AIRASIA SUPERAPP & FOODPANDA BERGABUNG TENAGA UNTUK KERJASAMA YANG INOVATIF

airasia Superapp dan foodpanda bersama-sama mengumumkan kerjasama inovatif yang menggabungkan kekuatan kedua-dua platform untuk menawarkan nilai yang lebih baik dan kemudahan yang untuk pengguna di Asean dan seterusnya. 
 
Tony Fernandes, CEO Capital A (ke-4 dari kanan), Jakob Angele, CEO foodpanda (ke-5 dari kanan) bersama pasukan pengurusan kedua-dua airasia Superapp dan foodpanda di majlis pengumuman kerjasama

Kerjasama strategik ini membolehkan kedua-dua platform ini untuk memanfaatkan kekuatan masing-masing, yang mana perkhidmatan e-hailing airasia Superapp, airasia ride boleh didapati di aplikasi foodpanda*. 

Manakala, foodpanda yang merupakan perkhidmatan penghantaran barangan runcit dan makanan atas permintaan yang terbesar di Asia tidak termasuk China akan memperkasakan perkhidmatan penghantaran makanan aplikasi pengembaraan super yang akan menghubungkan jutaan pengguna airasia Superapp kepada rangkaian meluas foodpanda yang terdiri daripada lebih 100,000 peniaga dan beribu-ribu rakan kongsi penghantaran. 

Dengan ini, penawaran makanan airasia Superapp akan bergerak ke arah model tempahan di tempat makan. 


Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, berkata, “Kami sangat memberikan tumpuan untuk memenuhi visi aplikasi super pengembaraan kami, dan kami gembira kerana telah menemui sinergi positif dengan rakan kongsi penghantaran yang kukuh sambil kami beralih kepada model tempahan di tempat makan. Kerjasama platform ini akan membolehkan kami untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain iaitu kehebatan penghantaran makanan dan barangan runcit foodpanda dan perkhidmatan pengangkutan kami yang disokong oleh ekosistem aplikasi super pengembaraan yang lengkap, yang merupakan keperluan untuk pengembara dan pengguna harian kedua-dua aplikasi tersebut. Terdapat begitu banyak potensi yang mana kedua-dua airasia Superapp dan foodpanda boleh meneroka lebih mendalam bersama-sama, seperti penyelesaian pembayaran melalui BigPay, program kesetiaan bersama dengan airasia rewards, dan juga potensi dalam pelan langganan kedua-dua pihak serta banyak lagi. Kami gembira untuk memulakan kerjasama yang melibatkan perkhidmatan pengangkutan e-hailing dan juga penghantaran makanan kami di Malaysia pada hari ini.” 

Jakob Angele, Ketua Pegawai Eksekutif foodpanda, berkata, “Peluang untuk membawa dua jenama terkemuka di Malaysia ini cukup bermakna buat kami; kedua-dua pihak telah mencipta perkhidmatan yang hebat yang mana pelanggan di Malaysia telah sebati dan menjadikannya sebahagian daripada gaya hidup mereka. Jadi, kerjasama ini merupakan kerjasama yang selari dengan matlamat kedua-dua pihak yang akan bersama-sama memberikan nilai yang lebih hebat, kepelbagaian dan kemudahan kepada semua pelanggan kami.” 

Mohamad Hafiz Mohd Fadzil, pemangku Ketua Pegawai Eksekutif airasia Superapp, menambah, “Sebagai aplikasi super pengembaraan serantau ini, matlamat kami adalah untuk menyediakan pengalaman yang lancar dan mudah untuk pengguna kami yang rata-ratanya merupakan pengembara sekitar Asean. Kami adalah pusat sehenti untuk kesemua keperluan yang anda perlukan. Ini merangkumi syarikat penerbangan, penginapan, pengangkutan ke dan dari lapangan terbang dan hotel, dan juga pengalaman kulinari melalui penghantaran makanan mahupun tempahan di tempat makan. Kami tidak sabar untuk menjadi lebih cemerlang di dalam ruangan aplikasi super ini dengan kerjasama yang sangat penting buat kami semua hari ini.” 

Bersempena dengan kerjasama ini, pelanggan airasia Superapp dan foodpanda boleh menikmati tawaran perkhidmatan e-hailing dan penghantaran makanan yang eksklusif. Lawati aplikasi foodpanda dan airasia Superapp untuk maklumat lanjut. 

Dapatkan lebih banyak info terkini mengenai airasia Superapp dengan mengikuti akaun @airasiasuperapp di Instagram/TikTok dan @airasia di Twitter. 

Untuk maklumat lanjut mengenai foodpanda, layari foodpanda.my or ikuti @foodpandamy di Instagram, Facebook dan TikTok.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING