LE FRENCH FESTIVAL 2023: PANORAMA PERAYAAN SENI DAN BUDAYA SELAMA SEBULAN

The Alliances Françaises de Malaisie di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang akan melancarkan Le French Festival (LeFF 2023) edisi ke-21 tidak lama lagi! Bakal berlangsung dari 25 Mei hingga 25 Jun, LeFF 2023 mengalu-alukan kedatangan para pengunjung untuk menikmati pengalaman kebudayaan yang mendalam selama sebulan, yang terdiri daripada seni persembahan, seni visual, gastronomi, muzik dan pelbagai filem Perancis kontemporari.

(L-R): Mr Luca Griseri, Vice President of the Alliance Française de Penang; Ms Emmanuelle Marchand, Counsellor for Cooperation and Cultural Affairs at the Embassy of France in Malaysia; His Excellency Mr Axel Cruau, Ambassador of France to Malaysia; Ms Violaine Dupic, Director of Alliance Française of Kuala Lumpur and Ms Asma Manssouri, Cultural Officer from Alliance Française of Kuala Lumpur at the 21st edition of Le French Festival 2023 press conference.

Menjelajah dari Malaysia Barat ke Malaysia Timur, LeFF 2023 akan hadir di empat bandar berbeza bermula dari Kuala Lumpur, diikuti dengan Pulau Pinang, Johor Bahru dan akhir sekali di Kuching, untuk tayangan perdananya di Sarawak. Festival tahun ini dipersembahkan oleh L'Oréal Paris, dan dianjurkan bersama oleh Alliances Françaises di Malaysia (Kuala Lumpur dan Pulau Pinang) dan Kedutaan Perancis di Malaysia bersama-sama dengan rakan kongsi dan kolaborator lama mereka, Golden Screen Cinemas dan Martell. Penaja emas Cartier menyokong acara itu untuk dua tahun berturut-turut.

Sebagai pembawa festival rasmi Le French Festival 2023, L’Oréal Paris meneruskan usaha mereka dalam memberikan komitmen bersepadu menyokong penglibatan wanita dalam pawagam, seni dan budaya sambil menerajui kepakaran kecantikan mereka di barisan hadapan festival. Penonton filem akan mempunyai banyak pilihan untuk tontonan dengan 15 filem Perancis yang akan memperkayakan pilihan di pawagam-pawagam GSC, dari komedi dan cerita seram hingga ke drama, kisah percintaan dan banyak lagi. Salah satu filem utama ialah adaptasi daripada novel The Three Musketeers oleh Alexandre Dumas, satu detik penting dalam kesusasteraan Perancis dan novel cerita yang penuh dengan tipu muslihat dan komplot. Selepas permulaan yang sangat memberangsangkan di Perancis, penayangan di Malaysia akan menjadi paparan perdana filem tersebut di benua Asia! Tersedia untuk golongan muda pula, Festival Le Petit - merupakan sebahagian daripada festival yang dikhaskan untuk kanak-kanak dan dilancarkan pada tahun 2022 - akan berlangsung di Alliance Française di Kuala Lumpur dan Perpustakaan Awam Pulau Pinang dengan barisan filem animasi, sesi bercerita dan konsert yang menghiburkan.

Di samping program filem yang besar, Le French Festival meneruskan pengembangan skopnya dengan pelbagai persembahan kontemporari yang lebih meluas, pameran, dan perjalanan masakan yang istimewa:
  • Tempah slot anda untuk bengkel membuat pastri bersama kafe PAUL. Nikmati makanan Perancis sambil mengagumi karya seni berwarna-warni yang dipaparkan di Champignons dan Delia Wines dengan Gallery des Artistes. Tingkatkan pengalaman makan Perancis anda di restoran-restoran Entier, Nathalie Gourmet Studio dan Le Gourmandin.
  • Alami pameran unik dan aksi lukisan langsung oleh pelukis dan penghibur Perancis, Vaultman dengan kerjasama pemuzik tempatan Mei Lin Hii (piano) & John Thomas (dram), di mana anda akan menyaksikan dua bentuk seni yang luar biasa di bawah satu bumbung di The Godown.
  • Cercle, persembahan tarian solo yang dibawa kepada anda oleh Olé Khamchanla dari Syarikat KHAM, mengaitkan kisah persimpangan budaya Timur dan Barat.
  • Mari ikut menari dengan Fête de la musique yang akan meneroka format baharu: persembahan muzik dua bahagian bermula di The Godown pada siang hari dan di seluruh Chinatown pada waktu malam untuk anda mengenali kepelbagaian genre dan artis.
  • Ikuti pasangan Perancis-Malaysia pertama di LeFF 2023, Lorraine Thiria dan Nadirah Zakariya, di mana mereka bergabung untuk mengungkap kemajuan fotografi dan mendedahkan apa yang cantik dalam kebiasaannya di AFKL.

Yang Berbahagia Encik Axel Cruau, Duta Besar Perancis ke Malaysia

Yang Berbahagia Encik Axel Cruau, Duta Besar Perancis ke Malaysia berkata semasa sidang media, "Edisi 2022 merupakan edisi pembaharuan selepas pandemik Covid, dan ia merupakan satu kejayaan yang membanggakan. Edisi 2023 pula akan lebih aktif dalam menyerlahkan budaya Perancis yang terbaik dan berkongsi dengan rakan-rakan kami di seluruh Malaysia seperti di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, dan di lokasi baharu: Kuching!”.

Cik Violaine Dupic, Pengarah Alliance Française dari Kuala Lumpur berkongsi, "Pada tahun 2023, Alliance Française akan meraikan ulang tahun ke-140 di seluruh dunia, manakala edisi baharu Le French Festival akan memberikan tumpuan pada dialog. Sebagai platform untuk pertemuan seni, festival ini akan memupuk kerjasama yang menyemarakkan. Mari bersama merangkul kekayaan budaya Perancis dan Malaysia!”.

Berkongsi agenda lain pada festival tahun ini, Cik Asma Manssouri, Pegawai Kebudayaan dari Alliance Française di Kuala Lumpur berkata, "Selepas 20 edisi, Le French Festival kini telah matang sepenuhnya untuk menjadi multidisiplin dan ingin menawarkan pemandangan 360° dalam adegan seni kontemporari. Kami ingin membawa bentuk artistik, kandungan dan idea baharu, untuk menjadikan festival ini sebagai platform dalam masa dan ruang bukan sahaja untuk penerokaan deria tetapi juga sebagai pencetus pemikiran kritikal. Mari jadikan edisi ini sebagai yang tidak dapat dilupakan, didorong oleh rasa ingin tahu dan penemuan artistik.”

Di Pulau Pinang, sebagai tambahan pada filem, pengunjung di Festival akan berpeluang berjalan-jalan di semua tapak di pulau itu yang berkaitan dengan negara Perancis, sambil menikmati beberapa muzik dan seni visual terbaik Perancis. En. Luca Griseri, Naib Presiden Alliance Française de Penang, berkata: "Pulau Pinang mempunyai hubungan yang istimewa dengan Perancis. Festival ini memainkan peranan penting menyemarakkan kemeriahan dan menghidupkan budaya Perancis di pulau ini. Ia juga merupakan pemangkin di mana Alliance mewujudkan perkongsian yang berpanjangan dengan institusi kebudayaan yang terletak di Pulau Pinang."

Peminat festival boleh menantikan kehadiran Le French Festival 2023 di bandar-bandar mengikut tarikh di bawah:
  • Kuala Lumpur : 25 Mei - 11 Jun
  • Pulau Pinang : 8 Jun - 18 Jun
  • Johor Bahru : 14 Jun - 18 Jun
  • Kuching : 21 Jun - 25 Jun
Le French Festival 2023 diwujudkan dengan sokongan para penaja dan rakan-rakan kongsi yang dihargai:

Wakil Festival: L'Oréal Paris

Para penaja: AGS, Airbus, Bluestar AMG, Cartier, Decathlon, Escatec, PAUL, Safran

Rakan-rakan Kongsi Rasmi: Astro Shaw, CCIFM, Champignons, Cinema Online, Delia Wines, Entier, Euroasia, Golden Screen Cinemas, KL Shakespeare Players, Le Gourmandin, Martell, Monin, Nathalie Gourmet Studio, Majlis Seni Pulau Pinang, Perpustakaan Pulau Pinang, Orkestra Filharmonik Pulau Pinang, Persatuan Pemandu Pelancong Pulau Pinang, Kumpulan Media Sarawak, Sofitel Kuala Lumpur Damansara, Yayasan Sutra, The Godown, TVS, UCSI dan Unimas.

Anda boleh menempah tiket pawagam mulai Khamis, 18 Mei 2023 melalui aplikasi GSC, laman web www.gsc.com.my atau melalui e-kios di pawagam-pawagam GSC yang mengambil bahagian.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti lain, sila layari https://www.alliancefrancaise.org.my/alliance-francaise-de-kuala-lumpur/

 

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA