LEE ZII JIA DILANTIK DUTA JENAMA LG PURICARE™ OLEH LG ELECTRONICS


Pengeluar dan pemenang anugerah dalam kelengkapan rumah, LG Electronics (LG) telah melantik pemain badminton ternama, Lee Zii Jia, sebagai duta jenama untuk produk inovatif berjenama, LG PuriCare™. Kerjasama dengan Lee Zii Jia memaparkan komitmen LG dalam membolehkan gaya hidup sihat untuk masyarakat Malaysia dan usaha berterusannya dalam menyediakan produk terkini yang bersih, pantas dan tepat untuk komuniti.

Dengan slogan, Life’s On, Live Better, jenama LG PuriCare™ berhasrat untuk bekerjasama dengan Lee Zii Jia untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kesedaran dikalangan masyarakat Malaysia akan kepentingan menjaga kesihatan dan kebersihan di masa ini, yang mampu direalisasikan melalui penyelesaian canggih air dan udara: Penapis Air Tanpa Tangki, Penapis Udara dan produk terkini, Penapis Udara Mudah Pakai.

“Kami amat berbangga dengan pelantikan Jaguh Badminton Kebangsaan Malaysia, Lee Zii Jia, sebagai duta jenama LG PuriCare™. Dengan tekad dan kesungguhan Zii Jia dalam menerajui cara hidup sihat, ia amat bersesuaian dengan pendirian jenama kami – terus maju ke hadapan dalam penjagaan kesihatan – dan produk berasaskan kebersihan untuk kesejahteraan hidup pengguna Malaysia,” kata Kim Kyu Tae, Pengarah Urusan LG Electronics Malaysia.

“Melalui kerjasama dengan Lee Zii Jia, kami berharap agar pengguna sentiasa diingatkan untuk menjadikan penjagaan kesihatan dan kebersihan suatu keutamaan dalam kehidupan mereka menuju ke era norma baharu,” tambah Kim.

Lee Zii Jia, pemenang pingat emas acara Lelaki Perseorangan di Temasya Sukan Asia Tenggara 2017, pemenang Kejohanan Badminton Terbuka All England 2021 dan bakal menyertai Thomas Cup di Denmark, terus menempa kejayaan yang memberangsangkan di arena badminton antarabangsa semuda 23 tahun.

“Saya sentiasa bekerja bersungguh-sungguh untuk meningkatkan prestasi saya di setiap latihan, permainan dan kejohanan. Salah satu fokus saya untuk merealisasikannya adalah melalui penjagaan kesihatan dimana saya selalu memastikan air dan udara adalah berkualiti di rumah mahupun di luar. Saya percaya rangkaian LG PuriCare™ menepati cara hidup saya,” kata Lee Zii Jia.


Hidup Sihat Bersama-sama LG PuriCare™

Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ dengan teknologi tanpa tangki yang canggih sentiasa memperkenalkan inovasi terkini bagi memenuhi kehendak dan persekitaran yang sentiasa berubah. Penapis Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ memenuhi keperluan permintaan pengguna untuk kesenangan, keselamatan dan kebersihan dengan ciri-ciri seperti sistem penapisan tiga peringkat yang mampu untuk menghapuskan mikroorganisma dan tujuh jenis logam seperti raksa, plumbum, arsenik, besi, tembaga dan aluminium di dalam air. Teknologi tanpa tangki menapis air secara terus tanpa memerlukan tangki, yang berpotensi untuk menghasilkan mikroorganisma, memastikan tahap kebersihan yang tinggi untuk pengguna.

Penapis Udara 360° LG PuriCare™ dengan sistem penapisan dan teknologi pembersihan udara terkini memastikan pengudaraan yang bersih dan segar di rumah. Dengan reka bentuk unggul 360 darjah, produk ini terus mencipta persekitaran dalaman yang selesa, sihat dan mudah untuk diletakkan di mana sahaja di dalam bilik. Sebagai tambahan, ciri Mod Turbo membenarkan Penapis Udara 360° LG PuriCare™ untuk mengalirkan udara bersih setinggi 7.5 meter. Kipas bereka bentuk condong dan keupayaan untuk berputar sehingga 70 darjah secara lateral, menolak udara segar yang ditapis ke semua bahagian di dalam bilik.

Penapis Udara Mudah Pakai LG PuriCare™ yang baharu dan telah ditambah baik adalah penyelesaian kepada pengudaraan peribadi yang membenarkan pernafasan udara segar dan bersih sambil udara dibersihkan secara menyeluruh. Penapis Udara Mudah Pakai LG PuriCare™ dilengkapi dengan kipas pengalir udara automatik bagi meningkatkan keselesaan ketika bernafas. Ia juga digandingkan dengan dua penapis HEPA H13, penapis yang sama digunakan di dalam penapis udara premium untuk kegunaan di rumah, bagi memastikan udara yang dihirup adalah bersih dan sihat. Penapis Udara Mudah Pakai LG PuriCare™ ini telah terbukti mampu untuk menghapuskan partikel yang memudaratkan seperti habuk, virus, bakteria dan alergan sehingga 99.95 peratus menggunakan penapis HEPA H13 ini.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA