TV1 SIAR PROGRAM “SERUAN HAJI” TERBITAN JAKIM MULAI 15 MEI INI


Jenama program “Seruan Haji” sememangnya dekat di hati penonton setia RTM setiap kali tibanya musim haji. Justeru, secara eksklusif di TV1, tahun ini RTM membawakan program yang membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan urusan ibadah Haji terbitan JAKIM yang pastinya dinanti-nantikan semua.

Padat dengan pengisian tiga segmen dalam setiap episod, program ini disiarkan 10 hari berturut-turut mulai 15 Mei hingga 24 Mei ini, setiap hari, pukul 6.00 petang.

Menerusi episod pengenalannya pada 15 Mei ini, Seruan Haji mengetengahkan tajuk ‘Istito'ah Kewangan’ dengan memfokuskan persiapan Jemaah di kalangan B40 serta penjelasan kepada penonton mengenai perbezaan antara menabung dan mendaftar juga membincangkan mengenai kos haji.

Seterusnya pada 16 Mei ini membawakan tajuk Mahram menyentuh tentang Kisah Hajjah Faridah Ahmad yang kelainan upaya penglihatan berkongsi pengalaman menunaikan ibadah haji pada musim 1443H/2022M dengan ditemani suaminya sebagai mahram. Penonton akan diberi penerangan tentang pemahaman masyarakat tentang rayuan untuk menjadi mahram dan perkongsian pengalaman petugas TH yang membantu Jemaah Haji menjaga jemaah yang kurang berkemampuan.

17 Mei pula kupasan topik Perjalanan Rohani menerusi segmen Kepentingan Ilmu Dalam Memperolehi Haji Mabrur iaitu kursus dan juga bahan rujukan dalam bentuk bercetak dan dalam talian yang disediakan oleh TH untuk melengkapkan Jemaah Haji tentang ilmu ibadah, kursus haji dan aktiviti penerbitan bahan rujukan.

Episod empat pada 18 Mei depan mendekati seorang petugas haji yang berkhidmat sebagai kaunselor yang menjurus kepada Mental Health Psychospiritual Counseling. Seterusnya menceritakan peranan petugas haji dalam memastikan kejayaan pengurusan operasi haji dan tips untuk melakukan Tawaf, Saei dan tahalul serta komen di atas kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh Jemaah Haji.

Pada 19 Mei ini berkongsi penjelasan terperinci mengenai agensi pelancongan yang diberi lesen oleh TH sebagai Pengelola Jemaah Haji musim 1444M/2023H dan penyediaan makanan ready to eat. Juga Komitmen TH untuk beri pendedahan tentang perkhidmatan pakej haji yang dikendalikan oleh Pengelola Jemaah Haji yang berlesen

Tajuk Istito'ah Kesihatan pada 20 Mei pula berkitan persiapan jemaah haji dari sudut kesihatan sebelum melangkah Ke Tanah Suci Mekah, kepentingan menjaga kesihatan sebelum dan semasa berada di Tanah Suci Mekah. Seterusnya penonton diberikan gambaran mengenai perjalanan Jemaah haji, dan apakah info yang terbaharu mengenai penambahbaikkan proses perjalanan Jemaah Haji di tanah suci.

Menarik 21 Mei ini dengan tajuk Pengurusan Maktab dalam segmen Pengurusan Maktab, Pengurusan Operasi Masyair dan Ibadah iaitu tentang pergerakan Arafah, tips dan panduan serta nasihat kepada bakal Jemaah Haji.

Perkongsian 22 Mei dalam tajuk Rukun Haji mengenai ibadah haji serta pengenalan rukun haji dan penggunaan kain ihram, ibadah wukuf dan mengapakah ibadah ini penting dan menjadi salah satu rukun haji. Juga menceritakan mengenai ibadah melontar dan tahallul dan mengapakah ibadah ini penting dan menjadi salah satu rukun haji.

Ketahui juga ilmu dalam tajuk Soleh dan Musleh pada 23 Mei ini menceritakan mengenai perbankan Bank Islam dan mengapakah semua Jemaah yang terlibat perlu menggunakan kad dengan Bank Islam. Ikuti juga segmen Takaful dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Provider TH dan Tabung Haji.

Episod akhir pada 24 Mei secara keseluruhannya menyentuh kesimpulan daripada paparan yang telah disiarkan selama sembilan episod dengan menfokuskan informasi penting untuk panduan jemaah haji sebelum berangkat.

Program setengah jam ini turut mengundang tetamu terdiri daripada YBhg Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (Pengarah Eksekutif Haji Lembaga Tabung Haji), Tn. Hj. Nurrin Anuwar Shamsuddin (Pengurus Besar Bahagian Pengurusan Haji Lembaga Tabung Haji), Tn. Hj. Mohd Norber Kassim (Pengurus Besar Bahagian Operasi Domestik Lembaga Tabung Haji), Tn. Hj. Tengku Aziz Raja Abdullah (Pengurus Besar Bahagian Bimbingan Haji Lembaga Tabung Haji), Mohamed Sabri Ramli Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Takaful Malaysia Am, Tn. Hj. Mohd Zawawi Hj. Bostam (Pengurus Besar Agensi Haji) dan Dr. Hajah Anisah Ab. Ghani (Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji (Th-Jakim)

Bagi yang terlepas menyaksikan siarannya menerusi saluran TV, luangkan masa menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my).

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO