DAGING LEMBU DAN KAMBING AUSTRALIA HALAL DAN VERSATIL

Soto Daging

Bekalan daging lembu dan kambing dari Australia sudah lama terkenal dengan sumber yang halal, berkualiti dan dipercayai. Daging halal tersebut telah dimport ke lebih 100 negara termasuk Timur Tengah, Indonesia dan Malaysia.

Rendang Daging - Resipi Oleh Jason Manson

Di Australia terdapat tujuh badan perakuan Muslim untuk eksport sijil halal ke Malaysia yang mematuhi semua standard diperlukan. Malah ia juga perlu memenuhi syarat lain di bawah peraturan negara itu termasuk setiap penghantaran mempunyai sijil halal dan kesihatan.

Semua haiwan ternakan di Australia untuk pasaran Malaysia disembelih di bawah program halal yang dikawal selia oleh kerajaan (Federal Department of Agriculture) dan penyembelih beragama Islam bertauliah. Mereka juga mematuhi semua syarat diperlukan termasuk kebersihan diri, kebersihan operasi dan kebajikan haiwan. Badan-badan perakuan halal ini juga diiktiraf dan diluluskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Daging Goreng Masak Belimbing Buluh

Dalam satu tinjauan yang dianjurkan oleh Meat and Livestock Australia (MLA) telah menunjukkan bahawa haiwan ternakan yang dibela dan diproses dalam persekitaran bebas tekanan akan menghasilkan kualiti daging yang lebih konsisten, bersih, selamat dan berzat. Haiwan ternakan ini juga perlu dijaga dengan baik termasuk diberi ruang mencukupi untuk berkeliaran bebas, memberinya makanan dan minuman secukupnya dan dapat menikmati udara segar.

Berbekalkan pengalaman lebih daripada 200 tahun, industri daging merah Australia telah berkembang dengan dinamik dan progresif hari ini. Gabungan usaha para petani dan teknik pemproses moden, berserta dengan penternakan di persekitaran yang tidak tercemar, reputasi Australia dalam menghasilkan daging lembu, biri-biri dan kambing yang berkualiti tinggi memang telah tersohor di serata dunia. 

Daging lembu dan kambing Australia adalah versatil dan sesuai untuk pelbagai jenis masakan Asia dan Barat, yang bukan sahaja lazat tetapi berkhasiat. Pelbagai resepi boleh dimasak menggunakan daging halal dari Australia. Daging yang empuk, berkualiti dan segar adalah lebih mudah untuk dimasak dan menjimatkan masa, sama ada rendang atau sup daging.



Untuk maklumat lanjut, sila layari

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025