DADI CINEMA AKAN DIBUKA DI PAVILION KL & DA MEN USJ


Rangkaian pawagam terkemuka China, Dadi Cinema bakal beroperasi mulai 1 November 2021 di Malaysia dengan pembukaan dua cawangan pertamanya di Pavilion Kuala Lumpur dan Da Men USJ. 

Pavilion KL - Lil Star Hall

Kedua-dua lokasi tersebut menampilkan konsep dalaman yang unik: Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur akan menjadi pawagam pertama di Malaysia yang memperkenalkan “konsep menonton wayang di bawah bintang” melalui Star-Max Hall di mana seluruh dewan pawagamnya dihiasi dengan tema galaksi dan bintang gemerlapan. 

Pavilion KL - Star Max Hall

Projektor laser canggih juga digunakan untuk memaparkan grafik pawagam yang lebih terang dan jelas sementara sistem bunyi Dolby Atmos pula menawarkan pengalaman audio keliling yang menakjubkan. 

Da Men - Street Scheme 

Pawagam di Da Men USJ pula direkabentuk berlandaskan konsep terbuka “Street Scheme” (“Skema Jalanan”) yang dihiasi dengan gambar rajah seni bina and tanda isyarat lalu lintas, sekaligus menghadirkan rasa girang buat penonton wayang meskipun sebelum tayangan bermula.

Pavilion KL - Star+ Lounge

Dadi Cinema Pavilion Kuala Lumpur juga menyediakan pengalaman VIP dengan layanan Star+ Hall premium yang datangnya dengan tempat duduk recliner, pad pengecasan wayarles, butang panggilan servis, dan akses ke ruang istirehat peribadi yang menawarkan makanan dan minuman ringan terpilih tanpa had untuk dinikmati sebelum tayangan bermula.

Pavilion KL - Lil Star Playland

Anak-anak kecil juga pasti terhibur di Dadi Cinema dengan adanya Lil Star Hall yang mesra keluarga. Dewan ini dilengkapi dengan tempat duduk comel yang direka khas untuk kanak-kanak serta taman permainan Lil Star Playland untuk anak-anak anda bermain sementara menanti tayangan bermula. Kedua-dua kemudahan ini boleh didapati di kedua-dua cawangan Pavilion Kuala Lumpur dan Da Men USJ.

Da Men USJ - Concession Counter

Selain menonton filem blokbuster terkini. pengunjung pawagam juga berkesempatan untuk membeli belah di bahagian cenderahati Dadi Cinema. Mereka juga boleh mendaftar atas talian untuk kad keahlian Dadi Cinema iaitu U+, yang membolehkan mereka menikmati diskaun dan tawaran istimewa di kesemua cawangan Dadi Cinema.

Pavilion KL - Hall 2

“Rakyat Malaysia sememangnya gemar berkunjung ke pawagam, jadi kami ingin menambah lagi kepuasan mereka dengan memberikan mereka pengalaman yang sukar dilupakan di Dadi Cinema. Kami teruja untuk menjejakkan kaki ke pasaran pawagam Malaysia dengan membawa masuk keistimewaan yang luar biasa untuk dinikmati pengunjung pawagam di sini. Kelak, aktiviti menonton filem di Dadi Cinema bukan lagi sekadar duduk dan menatap skrin sambil menikmati popcorn. Kami menjanjikan pengalaman yang amat menyeluruh dari saat anda membeli tiket sehinggalah penghujung tayangan. Setiap detik yang dialami di Dadi Cinema adalah bermakna untuk sesiapa sahaja tanpa mengira usia. Kami tidak sabar untuk menonjolkan keistimewaan Dadi Cinema kepada semua rakyat Malaysia dan mengalu-alukan kedatangan anda semua ke kesemua pawagam baharu kami,” kata Jessica Chong, Pengurus Kanan Pemasaran Dadi Cinema.

Da Men - Ruang Menunggu

Dadi Cinema adalah sebahagian daripada Dadi Cinema Group. Ia merupakan rangkaian pawagam kedua terbesar di China dengan 2,936 skrin dalam 496 pawagam meliputi 191 bandaraya di seluruh negara itu*. Ini merupakan julung kalinya syarikat ini mengembangkan perniagaannya ke Malaysia dan dua lagi lokasi baharu iaitu Pavilion Bukit Jalil dan Pavilion Damansara Heights yang telahpun dikenalpasti untuk pembukaan pada masa akan datang.

Tiket boleh diperoleh melalui atas talian, aplikasi Dadi Cinema (Huawei App Gallery & Apple Store), atau di kaunter konsesi di pawagam.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dadi Cinema, sila layari www.facebook.com/dadicinema/ atau www.dadi.my.

 

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO