GINSENG MERAH KOREA JENAMA HONG SAM WON KINI DI eSHOPLIVE SECARA EKSKLUSIF


Dalam usaha untuk menggalakkan gaya hidup yang lebih sihat dan bertenaga, eShoplive Asia, platform penyiaran langsung terbesar di Malaysia, telah memperluas pasaran globalnya dan menubuhkan ekosistem penyiaran langsung yang komprehensif di rantau Asia-Pasifik. 

Baru-baru ini, dengan disaksikan oleh wakil daripada U2 Planet Sdn. Bhd, eShoplive Asia menandatangani Memorandum Persefahaman untuk penubuhan hak pengedaran eksklusif di Malaysia dengan Forest Grove Co., Ltd, mengumumkan kerjasama mereka dan menjadi rakan kongsi eksklusif untuk Korea Hong Sam Won, produk ginseng merah premium dari Korea Selatan.

Ginseng Merah Korea, juga dikenali sebagai herba ikonik di Asia dan telah lama dinobatkan sebagai "Raja Herba". Ia mengandungi 34 jenis ginsenosida, yang diiktiraf kerana keberkesanannya  dalam fungsi anti-penuaan, pengawalan fungsi badan, pemulihan tenaga, meningkatkan kecergasan, membantu pemulihan kesihatan, meningkatkan sistem imun, dan melawan virus dan sebagainya.


Korea Hong Sam Won, merupakan jenama terkenal di Korea, ditubuhkan pada tahun 1993 and terkenal dengan pemilihan yang teliti bagi akar ginseng Korea berumur 6 tahun yang berkualiti tertinggi untuk tujuan pengilangan. Sumber ginseng merah adalah dari Pulau Ganghwa yang mempunyai tanah yang subur dan keadaan yang optimal bagi penanaman akar ginseng. 

Sejak 1920, ladang penaman ginseng telah ditetapkan sebagai tapak penanaman terbaik untuk akar ginseng berumur 6 tahun, memastikan jaminan kualiti dan menjadi jenama yang terkenal di kalangan ginseng Korea gred tertinggi yang diiktiraf oleh rakyat Korea.

Platform penstriman langsung terkemuka Malaysia, eShoplive Asia sentiasa aktif dalam mengembangkan sempadan kawasan penstriman langsung perniagaan. Ia menggabungkan nilai antara jenama, penjual dan pelanggan kepada perniagaan gabungan antarabangsa dari pelbagai negara yang berbeza, memberikan pelanggan pilihan produk yang lebih global dan pelbagai. 

Mewujudkan ekosistem penstriman langsung yang paling inklusif, ia telah berjaya berkembang maju menjadi platform penstriman langsung teratas Malaysia yang diiktiraf oleh rakyat.


Pengasas dan CEO eShoplive, Encik Jorvy Tan, menyatakan bahawa melalui  memorandum persefahaman yang telah ditandatangani dengan rakan kongsi Korea, Forest Grove Co., Ltd, kerjasama rasmi dengan Korea Hong Sam Won dan Dongwha Pharmaceutical Co., Ltd bermula. Seterusnya, Korea Hong Sam Won akan diedarkan secara eksklusif di eShoplive. Kerjasama ini juga menandakan permulaan babak baru dalam pembangunan eShoplive.

Ginseng Merah Korea adalah formula rahsia purba yang telah diwarisi sejak turun-temurun. Ia menggunakan akar ginseng Korea berusia 6 tahun yang mempunyai pelbagai manfaat yang sesuai untuk individu yang memerlukan kekuatan tenaga mental dan fizikal yang tinggi, peningkatan ingatan, penangani isu keletihan,  dan sebagainya. Encik Jorvy Tan, turut menekankan bahawa pengguna moden semakin arif tentang produk kesihatan dan ini menyebabkan permintaan terhadap produk kesihatan semakin meningkat, dan kerjasama ini pastinya akan membawa peluang pembangunan yang lebih besar bagi kedua-dua pihak.

CEO Forest Grove Co., Ltd, Encik Park Se Hwan, menyatakan, "Syarikat kami mewakili dua rangkaian produk kebanggaan Korea iaitu: Korea Hong Sam Won dan produk penjagaan kesihatan Dongwha. Dongwha Pharmaceutical, salah satu syarikat farmaseutikal Korea yang berusia lebih 100 tahun dan telah memperkenalkan produk penjagaan kesihatan mereka ke Malaysia melalui eShoplive Asia. Dunia kini menghadapi pelbagai cabaran kesihatan, dan kita perlu menyedari bahawa melabur dalam kesihatan adalah melabur dalam masa depan. eShoplive Asia adalah platform penyiaran langsung terkemuka di Malaysia, dan Forest Grove adalah pengeluar produk penjagaan kesihatan terkemuka dari Korea. Kami yakin bahawa kerjasama eksklusif antara rakan kongsi yang kuat ini akan mencapai kejayaan yang besar dan menggalakkan perkembangan komersial dan perdagangan dua hala antara dua negara."


Sementara itu, seiring dengan babak baru kerjasama antara eShoplive Asia dan Forest Grove Co., Ltd, eShoplive Asia juga telah menganjurkan "Karnival Kesihatan eShoplive Asia", dari 19 hingga 21 Mei, jam 8 pagi hingga 10 malam, di Komune Living & Wellness, Cheras. Aktiviti menarik termasuk ceramah kesihatan, bengkel pendidikan, bengkel kecergasan, dan permainan mencari harta karun akan disediakan. Tetamu terhormat dan Pegawai Kanan Jenama eShoplive Asia, Cik Chiong Pei Pei, juga akan hadir di tempat untuk memberikan pemahaman mendalam tentang pengetahuan kesihatan dan kesejahteraan. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.facebook.com/eshopliveasia.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI