ASTRO MEMBAWAKAN KOLEKSI 25 FILEM IKONIK JAMES BOND

 

Sempena tayangan pawagam filem terbaharu James Bond 007, ‘No Time To Die’, Astro dan MGM berbesar hati mempersembahkan kepada peminat-peminat James Bond, koleksi 25 filem ikonik James Bond menerusi saluran sementara 007, di Saluran 407, Astro GO dan On Demand dari 15 Oktober hingga 7 November 2021.

Pelanggan Movies Pack akan dapat menikmati lebih banyak hiburan kegemaran mereka dengan 25 filem aksi menarik yang menampilkan ejen ikonik M16 Britain, James Bond, dari filem ‘Dr. No’, lakonan Sean Connery hinggakan ‘Spectre’, lakonan Daniel Craig di Saluran 407 dan On Demand.

Ditampilkan melalui 6 pelakon yang membawakan adegan sensasi dan aksi luar biasa, pelanggan dapat menantikan filem-filem seperti:

Dr. No, From Rusia With Love, Goldfinger, Thunderball, You Only Live Twice, Diamonds Are Forever dan Never Say Never Again, menampilkan Sean Connery.

Kemunculan sulung George Lazenby dalam filem On Her Majesty's Secret Service.

Live and Let Die, The Man with the Golden Gun, The Spy Who Loved Me, Moonraker dan banyak lagi, dibintangi oleh Roger Moore.

Dua filem ikonik pecah panggung, The Living Daylights dan License to Kill, menampilkan Timothy Dalton.

GoldenEye, Tomorrow Never Dies, The World is Not Enough dan Die Another Day, dilakonkan oleh Pierce Brosnan.

Filem hebat terkini, Casino Royale, Quantum of Solace, Skyfall, dan Spectre, dibintangi oleh Daniel Craig.

Peminat juga boleh berhibur dengan tayangan perdana filem-filem 007 mengikut kronologi, setiap hari pada 9 malam, menampilkan filem pertama di tahun 1963 hinggakan filem terkini pada tahun 2015.

Sebagai tambahan, peminat boleh menyaksikan dokumentari ‘Everything or Nothing: The Untold Story of 007’, yang berfokus kepada tiga jejaka yang berkongsi impian yang sama – penerbit, Albert R. Broccoli dan Harry Saltzman, serta pengarang buku, Ian Fleming. Dokumentari ini memberi pandangan yang menghiburkan dan nostalgia kepada para peminat tentang naratif penceritaan yang mendebarkan dan berinspirasi di sebalik koleksi filem-filem ini yang merupakan koleksi filem paling lama diterbitkan sepanjang sejarah pawagam.

Agnes Rozario, Pengarah Kandungan, Astro, berkata, “Pelanggan kami berhak mendapat pilihan hiburan yang terbaik. Sempena ulang tahun ke-25 Astro, kami berbesar hati bekerjasama dengan MGM untuk membawa pelanggan Movies Pack kami dengan hiburan yang pelbagai, dan tiada yang lebih baik daripada filem-filem aksi pengintipan James Bond yang mengujakan buat peminat merentasi zaman.”


Untuk maklumat lanjut, sila layari content.astro.com.my.


Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA