KISAH BERBEZA DENGAN INTERPRETASI SEGAR TEATER BANGSAWAN INDIE PUTERI GUNUNG LEDANG: SAKTI SITI DJAMILAH


Setelah kejayaan pementasan Teater Bangsawan Indie: Raja Bersiong pada tahun 2022, Revolution Stage dan Live In My Poetry kembali dengan Teater Bangsawan Indie terbaru, dengan membawa kisah legenda ternama tanahair, Puteri Gunung Ledang. 

Skrip terbaru karya Khairunazwan Rodzy ini membawakan kisah Puteri Gunung Ledang melalui penceritaan yang membawa fokus lebih kepada kisah rombongan Sultan Mahmud dan juga pedalaman kajian yang lebih kepada keperibadian dan latar belakang Puteri Gunung Ledang yang terkait dengan konsep sufisme. 

Menurut Khairunazwan, yang juga merangkap pengarah bersama teater ini dengan pengarah Rahim Jo, beliau memilih jalan cerita ini kerana ingin masyarakat lebih mengenali Puteri Gunung Ledang, atau nama islamnya, Siti Djamilah, dari sudut yang berbeza dari penceritaan yang sering didengari atau dikhabarkan. 

“Saya merasakan ia adalah salah satu sudut penceritaan yang masih ramai belum tahu. Walaupun kita tahu kisah Puteri Gunung Ledang memang terkenal, tapi penceritaan dan skrip yang saya cuba sampaikan akan membawa satu pengalaman dan pengetahuan yang baru kepada setiap penonton,” tambah Khairunazwan. 

Apa yang menarik lagi adalah, konsep teater bangsawan indie kalini diteruskan lagi selepas kejayaan pementasan Teater Bangsawan Indie: Raja Bersiong pada Anugerah Teater Malaysia tahun lepas, merangkul 3 trofi bagi teater tersebut, 7 secara kesuluruhan. 

Khairunazwan, yang juga penerima Anugerah Pendukung Seni Negara pada malam anugerah tersebut, turut berkata bahawa penerimaan baik bagi pementasan Teater Raja Bersiong meneruskan semangat beliau untuk terus mementaskan siri Teater Bangsawan Indie ini. 

“Bukan sahaja penonton yang memberi komen yang positif, penerimaan anugerah tersebut menandakan mereka yang sudah lama terlibat dalam teater juga menyambut konsep ini dengan baik, dan bagi kami, ia boleh membawa konsep teater bangsawan ini lebih dekat dengan masyarkat Malaysia, khususnya penggemar-penggemar teater,” ujar Khairunazwan. 

Teater Bangsawan Indie Puteri Gunung Ledang: Sakti Siti Djamilah akan membawakan lebih dari 15 pelakon muda dan berpengalaman untuk pementasan ini, termasuklah Aloeng Silalahi, Kyra Sabri, Jasni Fizul dan ramai lagi. 

Menerima Insentif Seni (Kewangan), Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan juga “The BOH Cameronian Grants for New Productions 2022” dari Kakiseni, pementasan teater ini juga akan dipentaskan secara atas talian untuk mereka yang tidak berada di lembah klang dapat menonton juga. 

Teater Bangsawan Indie Puteri Gunung Ledang: Sakti Siti Djamilah bakal dipentaskan pada 17- 28 Mei 2023 dan tiket boleh didapati di www.revolutionstage.com

Untuk sebarang maklumat lanjut, boleh hubungi produksi Revolution Stage melalui Instagram mereka @revolutionstage atau terus ke www.revolutionstage.com

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA