JY (JUST YOU) LANCAR KOLEKSI EKSKLUSIF MONOGRAM PINKTOBER

 

Jenama fesyen JY (Just You) telah memperkenalkan koleksi Monogram Pinktober yang terbaru yang terdiri daripada selendang, tudung bawal dan twillies di SOGO Kuala Lumpur sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara Oktober ini.

Para penggemar fesyen hijab boleh mendapatkan koleksi ini di Stor Pop-up JY Monogram Pinktober yang kini berada di Aras G, SOGO Kuala Lumpur sehingga 31 Oktober 2021.

Pengasas JY,  Ms. Jean Yeap dan Pejuang Kanser Calise

Pejuang Kanser Jenny

Pejuang Kanser Munirah

Pempengaruh Media Sosial & Pejuang Kanser - Navi Indran Pillai

Personaliti Media Sosial Mek Yun

Personaliti & Hos TV Dahlia Shazwan

Sebagai jenama yang dicipta oleh wanita untuk wanita, JY mempunyai aspirasi untuk menjadi jenama yang mengangkat martabat wanita. Melalui kempen ini, JY berharap dapat memperkasakan wanita yang terkesan oleh kanser payudara dan membantu meningkatkan kualiti hidup mereka.

Bagi setiap pembelian dari koleksi ini, 10% hasil jualan akan disumbangkan kepada Pink Ribbon Wellness (L) Foundation. Dana yang terkumpul akan digunakan bagi meneruskan usaha yayasan tersebut untuk mendidik dan menyokong pesakit kanser payudara, keluarga mereka dan rangkaian sokongan mereka.

JY Monogram Pinktober dengan Kristal Pink Ribbon

Pelitup Muka 3D JY Monogram Pinktober  dengan Teknologi Ion Silverplus

Twilly JY Monogram Pinktober 

Koleksi JY Pinktober Monogram ini yang tersedia dalam lima rona merah jambu yang menawan dengan nama - Amazing, Courage, Joyful, Beautiful dan Passionate, yang mencerminkan perwatakan lima pejuang kanser payudara - Munirah, Calise, Jenny, Halida and Navi, yang telah menjadi ilham di sebalik koleksi yang bermakna ini.

Bersama personaliti media social Mek Yun dan personaliti TV personaliti Dahlia Shazwan, mereka adalah anggota kumpulan #JYPinkTribe yang bersedia untuk menyebarkan kesedaran tentang kanser payudara di kalangan wanita.

Sempena pelancaran koleksi ini, SOGO Malaysia turut akan menghoskan bersama acara sambutan SOGO x JY Virtual Pinktober bersama #JYPinkTribe pada 9 Oktober 2021 jam 3 petang menerusi Facebook Live di mana pejuang kanser payudara bakal berkongsi pengalaman mereka kepada orang ramai dan khususnya kepada mereka yang terkesan oleh penyakit ini. 100 orang pertama yang membuat RSVP dan menjemput 3 orang rakan mereka ke acara maya ini akan menerima hadiah bernilai minimum RM30.

Pada hari tersebut, orang ramai yang menonton FB Live berpeluang untuk menikmati tawaran eksklusif satu hari sahaja RM99 (NP: RM129) untuk mendapatkan selendang atau tudung bawal JY Monogram Pinktober melalui khidmat Personal Shopper SOGO KL WhatsApp at +60 17-227 0888.

Orang ramai juga boleh membeli koleksi tersebut pada harga RM109 (NP: RM129) melalui laman web www.sogo.com.my atau www.justyou.com.my di Jualan Istimewa Dalam Talian yang bakal diadakan selama tiga hari sahaja pada 10 sehingga 12 Oktober 2021.

Sempena sambutan Pinktober, JY juga bakal membawakan acara satu hari Virtual Live di Malaysia bersama Guru Jus Asia - Mark Leong pada 9 Oktober 2021 jam 11 pagi menerusi sesi Zoom persendirian yang eksklusif. Mark Leong yang juga adalah penulis buku ‘Flabby to Fitty in 23 Days’ akan berkongsi panduan dan resipi yang enak dalam sesi ‘Your powerful detox remedies to remove toxins in 3 steps”. Para peserta acara maya ini juga berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai sehingga RM7,000; dengan hadiah utama - La gourmet 1.5L Vacuum Blender bernilai RM699.

Untuk mengambil bahagian, orang ramai hanya perlu membeli salah satu produk JY Monogram Pinktober sebelum 8 Oktober 2021 untuk mendapatkan akses percuma berdasarkan polisi siapa cepat dia dapat..

Orang ramai juga dialu-alukan untuk mendengar perkongsian pejuang kanser payudara bersama #JYPinkTribe - Navi Indran Pillai (@naviindranpillai), Mek Yun (@mekyunn), dan Dahlia Shazwan (@dahliashazwan) melalui sesi IG Live di laman Instagram masing-masing pada 9 Oktober 2021, jam 9 malam apabila mereka menampilkan pejuang kanser payudara Jenny, Munirah dan Halida.

Tambahan lagi, para peminat Facebook SOGO yang ‘SHARE’ dan menjemput rakan-rakan mereka untuk menyaksikan acara ‘SOGO x JY Virtual Pinktober Celebration with #JYPinkTribe’ di laman Facebook turut berpeluang untuk memenangi Hadiah Utama - La gourmet Turbo Roaster bernilai RM199 dan hadiah -hadiah lain bernilai sehingga RM5,000.

Untuk maklumat lanjut tentang koleksi JY Monogram Pinktober sila layari www.justyou.com.my

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO