LÉTAPE MALAYSIA OLEH TOUR DE FRANCE KEMBALI WARNAI DESARU COAST


Edisi kedua L’Etape Malaysia oleh Tour De France bakal menyemarakkan arena berbasikal tanah air pada 7-8 Julai ini. Menjanjikan cabaran lebih besar, edisi kedua ini menampilkan beberapa penambahbaikan yang tentunya menghangatkan lagi perlumbaan Tour De France di Desaru Coast.

Digelar "Acara Berbasikal Amatur Terulung di Dunia", L'Étape oleh Tour de France merupakan satu-satunya siri ‘cyclosportive’ yang memberi para pelumba amatur pengalaman berkayuh seperti dalam perlumbaan Tour De France.

Edisi sulung tahun lalu berjaya menarik penyertaan seramai 4,700 pelumba, sekali gus menjadikan LÉtape Malaysia sebagai penganjuran kedua terbesar di dunia bagi siri LÉtape oleh Tour de France.

LÉtape juga dilangsungkan di lebih 20 buah negara selain Malaysia. Setakat ini, edisi tahun ini sudah pun menerima penyertaan lebih 2,500 peserta dan pihak penganjur yakin bahawa mereka mampu mengumpul 4,000 penyertaan sebelum tarikh akhir pendaftaran pada 9 Jun 2023.

Seperti tahun sebelumnya, LÉtape Malaysia akan menampilkan lima kategori perlumbaan. Ia termasuk acara individu lelaki dan wanita THE RACE (140km) dan THE RIDE (60km), serta Berpasukan Lelaki (5 lelaki) dan Berpasukan Wanita (5 wanita).

Edisi tahun ini akan menyaksikan Kategori ELITE diperkenalkan buat kali pertamanya, dan ia adalah dikhaskan bagi kumpulan pengayuh amatur yang benar-benar kompetitif dan dahagakan cabaran perlumbaan profesional.

Justeru, untuk kategori ini, perkhidmatan perlumbaan profesional seperti seperti ‘mobile feeding’, cip masa, bantuan trafik dan logistik khusus, servis neutral khusus dan lain-lain lagi akan disediakan.

Meskipun edisi sulung tahun lalu mendapat sambutan yang begitu menggalakkan, dua penganjur bersama MUSE Group Asia dan KPRJ Sports tidak mahu cepat berpuas hati. Sebaliknya, menerusi maklum balas yang diterima oleh peserta-peserta tahun tahun lepas, mereka berazam untuk mengendalikan kejohanan yang lebih menyeluruh.

Salah satu daripada penambahbaikan yang dilaksanakan untuk tahun ini adalah pengunaan teknologi cip masa yang lebih canggih dalam perlumbaan. Langkah itu adalah untuk menjamin ketepatan masa yang dicatat oleh para pelumba di garis penamat.

LÉtape Malaysia 2023 turut akan menampilkan sebuah pasukan teknikal yang dinaiktaraf yang bertujuan untuk memberi sokongan yang lebih cekap kepada para peserta. Cyclomotion – yang merupakan penyedia khidmat teknikal utama bagi perlumbaan amatur, akan menjadi sebahagian daripada kru teknikal L’Étape Malaysia. Ini sekaligus menjadikan pasukan teknikal lebih besar dan berupaya memberi sokongan yang lebih menyeluruh daripada pengesanan kerosakkan sehinggalah bantuan berkaitan prestasi.

Para pelumba juga boleh menjangkakan cabaran yang berbeza pada tahun ini dengan laluan baharu diperkenalkan di Desaru Coast. Laluan perlumbaan 60km dan 140km akan dipisahkan supaya ia tidak bertindih, dan ini membolehkan para pelumba memberi tumpuan sepenuhnya untuk menamatkan perlumbaan dengan catatan masa peribadi terbaik mereka. Meskipun pengaturan laluan yang berasingan akan menelan belanja lebih besar memandangkan ia akan memerlukan sokongan tambahan, namun pihak penganjur merasakan ia hanyalah harga kecil yang perlu ditanggung mereka selagi ia memudahkan para peserta dan dapat membantu peserta memperolehi pengalaman perlumbaan yang sebenar.

Pelaksanaan dua laluan berasingan ini akan mendapat sokongan yang lebih padu daripada pihak berkuasa tempatan, yang merangkumi tenaga kerja anggota trafik yang mencukupi bagi memastikan kelancaran perlumbaan dari mula sehingga akhir. Bagi mengurangkan risiko kemalangan, stesen minuman dan bantuan tidak akan lagi ditempatkan di bahu jalan. Sebaliknya, hentian bersepadu “R&R” akan didirikan untuk para peserta berhenti dan memulihkan tenaga.

Hentian “R&R” tersebut akan mempunyai ruang tersendiri, dan ini bermaksud para peserta harus meninggalkan laluan perlumbaan jika ingin berehat sementara. Langkah ini akan dapat mengurangkan kebarangkalian pelanggaran bertindan-tindih, terutamanya dalam kalangan peserta kali pertama yang mungkin tidak biasa dengan hentian stesen minuman.

Satu panduan perlumbaan eletronik lengkap, yang merangkumi arahan keselamatan, akan diedarkan sebelum perlumbaan. Ia akan dihantar kepada semua peserta berdaftar, dan sebuah video berarahan ringkas juga akan disediakan sebelum hari perlumbaan.

Untuk membantu para peserta bersedia menjelang minggu perlumbaan, mereka yang berminat boleh menyertai LÉtape Cycling Clinic yang akan berlangsung selama lapan minggu, dikuasakan oleh aminoVITAL®, di mana mereka akan menerima tunjuk ajar daripada jurulatih bertauliah dan menjalani latihan bersama. aminoVITAL® adalah sejenis minuman sukan mengandungi 3,000 mg asid amino yang sebahagian besarnya adalah Branched Chain Amino Acids boleh membantu meningkatkan tenaga, daya tahan otot dan pemulihan otot.

Membantu atlet untuk membina kerjaya sukan yang berjaya juga merupakan antara objektif utama penganjuran LÉtape. Ia berjaya dicapai apabila Elmi Juhari dan Yeong Zhen Yi, iaitu juara lelaki dan wanita tahun lalu, telah melayakkan diri untuk bertanding dalam LÉtape Du Tour de France bersama seorang lagi anak jati Johor, Heng Zi Hen.

Perwakilan atlet kelahiran Johor memperlihatkan betapa pesat sukan berbasikal lebuhraya membangun di negeri itu, dan kehadiran LÉtape Malaysia telah membuka peluang kepada pelumba berbakat ini untuk menyerlahkan kebolehannya di peringkat lebih tinggi di LÉtape Du Tour de France yang penuh berprestij di Perancis. LÉtape du Tour de France adalah acara berbasikal lepas beramai-ramai yang berlangsung serentak dengan LÉtape Johor.

Elmi, Yeong dan Heng bakal diuji dengan cabaran paling getir bertanding di peringkat tertinggi dalam ‘Wave 0, iaitu kumpulan permulaan yang menampilkan juara-juara perlumbaan siri LÉtape dari seluruh dunia.


Yang Berhormat Tuan Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor mengalu-alukan penganjuran acara antarabangsa ini di negeri Selatan itu untuk tahun kedua berturut-turut.

“Penganjuran LÉtape Malaysia tahun lalu telah berjaya mengukuhkan lagi prestij acara ini di persada dunia. Dengan penyertaan lebih daripada 40 negara dijangka untuk tahun ini, kami pasti bahawa Johor juga akan menerima manfaat yang besar menerusi kegiatan pelancongan dalam negeri dan kami mengalu-alukan mereka semua untuk berhibur dengan pelbagai tarikan yang disediakan. Lebih-lebih lagi, kami juga berbangga mendapat wakil pelumba anak kelahiran Johor di LÉtape Du Tour de France dan ini membuktikan komitmen pihak kerajaan negeri dalam usaha berterusannya untuk mencungkil bakat baharu melalui pembangunan sukan.

Sementara itu, MUSE Group Asia berasa bangga kerana dapat menunaikan janjinya untuk menghantar tiga pelumba tempatan ke LÉtape Du Tour de France, dan pada masa sama melahirkan keyakinan bahawa pengenalan ciri-ciri keselamatan dan teknologi terbaharu akan menjadikan edisi kali ini jauh lebih baik berbanding sebelumnya.

“Kami mahu pelumba-pelumba terpilih ini untuk menimba pengalaman terbaik LÉtape dan berasa bangga dapat membantu mereka menjejakkan kaki di LÉtape Du Tour de France. Kami telah bekerja keras untuk memastikan semua peserta kami dapat menikmati satu pengalaman menyeluruh yang terbaik, terutamanya berkaitan hal-ehwal keselamatan dan catatan masa perlumbaan. Kami mahu setiap daripada mereka dapat bertanding tanpa rasa ragu-ragu dan mempamerkan aksi yang terbaik, itulah misi kami,” kata Riduwan Matni, Ketua Pegawai Eksekutif Muse Group Asia.

Bagi mencapai matlamat itu, KPRJ Sports akan bekerjasama rapat dengan Muse Group Asia untuk memastikan segala kehendak para pelumba dapat dipenuhi.

“Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (“KPRJ”), melalui anak syarikatnya, KPRJ Sports Sdn Bhd (“KSSB”) percaya bahawa untuk penganjuran tahun kedua acara ini, kami mampu menyampaikan pengalaman perlumbaan yang lebih baik lagi untuk para peserta kami. Buktinya adalah beberapa penambahbaikan baharu yang kami perkenalkan tahun ini. Jadi, kami mengalakkan setiap pelumba berbakat untuk menyertai acara berbasikal global premium ini,” kata said Yang Berhormat Dato’ Lukman bin Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif KPRJ.

Duta Besar Perancis ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Axel Cruau tidak sabar untuk menyaksikan himpunan pelumba-pelumba amatur terbaik di kejohanan ikonik ini. “Sejak 1903, Le Tour de France telah berubah menjadi lebih daripada satu perlumbaan basikal semata-mata! Ia adalah pertandingan yang menguji ketahanan seseorang atlit, selain mempertontonkan kepada seluruh dunia keindahan landskap unik di Perancis. Ia adalah satu pertunjukkan yang mempesonakan. Le Tour de France juga merupakan salah satu warisan kebanggaan Perancis dan kami teruja untuk berkongsi dengan rakan-rakan kami di Malaysia di Johor,” katanya.

“Termasuk edisi kali ini, Chek Hup kini telah menjadi penaja minuman rasmi – Kopi, Teh & Coklat bagi acara berbasikal ikonik ini untuk dua tahun berturut-turut. Kami teruja untuk menjadi sebahagian daripada komuniti berbasikal sekali lagi, dan kami berbesar hati untuk memainkan peranan kami dengan menyediakan minuman ‘Kokoo Peppermint Chocolate Drink’ yang sejuk lagi menyegarkan untuk memberi tenaga kepada para pelumba dan membantu mereka meberikan aksi terbaik. Berpegang teguh kepada nilai teras kami iaitu ‘We Value Life’, Chek Hup jamin kesemua minuman yang dihidangkan adalah diperbuat daripada ramuan semulajadi dan tidak dicampur dengan bahan tambahan dan pewarna buatan,” kata Joseph Tan, Pengarah Urusan Kumpulan Chek Hup.

Roslina Arbak, Ketua Pegawai Eksekutif Desaru Development Holdings Sdn. Bhd., pemaju utama dan pengusaha Desaru Coast, berkata: “Sebagai sebuah destinasi percutian antarabangsa, kami berasa amat bangga dan gembira untuk diberi kepercayaan untuk menjadi venue rasmi bagi LÉtape by Tour de France in Malaysia di Malaysia. Tahun ini, kami gembira Hard Rock Hotel Desaru Coast akan turut serta dalam edisi ini sebagai Hotel Rasmi.”

“Selaku tuan rumah kepada LÉtape, Johor berpeluang menonjolkan kemampuan Desaru Coast menganjurkan pelbagai acara sukan peringkat antarabangsa. Sebagai salah satu pertandingan berbasikal terbesar di dunia, penganjuran LÉtape by Tour de France bukan sahaja membawa manfaat kepada destinasi percutian di sini, malah menguntungkan masyarakat Desaru secara keseluruhannya. Oleh itu, Desaru Coast komited untuk memberi sokongan padu kepada negeri Johor dalam usahanya untuk menjadikan negeri itu sebagai hub pelancongan sukan untuk negara. Mudah-mudahan, Desaru Coast berkesempatan untuk terus menjadi tuan rumah kepada L’Étape Malaysia untuk tahun yang akan datang,” kata Roslina.

Untuk maklumat lanjut tentang laluan perlumbaan, idea penginapan dan lain-lain soalan-soalan lazim, sila layari www.letapemalaysia.com / www.facebook.com/letapemalaysia / www.instagram.com/letapemalaysia / www.tiktok.com/@letapemalaysia

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA