SOCAR-2-YOU TAWAR PROMOSI ISTIMEWA UNTUK PERCUTIAN ANDA


Adakah anda merindui perasaan apabila angin bertiup di wajah sambil menikmati pemanduan ke lokasi jauh untuk meneroka tempat-tempat baharu? Anda tidak perlu menunggu lama untuk kembali mengembara! Kini tiba masanya untuk menempah sebuah kereta SOCAR dan mula mengemas pakaian memandangkan pengembaraan merentasi sempadan telahpun dibenarkan di seluruh negara[1].

SOCAR, sebuah aplikasi perkongsian kereta dengan lebih 2,000 kenderaan yang terdiri daripada 36 model berbeza, kini memperluaskan perkhidmatan SOCAR-2-YOU di Lembah Klang dan Semenanjung Malaysia dan menawarkan kemudahan penghantaran SOCAR ke depan pintu bagi lebih ramai pemandu - tanpa perlu bersemuka, disertakan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik.
  • Di Lembah Klang, kawasan liputan kini turut merangkumi Cyberjaya, Putrajaya, Bangi, Shah Alam, Kota Kemuning, Setia Alam dan Klang.
  • Di Pulau Pinang, perkhidmatan ini kini tersedia di Gelugor, Tanjung Tokong, Jelutong dan Air Itam.
  • Di Johor, zon liputan baharu termasuk Johor Jaya dan Pasir Gudang.
  • Buat kali pertama, perkhidmatan SOCAR-2-YOU juga boleh didapati di Ipoh dan Melaka.
Dengan lebih banyak pihak boleh menikmati kemudahan ini, tiba masa bagi rakyat Malaysia merancang untuk balik kampung atau bercuti dengan menikmati promosi terkini SOCAR. Buat tempahan pemanduan selama minimum 2 hari bagi menikmati potongan RM150 dengan menggunakan kod ‘CUTI150’. Paling menarik? Tidak terdapat sebarang had penggunaan! Kod promosi tersebut boleh digunakan untuk semua pengembaraan anda!

Ingin merasai suasana pantai yang menenangkan? Terengganu menawarkan pemandangan laut yang terbentang luas dengan keindahan pulau seperti Pulau Perhentian dan Pulau Kapas. Anda juga boleh menikmati kepelbagaian hidangan jalanan enak di Pulau Pinang, khususnya di Gurney Drive, manakala bagi penggemar hidangan asam pedas, Melaka pastinya menjadi destinasi utama bagi anda menjamu selera sajian popular tersebut sambil menikmati tarikan pelancong lain di negeri bersejarah berkenaan bersama rakan-rakan pengembaraan anda.


Terma dan syarat:
Tempahan minimum dua hari penggunaan kereta.
Kod promosi boleh digunakan berulang kali.
Kod promosi tidak boleh digunakan untuk model kereta MINI dan BMW.

Muat turun aplikasi SOCAR di Google Play Store atau Apple App Store dan ikuti laman Facebook SOCAR bagi mengetahui promosi dan tawaran-tawaran terkini daripada SOCAR.


Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI