NIKMATI K-DRAMA TERHEBAT DI ASTRO PADA OKTOBER INI

Jirisan
Pelanggan Astro boleh menikmati tayangan perdana K-drama terhebat termasuk aksi, misteri seram, romantik dan drama keluarga pada Oktober ini, di Astro menerusi tvN (Saluran 395 HD), Oh!K (Saluran 394 HD), KBS World (Saluran 392 HD). Peminat K-drama juga boleh strim episod-episod yang disediakan di On Demand dan Astro GO.

Para peminat boleh menikmati tayangan perdana K-drama termasuk:


Jirisan 
[Hari Sama Dengan Korea] [Tayangan Perdana]
24 Oktober, Ahad & Isnin, 9.15 malam
tvN (Saluran 395 HD)
*Strim di On Demand & Astro GO bermula 31 Okt 2021

Dibintangi oleh Jun Ji-hyun dan JooJi-hoon, “Jirisan” adalah sebuah drama misteri tentang sekumpulan petugas hutan yang mendaki Gunung Jiri, gunung tertinggi di Korea Selatan


Dali and Cocky Prince 
[Tayangan Perdana]
14 Oktober, Khamis & Jumaat, 9.05 malam
KBS World (Saluran 392 HD)
*Strim di On Demand & Astro GO bermula 15 Okt 2021

Dali dan Cocky Prince mengisahkan tentang percintaan antara seorang lelaki yang kurang berpelajaran tetapi pandai mencari nafkah dan seorang wanita yang bijak, juga berasal dari latar belakang elit tetapi tidak tahu bagaimana untuk menjaga dirinya sendiri.


The All-Round Wife 
[Minggu Sama Dengan Korea] [Tayangan Perdana]
11 Oktober, Isnin - Jumaat, 7.50 malam
KBS World (Saluran 392 HD)

Sebuah drama di sekitar daerah Gangnam, menceritakan tentang Seo Cho-hee, seorang wanita berjuang untuk meningkatkan kualiti hidupnya dengan memiliki sebuah rumah. Drama ini menceritakan kisah keluarga yang realistik di mana kebahagiaan bukanlah terletak pada rumah tersebut, tetapi mengenai ahli keluarga yang mendiami rumah tersebut.

Mobius: The Veil 
[Hari Sama Dengan Korea] [Tayangan Perdana]
30 Oktober, Sabtu & Ahad, 7.50 malam
Oh!K (Saluran 394 HD)

Sambungan dari siri asal, “Mobius: The Veil” menceritakan permulaan ejen NIS dan kisah-kisah mereka. Kehidupan dan hubungan mereka yang rumit ditampilkan dalam episod istimewa ini.

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!