REHABILITASI ROBOTIK DI HOSPITAL REGEN REHAB BERTUJUAN MENGEMBALIKAN MOBILITI KEPADA PESAKIT NEUROLOGI
Hospital ReGen Rehab (“ReGen Rehab”), hospital rehabilitasi swasta pertama di Malaysia yang dilesenkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menerajui dalam menyediakan rawatan pemulihan khusus untuk pesakit dan individu yang sedang pulih daripada keadaan neurologi, termasuk strok dan kecederaan saraf tunjang. Memetakan hala tuju dalam penjagaan pemulihan, ReGen Rehab memperkenalkan Inisiatif Jangkauan Komunitinya sempena pelancaran program rehabilitasi robotiknya. Majlis pelancaran tersebut telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Matlamat inisiatif ini adalah untuk meningkatkan persediaan perkhidmatan rehabilitasi serta memperluaskan akses kepada rawatan rehabilitasi yang berstruktur dan disesuaikan kepada individu yang mempunyai sejarah strok, kecederaan saraf tunjang atau sebarang keadaan neurologi yang lain supaya dapat mengembalikan mobiliti dan membina kefungsian hidup. Ini bergema dengan komitmen ReGen Rehab bertema "Bringing You Back" yang membantu meningkatkan kualiti hidup pesakit mereka, dan masyarakat secara keseluruhan, melalui teknologi yang inovatif dan terkini.
Hanafi Salehuddin, Ketua Pegawai Eksekutif ReGen Rehab |
“Rehabilitasi adalah rawatan yang amat penting bagi sesiapa yang pernah mengalami sebarang penyakit neurologi. Matlamat rehabilitasi adalah untuk memulihkan keupayaan berfungsi dan kualiti hidup melalui rawatan berstruktur yang bermula dengan segera selepas fasa akut dan dijalankan oleh ahli perubatan pelbagai disiplin. Teknologi terkini seperti robotik memudahkan terapi berintensiti tinggi melalui pergerakan berulang, serta menggalakkan kesan neuroplastisiti dalam membantu otak belajar dan mendapatkan semula keupayaan fizikal yang hilang,” jelas Hanafi Salehuddin, Ketua Pegawai Eksekutif ReGen Rehab.
Dengan Malaysia tidak lama lagi menjadi negara menua, cabaran yang perlu dihadapi dalam profil demografi Malaysia adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang ringan. Mengekalkan kehidupan sihat yang optimum, sama ada dalam keadaan sihat atau dalam tahap pemulihan selepas penyakit, adalah matlamat yang harus sentiasa ditumpukan oleh rakyat Malaysia kerana ia memberi kesan bukan sahaja kepada individu, tetapi juga orang tersayang dan warga komuniti. Rehabilitasi memainkan peranan penting dalam menyokong kesediaan negara dalam hal ini.
ReGen Rehab ialah usaha sama di antara Khazanah Nasional Berhad, dana pelaburan strategik Kerajaan Malaysia, dan Select Medical, salah satu syarikat hospital rehabilitasi terkemuka di Amerika. Ia ditubuhkan untuk memajukan pembangunan perubatan rehabilitasi dan meningkatkan aksesnya untuk pesakit dan individu yang memerlukan. Inisiatif (#StrongerTogether) oleh ReGen Rehab menawarkan sesi penilaian rehabilitasi percuma dan sesi percubaan percuma untuk rehabilitasi robotik kepada individu dan pesakit yang mempunyai masalah kesihatan neurologi, seperti strok, kecederaan saraf tunjang, penyakit parkinson, penyakit motor neuron dan sklerosis berbilang. Tawaran ini akan bermula dari 1 Jun 2023 hingga 31 Julai 2023.
Mengemablikan Mobiliti dengan Rehabilitasi Robotik
“Di ReGen Rehab, kami berbangga untuk menyediakan tahap penjagaan dan sokongan yang mengutamakan keperluan pesakit dan matlamat pemulihan mereka. Dengan menggabungkan rehabiltasi robotik dengan program rehabiltasi neurologikal kami yang sedia ada, ia membolehkan kami untuk terus mengatasi batasan dalam hasil pemulihan, sambil kami menyokong pesakit dalam mendapatkan semula keyakinan dan kualiti hidup mereka. Saya berbangga dengan pasukan berbakat di ReGen Rehab yang menunjukkan komitmen aktif ke arah mengembalikan mobiliti untuk pesakit kami,” kata Hanafi Salehuddin, Ketua Pegawai Eksekutif ReGen Rehab.
Pada masa ini, terdapat dua aliran di bawah program Rehabilitasi Robotik.
Yang pertamanya, peranti exoskeleton robotik yang disasarkan untuk pemulihan anggota bawah. Terdiri daripada julat tetapan parameter yang kompleks dan berbilang untuk disesuaikan dengan kebolehan berjalan pesakit, exoskeleton robotik melahirkan zaman baharu pemulihan anggota bawah, membolehkan pesakit segera kembali kepada kebiasaan berjalan semula jadi mereka.
Sehubung dengan itu, program Hand Hub terdiri daripada tiga peranti robotik yang direka untuk pemulihan anggota atas. Program ini bertujuan untuk merangsang pengaktifan otot, menggalakkan latihan tugas berfungsi, dan memberikan pengukuhan melalui pengalaman gamifikasi interaktif. Program Hand Hub boleh digunakan untuk pesakit yang mempunyai pelbagai keperluan dan tahap keupayaan yang tersendiri.
Program Rehabilitasi Robotik di ReGen Rehab adalah satu kemajuan dalam bidang perubatan Malaysia, kerana ia menyediakan perkhidmatan yang biasanya lebih sukar dicapai melalui kaedah terapi tradisional. Dengan pelaksanaan latihan yang tepat, disasarkan dan berulang, pesakit yang mempunyai sejarah strok atau kecederaan saraf tunjang akan berupaya untuk meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan anggota atas dan bawah mereka, dan akhirnya mendapat manfaat daripada pemulihan mobiliti yang dipercepatkan.
Tingkatkan proses pemulihan anda ke peringkat seterusnya dengan program Rehabilitasi Robotik ReGen Rehab. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web atau laman media sosial di Facebook dan Instagram. Bagi mereka yang ingin membuat janji temu dengan ReGen Rehab, sila hubungi talian telefon (03-7626 1388), WhatsApp (019-917 1388) atau e-mel di info@regen.rehab.
Comments
Post a Comment