IKEA MALAYSIA TAWAR MENU ENAK BERASASKAN TUMBUHAN!

 

Nikmati hidangan yang berasaskan tumbuhan yang menyelerakan lagi berkhasiat! IKEA Malaysia kini menawarkan pilihan makanan berasaskan tumbuhan yang lazat dan berpatutan kepada semua! Menampilkan Burger Berasaskan Tumbuhan, Schnitzel Berasaskan Tumbuhan, Jejari Ikan Berasaskan Tumbuhan, Pasta Tomato Bebola Sayuran, Wrap Bebola Sayuran serta Kroisan Telur Masak Hancur dengan hidangan sampingan berasaskan tumbuhan dan salad, IKEA bakal mencetuskan satu hala tuju baharu ke arah kehidupan harian yang lebih baik dan lestari.

6 biji Bebola Sayuran dengan Pasta Sos Tomato 

Dengan harga berpatutan daripada RM4.90 - RM12.90, rangkaian makanan berasaskan tumbuhan ini boleh didapati di semua Restoran IKEA Malaysia. Hidangan-hidangan lazat ini boleh dinikmati melalui makan di restoran, bawa pulang, atau Perkhidmatan Pesan & Ambil IKEA Food.

Salad Caesar dengan ketulan sayuran

Pelancaran menu baharu ini mencerminkan usaha IKEA Malaysia untuk menawarkan makanan yang sihat, lestari dan berpatutan kepada orang ramai, selain membangkitkan selera mereka dengan suntikan ciri kelainan. Oleh sebab makanan merupakan keperluan kita semua, kita harus lebih peka terhadap pilihan makanan kita bagi melindungi alam sekitar. Kini, anda dapat mengorak langkah ke arah bumi yang lebih hijau secara mudah dengan memilih makanan berasaskan tumbuhan yang lazat, berpatutan, lagi berkhasiat!

 Schnitzel berasaskan Tumbuhan dan Sup Cendawan/ Combo RM 12.90 

Ingin menikmati makanan lazat sambil menyumbang? Pastikan anda membeli Kombo Hari Makanan Sedunia dari 16 hingga 31 Oktober 2021 yang termasuk Schnitzel & Sup Cendawan berasaskan Tumbuhan pada harga RM12.90. Bagi setiap kombo yang dijual, sebanyak RM2.00 akan disalurkan kepada HOPE Worldwide Malaysia bagi membiayai program pengagihan makanan.

Burger Berasaskan Tumbuhan dengan Cendawan & Kentang RM12.90

Semua barangan makanan berasaskan tumbuhan ini akan kekal dalam menu IKEA, kecuali Burger Berasaskan Tumbuhan yang hanya tersedia untuk waktu terhad hingga 31 Oktober 2021.

Anda adalah apa yang anda makan. Teruskan langkah dalam mengamalkan pemakanan berasaskan tumbuhan dalam kehidupan harian anda! Makanan yang mesra bumi pastinya baik untuk kesejahteraan anda. Untuk maklumat lanjut tentang menu makanan berasaskan tumbuhan IKEA, layari: IKEA.my

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI