RASAI KEJUTAN #CRUNCHYKAWKAW WALL’S OVALTINE CRUNCHY CHOC


Berikutan sambutan yang memberangsangkan daripada para penggemar manisan untuk aiskrim Wall’s Ovaltine Crunchy Pop, Wall’s Malaysia kini ingin mencetus semula pengalaman #CrunchyKawKaw dengan memperkenalkan aiskrim Wall’s Ovaltine Crunchy Choc yang baharu.

Sebagai tambahan terkini kepada rangkaian aiskrim Wall’s Ovaltine, aiskrim Wall’s Ovaltine Crunchy Choc ialah hidangan manisan pilihan rakyat Malaysia yang boleh dinikmati semasa masa lapang dan istirehat dalam keselesaan kediaman mereka sendiri. Setiap suapan menyampaikan pengalaman #CrunchyKawKaw dengan setiap bijiran bebola coklat yang penuh kerangupan, disusuli dengan gabungan sempurna aiskrim Ovaltine Chocolate Malt serta rasa Chocolate Malt Swirl yang enak sekali.

“Wall’s Malaysia amat teruja untuk menjanjikan keseronokan luar biasa dengan memperkenlkan satu lagi kolaborasi rangkaian aiskrim Wall’s Ovatine. Aiskrim Wall’s Ovaltine Crunchy Choc yang baharu ini diharapkan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dengan berkongsi pengalaman #CrunchyKawKaw yang mengembalikan keceriaan dan keriangan untuk memeriahkan lagi kehidupan seharian rakyat Malaysia,” ujar Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia.

Sambil anda menikmati Wall’s Ovaltine Crunchy Choc yang baharu ini, kami berharap momen tersebut dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga dan orang tersayang dengan kejutan #CrunchyKawKaw yang menyeronokkan, di samping terus menyebarkan kegembiraan serta menceriakan kehidupan harian dari keselesaan kediaman anda,” kata Shiv Sahgal, Pengarah Pemasaran Makanan & Minuman Unilever Malaysia.


Aiskrim Wall’s Ovaltine Crunchy Choc boleh didapati di kedai runcit seluruh negara dengan harga jualan yang disyorkan sebanyak RM13.50 untuk satu pain (pint). Aiskrim ini juga boleh didapati secara daripada platform penghantaran makanan seperti Grab, FoodPanda dan ShopeeFood.

Untuk maklumat lanjut mengenai aiskrim Wall’s Ovaltine Crunchy Choc, sila layari https://linktr.ee/WallsOvaltineCrunchyChoc.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM