JALINKAN KEMESRAAN & RAIKAN HARI TEH TARIK BERSAMA LIPTON!


Teh Tarik dianggap sebagai sebahagian daripada budaya negara kita. Sama ada semasa perjumpaan keluarga, mahupun ketika berjumpa kawan-kawan di kedai mamak untuk bersimbang, atau bersama kenalan baharu - setiap hubungan semakin dieratkan sambil menikmati secawan Teh Tarik. Namun, penguatkuasaan kawalan pergerakan yang berlanjutan di seluruh negara telah mengganggu sesi mengeteh rakyat Malaysia, memisahkan kita bukan sahaja daripada menikmati keenakan teh susu berkrim yang enak tetapi juga masa yang diluangkan bersama yang tersayang. Di bawah kempen ‘Sekuat Rasa Teh, Seerat Ikatan Kasih’ yang diadakan mulai 15 September ini, Lipton menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Teh Tarik dengan mengembalikan semula hubungan erat yang telah dibina dengan perkongsian mesej-mesej unik di laman www.liptontehtarikday.com.

Diinspirasikan oleh rakyat Malaysia yang dieratkan demi cinta mereka terhadap teh tarik, sejak tahun 2017 jenama teh terkemuka dunia meraikan Hari Teh Tarik dengan tumpuan untuk membina jalinan erat sambil menikmati secawan teh enak. Seperti temanya, ‘Sekuat rasa teh, seerat ikatan kasih’, Lipton menyedari kepentingan untuk berhubung dan mengembalikan ikatan mesra, khususnya pada saat yang mencabar ini. Pada sambutan Hari Teh Tarik tahun ini, Lipton memperkenalkan sebuah platform yang membolehkan rakyat Malaysia meluahkan isi hati mereka kepada keluarga dan rakan-rakan dengan cara yang unik - hanya perlu menyatakan mesej yang ingin diluahkan dan Lipton akan menganimasikan mesej tersebut, meninggalkan penerima rasa istimewa dan tersayang.

“Pandemik semasa tentunya telah menjejaskan kualiti dan kuantiti masa yang dihabiskan bersama orang tersayang. Walaupun kita perlu mengambil langkah untuk berjauhan secara fizikal semasa era pandemik ini tetapi kami di Lipton juga percaya ia adalah penting untuk meluangkan masa, sekurang-kurangnya 15 minit, untuk berhubung dan eratkan ikatan bersama yang tersayang, walaupun diatas talian. Ada kalanya kita memerlukan lebih daripada sekadar ayat untuk menggambarkan isi hati, tambahan pula rakyat Malaysia lebih dikenali untuk menggambarkan perasaan mereka melalui tingkah laku berbanding bicara. Oleh demikian, Lipton telah mewujudkan kempen ini bukan sahaja untuk menggalakkan perkongsian mesej khas bagi orang yang teristimewa dalam hidup anda, tetapi juga menebus hadiah untuk dinikmati ketika meluangkan masa bersama,” kata Callista Fernandez, Ketua Pemasaran Teh di Asia Tenggara, ekaterra (Sebahagian syarikat Unilever).



Hari Teh Tarik pasti tidak sempurna tanpa secawan teh dan Lipton akan menambahkan keistimewaan saat-saat teh tarik anda dengan set hadiah Hari Teh Tarik Lipton. Pasangan yang berhubungan melalui laman www.liptontehtarikday.com akan dipilih untuk menerima dua set hadiah - satu bagi pengirim dan satu bagi penerima mesej - bagi menggalakkan kesinambungan hubungan kedua-dua individu! Set hadiah berkenaan direka dengan kerjasama Stickerrific, yang telah menganyam uncang teh Lipton dan daun teh kepada ilustrasi batik pada kotak set hadiah Hari Teh Tarik. Ia dilengkapkan dengan cawan edisi khas oleh Lipton bersama pelbagai pilihan teh Lipton, termasuk Teh Tarik Milk Tea Latte 3 dalam 1 kami, memberikan keenakan berkrim dalam setiap hirupan.

Daftar dan karya sebuah mesej peribadi dengan Lipton untuk dikongsi bersama insan tersayang!

● Langkah 1: Hantar butiran dan mesej peribadi anda di www.liptontehtarikday.com

● Langkah 2: Tunggu sebentar. Benarkan pasukan kami untuk memberikan sentuhan magis pada mesej anda!

● Langkah 3: Satu pautan unik akan dihantar ke orang tersayang menerusi SM

● Langkah 4: Klik pada pautan yang diberikan dan mesej yang tercipta akan dipaparkan. Penerima mesej istimewa itu diberi pilihan untuk memuat turun mesej berkenaan atau berkongsinya di media sosial. Selamat berhubung!

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen ini, ikuti laman media sosial rasmi Lipton di Facebook dan Instagram. Uncang Teko Teh Extra Kaw Lipton dan Teh Tarik 3-1 Lipton boleh didapati di kebanyakan pasar raya di seluruh negara, serta secara online di Shopee dan Lazada.

Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA