PAVILION KUALA LUMPUR LANCAR APLIKASI MUDAH ALIH BAHARU


Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah utama di Malaysia telah melancarkan Aplikasi Mudah Alih pelbagai fungsi PAVILION KL MOBILE APP dengan navigasi mall interaktif, notifikasi kemas kini terbaharu dan ganjaran yang eksklusif kepada pengguna aplikasi tersebut untuk meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah dengan menyediakan semua maklumat yang diperlukan di hujung jari.


Para pengunjung Pavilion KL boleh membuat navigasi secara interaktif dengan mudah untuk mencari kedai-kedai kegemaran mereka di antara 700 buah stor yang terdapat di 8 presint di Pavilion KL dengan menggunakan aplikasi ini. Ia bukan sahaja dapat memberikan pengalaman membeli-belah yang hebat, malahan ia juga merupakan platform digital bagi program kesetiaan baharu bagi Pavilion KL iaitu Pavilion Privileges yang menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada mereka yang berbelanja di Pavilion KL seperti jemputan majlis istimewa, tawaran eksklusif dan layanan istimewa tanpa perlu beratur untuk menebus ganjaran.



“Pavilion KL Mobile App membawakan era baharu yang mengujakan kepada pengalaman membeli-belah di Pavilion KL kepada mereka yang celik IT, di mana kami telah menggabungkan teknologi telefon pintar dengan dan pengalaman membeli-belah. Dengan adanya aplikasi ini, kami dapat berhubung secara langsung dengan para ahli kami untuk memberikan maklumat terkini, tawaran hebat, dan pembukaan kedai-kedai baharu. Para pengunjung juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk megakses akaun Pavilion Privileges mereka untuk memuat naik resit-resit yang boleh dikumpulkan untuk menebus ganjaran yang disediakan,” kata Dato’ Joyce Yap, CEO of Retail, Pavilion REIT Malls.

Pavilion Kuala Lumpur Mobile App boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store.

Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI