SURIA KLCC & MESRA MALL LANCAR KEMPEN ‘THE GOLDEN TICKET’
Kumpulan Syarikat Suria KLCC membuka tirai kempen ‘The Golden Ticket’ dengan menyediakan baucar yang mencecah nilai hampir RM450,000 kepada para pelanggan yang berkunjung ke pusat beli-belah di bawah naungan kumpulan tersebut bagi tempoh suku akhir tahun 2021.
Suria KLCC kembali dengan kempen ‘The Golden Ticket’ hasil dari pelbagai maklum balas positif yang mana secara tidak langsung menjadikan ia satu kempen yang kini diingati oleh pengunjung setia kami. Apakah titik pengukur kemeriahan kempen “Golden Ticket” ini? Dengan hanya melakukan pembelian di rangkaian pusat beli-belah kami yang terpilih, para pembeli mampu menikmati nilai ganjaran istimewa setiap hari. Dengan erti kata lain, setiap pelanggan yang berbelanja di rangkaian pusat beli-belah terpilih kami, akan diraikan!” kata Andrew Brien, Ketua Pegawai Esekutif, Suria KLCC Sdn Bhd.
Sepanjang tempoh 16 hari bermula dari 9 Oktober, para pembeli bepeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah dengan membuka salah satu kotak misteri yang dipilih daripada 100 kotak yang lain. Kotak misteri ini akan ditempatkan di Tingkat 1, Ramlee Mall, yang mana para pembeli berpeluang memenangi ‘Golden Ticket’ atau ‘Purple Ticket’. ‘Golden Ticket’ adalah himpunan baucar beli-belah yang bernilai RM5,000, manakala pembeli yang mencabut ‘Purple Ticket’ melalui akan membawa pulang baucar beli-belah Suria KLCC yang bernilai RM50.
Para pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM500 dalam dua resit dari mana mana kedai terpilih di Suria KLCC layak untuk menyertai cabutan bertuah tersebut. Bagi merancakkan lagi kempen ini, Suria KLCC akan memberi pakej percutian “staycation” dua hari satu malam di
Peluang untuk memenangi ‘Golden Ticket’ akan diadakan pada sesi pagi dan sesi tengahari, sejumlah 32 pemenang akan membawa pulang baucar beli-belah yang bernilai RM5,000 setiap seorang. Bagi ‘Purple Ticket’, lebih daripada 3000 baucar beli-belah yang bernilai RM50 dengan nilai terkumpul sebanyak RM158,000 bakal dimenangi dan sebanyak 99 baucar akan diberikan pada dua sesi setiap hari.
Bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan para pengunjung sepanjang keberlangsungan kempen, Suria KLCC akan memastikan kawalan SOP dipantau. Cecair pembasmi kuman dan cecair pembersih tangan akan disediakan di sekitar stesen cabutan bertuah tersebut. Bagi mengekalkan penjarakan sosial yang optimum, acara cabutan bertuah hanya akan diadakan pada dua sesi setiap hari yang mana sesi pertama akan berlangsung mulai jam 10 pagi hingga 3 petang manakala sesi kedua akan berlangsung pada jam 4 petang hingga 9 malam bagi sepanjang kempen tersebut.
Kempen ‘The Golden Ticket’ juga akan kembali memeriahkan kawasan Centre Court Pusat Beli-Belah Mesra Mall, Kemaman pada 22 November untuk para pelanggan yang berbelanja sekurang-kurangnya RM250 dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih. Lebih dari 2,000 pembeli akan membawa pulang baucar beli-belah Mesra Mall bernilai RM30 setiap seorang, selain daripada berpeluang memenangi ‘Golden Ticket’ yang berbentuk baucar beli-belah Mesra Mall bernilai RM 1,000. Secara keseluruhan, sejumlah 45 ‘Golden Ticket’ akan diberikan.
Tebusan hadiah terhad untuk 1 kemasukan bagi setiap pembeli untuk setiap hari, sementara stok masih ada. Terma dan syarat lengkap boleh didapati di laman sesawang Suria KLCC dan Mesra Mall.
“Kami amat bersyukur kerana berpeluang untuk kembali meraikan pengunjung setia dengan sambutan kempen ini, kami berharap usaha ini sedikit sebanyak dapat memberi keceriaan kepada mereka dikala menginjak suku akhir tahun ini. Bagi terus mengekalkan prestasi dan rekod, rangkaian pusat beli-belah kami akan sentiasa mengekalkan keselamatan dan kebersihan yang mana kami mengambil langkah bersepadu dan jitu dalam mengekalkan kawalan ketat terhadap SOP. Akhir kata, kempen ini adalah tanda penghargaan kecil kami dalam menghargai dan menyanjungi para pelanggan kami”. Tambah Brien.
Untuk info lanjut, layari:
Suria KLCC - www.suriaklcc.com.my / www.facebook.com/SuriaKLCCMall
Mesra Mall - www.mesramall.com / www.facebook.com/MyMesraMall
Comments
Post a Comment