MK GROUP BAWAKAN KONSERT STAY STRONG MALAYSIA BERSAMA DOLLA

 

MK Group dengan bangganya mempersembahkan kumpulan pop wanita terhangat di Malaysia, DOLLA dalam KONSERT STAY STRONG MALAYSIA, sebuah konsert amal maya yang dijadualkan pada Sabtu, 8.00 malam, 30 Oktober 2021, di ruang tamu anda atau di mana sahaja anda berada!

Di kala pandemik ini, persembahan pentas, festival dan segala hiburan secara langsung telah dibatalkan. Konsert yang bakal distrimkan secara langsung dari sebuah lokasi tertutup dalam bentuk maya oleh Hitman Group, bakal memberikan hiburan yang diidamkan oleh rakyat Malaysia di rumah secara selamat.

Konsert yang imersif ini bukan sahaja dianjurkan untuk menghibur tetapi juga untuk mengumpul dana bagi petugas barisan hadapan di masa yang mencabar ini. Para penonton boleh menderma dengan mengimbas kod QR dari rakan e-dompet rasmi, FavePay yang bakal dipamerkan semasa konsert tersebut. 100% sumbangan akan disalurkan untuk membeli bekalan perubatan untuk hospital-hospital dan membantu kakitangan perubatan yang telah bertungkus-lumus memerangi pandemik COVID-19.


Dolla yang dianggotai oleh Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo); Tabitha Ariel Lam (Tabby); Angelina Chai Ka Ying (Angel); dan Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) berjanji akan memberikan persembahan nyanyian dan tarian yang paling hebat untuk Malaysia di konsert itu nanti.

Selepas menerajui carta muzik tempatan dengan single pengenalan mereka ‘Dolla Makes You Wanna’, kumpulan ini terus mencuri perhatian penggemar muzik tanah air. Mereka kemudian melancarkan lagu, ‘Impikan’, berserta versi Bahasa Inggerisnya, ‘Watch Me Glow’, pada Oktober 2020. ‘Impikan’ berjaya mendapat satu juta tontonan di YouTube kurang daripada dua minggu dan meraih perhatian media tempatan serta antarabangsa di samping rantau Asia Tenggara dan Korea.

Baru-baru ini, Dolla juga telah melancarkan lagu single terbaharu mereka berjudul ‘Berani’ yang bakal dipersembahkan secara langsung di konsert tersebut!

Selain daripada konsert, para penonton akan disajikan dengan kandungan eksklusif seperti lawatan belakang tabir, wawancara, dan sesi interaktif Zoom bersama Dolla dan lain-lain.


Konsert Stay Strong Malaysia akan distrimkan secara langsung melalui https://www.facebook.com/MKGROUP88/ dengan percuma. Ia dipersembahkan oleh MK Group, disokong oleh Amazing Creative Group , MK Amusement, Star Planet dan dibantu oleh Bigo sebagai rakan penstriman rasmi dan FavePay sebagai rakan e-dompet rasmi.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM