PERSATUAN PEREKA BUMIPUTRA MALAYSIA LANCAR MY GAYA MONTH

Pn. Rasta Rashid - Presiden Persatuan Pereka Bumiputra Malaysia

Malaysian Bumiputra Designer Association (MBDA) hari ini secara rasmi melancarkan MY Gaya Month dengan matlamat untuk mempromosikan barangan Malaysia menerusi produk-produk fesyen, gaya hidup dan teknologi; sekali gus melahirkan usahawan-usahawan baharu. 

Kempen yang akan berlangsung selama sebulan ini dilancarkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, bersempena Kempen Beli Barangan Malaysia anjuran KPDNHEP. Inisiatif ini menampilkan 30 orang pereka tempatan bersama koleksi-koleksi terbaru mereka yang direka khas bagi kempen ini yang berkisar sekitar tema untuk menyokong jenama mewah tempatan. Acara selama sebulan ini akan menyorot kepelbagaian wawasan dan kreativiti pereka-pereka fesyen tempatan di Malaysia, di samping memberikan peluang kepada masyarakat untuk menghayati kecantikan dan keindahan yang lahir daripada industri fesyen tempatan.

MY Gaya Month akan melabuhkan tirainya secara gah dengan sebuah pertunjukan fesyen maya pada 8 dan 9 November 2021 (Rabu-Khamis) yang akan bersiaran secara langsung menerusi pelbagai platform seperti Facebook, Youtube, Instagram dan pelbagai lagi. Setiap pereka turut menampilkan koleksi mereka dalam platform-platform e-dagang seperti Fashion Hub by MBDA, Shopee, Lazada, Aladdin1 dan Zalora, dan koleksi ini boleh dibeli oleh orang ramai pada harga antara RM18 sehingga RM699. MBDA juga meramalkan penjualan produk sekitar RM 500,000 sepanjang bulan kempen MY Gaya Month.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata, “MY Gaya Month ialah satu inisiatif yang disusun oleh MBDA untuk menyatukan jenama-jenama fesyen dan gaya hidup sebagai satu usaha bagi meningkatkan tahap kecemerlangan barangan yang akan dijual bukan sahaja dalam pasaran tempatan tetapi juga dalam pasaran antarabangsa. Ini bukti iltizam MBDA yang sentiasa aktif dalam merancang dan menyokong inisiatif-inisiatif kerajaan untuk merancakkan industri tempatan yang melibatkan pelbagai sektor merangkumi barangan Malaysia. Kali ini, usaha kita juga ditumpukan untuk membolehkan masyarakat mendapatkan capaian yang lebih luas kepada perkhidmatan dan barangan buatan Malaysia sama ada secara dalam talian atau fizikal, dengan pematuhan SOP yang ketat.”

Tambah Dato Sri Alexander, “Pada tahun 2019, pelaksanaan KBBM mencatatkan penjualan produk bernilai RM 2.87 bilion yang melibatkan 279,000 SKU di sektor peruncitan, serta penjualan bernilai RM 6.84 juta dari pasaran dalam talian. Sementara itu pada tahun 2020, kempen tersebut menyaksikan peningkatan penjualan sebanyak RM 3.3 bilion yang melibatkan 326,000 SKU. Portal pasaran dalam talian mencatatkan peningkatan penjualan yang ketara pada tahun 2020 berbanding tahun 2019, dengan nilai penjualan melebihi RM 145 juta.”

Bon Zainal Harun - Pengasas MBDA

MY Gaya Month bermatlamat untuk mempromosikan jenama-jenama produk buatan Malaysia menerusi sokongan kepada jenama dan rekaan fesyen tempatan. Ia sekali gus akan turut merangsang ekonomi, dan mencipta peluang pertumbuhan dalam industri fesyen. Pereka pakaian lelaki terkemuka Malaysia, Bon Zainal Harun yang juga Pengasas MBDA berkata, “Kami mahu melahirkan lebih ramai usahawan dalam industri fesyen dan pembuatan. Dengan mendapatkan lebih banyak sokongan daripada masyarakat tempatan, jenama-jenama fesyen baru juga berupaya mengukuhkan jenama mereka dan bersaing dengan jenama-jenama antarabangsa.”

Barisan pereka yang akan memperagakan jenama mereka sempena MY Gaya Month:

Pereka Terlibat

       The Accidental Artist by Habsah Saufi

       CARRO

       Curve by HHM

       AD by Donnie

       RamondZack

       Masterpiece by Masrina Abdullah by Mayamin

       Amar Amran

       Dimu Designs

       Maswira Majid

       Anas Abdullah

       Emri

       Pua Indah

       Ash Majid

       Huda Hassan

       Rebel

       Azhar Zainal

       Izwani

       Spider

       Batek by Rasta Rashid by Rasta

       Jeiwa

       Three Little Ahmads...

       Bidwin Molundim Design

       JK Couture

       Tradisi by Fashion Hub

       Bon Zainal by Bon Zainal

       JLA Diva

       Ummiriaz

       Bujins Batik by Taufiq

       Kal Anesh

       Ghadeez


Setiap pereka akan memperagakan rekaan mereka dengan 8 barangan daripada setiap koleksi, merangkumi koleksi pakaian lelaki, pakaian sukan, busana sopan dan fesyen pelbagai gaya. Sebahagian pereka juga berhasrat untuk menghargai keindahan seni halus tempatan, dengan rekaan seperti batik yang diterapkan ke dalam koleksi mereka. Inisiatif ini turut menampilkan koleksi khas untuk  MY Gaya Month, seperti aksesori yang ditempah, busana pengantin, fabrik lestari, busana permaidani merah dan pelbagai lagi.

“Saya mengucapkan tahniah kepada MBDA atas usaha mereka menganjurkan kempen ini yang bukan sahaja memenuhi keperluan pengguna tetapi turut sama mengangkat usaha kerajaan untuk memajukan ekonomi tempatan. Saya berharap dengan usaha ini, lebih ramai anggota masyarakat di Malaysia akan menyahut seruan industri dan usahawan tempatan untuk membeli barangan Malaysia. Pada masa sama, kita berharap kempen ini membuka mata pasaran antarabangsa terhadap barangan tempatan yang berdaya saing sama seperti jenama-jenama antarabangsa,” kata Linggi lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai MY Gaya Month, pereka-pereka yang terlibat serta koleksi-koleksi yang diperagakan, sila kunjungi https://fashionhubmbda.com/ .

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI