidZania; daripada pekerjaan tradisional seperti menjadi ahli bomba, doktor perubatan, anggota polis atau krew kabin, sehinggalah kerjaya era baharu seperti juruanimasi, jurutera robotik, pakar kulit, pengendali F&B terkini yang membolehkan mereka mencuba untuk menyediakan teh boba yang sangat digemari ramai.

Di bawah naungan Pertubuhan Amal & Kemanusiaan Selangor, Sekolah Pelangi Kasih ialah sebuah tempat perlindungan bagi para pencari suaka dan kanak-kanak pelarian yang tinggal di Malaysia - salah satu daripada beberapa tempat yang mana mereka boleh mendapatkan pendidikan. Pusat pembelajaran ini disediakan khas untuk kanak-kanak pelarian yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik yang tidak dapat mendaftar dan menghadiri sekolah awam tempatan.

Matlamat untuk memperkasakan kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian ini, jenama produk penjagaan kulit yang melegakan gatal-gatal, Suu Balm dan KidZania Kuala Lumpur telah menyantuni kanak-kanak tersebut dengan memberikan pembelajaran secara langsung dalam usaha untuk meluaskan fikiran mereka dan juga membawa keceriaan sempena musim sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Sebagai sebuah kemudahan didik hibur kanak-kanak terulung di Malaysia, KidZania dicipta menyerupai sebuah bandar impian bagi membolehkan kanak-kanak untuk merasai sendiri pengalaman kehidupan sebenar dan membuka mata mereka kepada segala kemungkinan yang boleh dicapai di masa hadapan.


Di KidZania, kanak-kanak berpeluang mengetahui lebih lanjut mengenai Suu Balm melalui sesi bercerita sambil belajar tentang pelbagai jenis keadaan kulit dan cara untuk melegakannya serta penjagaan. . Dirumus oleh pakar dermatologi, Dr. Tey Hong Liang dari Pusat Kulit Nasional di Singapura, Suu Balm mempunyai misi untuk melegakan kulit kering, gatal dan sensitif dengan segera melalui rangkaian produk yang dikhususkan untuk penjagaan kulit kanak-kanak.

Suu Balm kini merupakan jenama penjagaan kulit yang terlaris di Malaysia dengan rangkaian produk penjagaan muka, badan dan kulit kepala yang merangkumi krim, pembersih, syampu serta semburan tersedia untuk pelbagai peringkat umur. Berdasarkan data penyelidikan jenama ini, para pengguna krim Suu Balm memperolehi kelegaan daripada kegatalan kulit dalam masa lima minit* selepas digunakan.


“Kulit sensitif dan gatal sebenarnya memberi kesan kepada 20% kanak-kanak di Malaysia dan ia lazimnya boleh menyebabkan kesan bengkak dan keradangan terutamanya apabila digaru. Ruam yang muncul di mana-mana bahagian muka atau badan boleh menjadikan kanak-kanak lebih mudah rengsa yang akan mengganggu rutin harian mereka. Kami di Suu Balm mempunyai misi untuk membantu menangani masalah ini di semua komuniti dan pada masa yang sama, meningkatkan kesedaran tentang kulit kering, gatal dan sensitif. Oleh itu, kami berasa wajar untuk memperkasakan dan mendidik masyarakat yang kurang mendapat perhatian tentang kepentingan kebersihan dan rutin penjagaan diri yang konsisten, dan pada masa yang sama memberi mereka peluang untuk belajar sambil bermain!” kata Shann Bong, Pengurus Perniagaan Nasional dari Suu Balm.

Dalam acara tersebut, kanak-kanak juga diajar cara menjaga kulit mereka melalui aktiviti rawatan muka di Suu Balm di KidZania Kuala Lumpur, di mana mereka boleh memilih untuk menjadi pakar kulit muda atau menerima rawatan muka sebagai pelanggan. Turut dianjurkan adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.


“Ia memang menyejukkan mata memandang apabila melihat kanak-kanak dapat bergembira, lebih-lebih lagi dapat kelihatan wajah mereka yang girang ketika melakukan semua aktiviti di sini. Di KidZania, kami sentiasa berusaha secara berterusan dalam memupuk minda muda untuk menghadapi dunia sebenar dan kami percaya bahawa salah satu cara terbaik untuk mendidik kanak-kanak dalam kemahiran hidup adalah melalui aktiviti bermain. Belajar sambil bermain adalah salah satu cara terpantas dan paling berkesan untuk melibatkan kanak-kanak dari semua peringkat umur,” kata Philip Whittaker, Ketua Pegawai Eksekutif dari Sim Leisure Group.

Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai aktiviti yang terdapat di KidZania, sila layari https://www.kidzania.com.my/ atau layari https://suubalm.com.my/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Suu Balm.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!