8 HOTEL MESRA ALAM YANG HARUS ANDA KUNJUNGI DI MALAYSIA

 

Dengan peningkatan kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar ekoran perubahan iklim dan pencemaran alam, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika pelancong-pelancong tempatan lebih cenderung untuk memilih pelancongan yang mampan terutamanya apabila perjalanan rentas negeri telah dibenarkan.

Tinjauan Trend Pelancongan Mampan Agoda baru-baru ini mendedahkan Malaysia adalah dalam kalangan pasaran tiga teratas yang lebih cenderung untuk memilih penginapan mesra alam dan berikrar untuk melakukan perjalanan dengan lebih mampan dengan mengutamakan penginapan mesra alam sekitar serta mengamalkan penjimatan penggunaan tenaga semasa percutian.

Bagi menyokong ikrar rakyat Malaysia untuk melancong dengan lebih mampan dan juga bersempena dengan kebenaran merentas negeri, Agoda ingin mengongsikan tempat-tempat penginapan yang mesra alam di negara kita yang semuanya direka untuk mengurangkan impak pelancongan terhadap alam sekitar.

Element Kuala Lumpur


Element Kuala Lumpur yang terletak di Menara Ilham yang ikonik merupakan hotel dengan kesedaran alam sekitar yang tertinggi di bandar raya. Dengan pensijilan Index Bangunan Hijau (Green Building Index), hotel ini telah dibina untuk mengekalkan amalan-amalan hijau sejak dari awal lagi. Tambahan pula, hotel ini merupakan hotel yang pertama di Kuala Lumpur yang tidak menggunakan botol-botol air plastik. Menurut Tinjauan Trend Pelancongan Mampan Agoda, pelancong-pelancong dari Malaysia menarafkan pengurangan penggunaan plastik pakai-buang sebagai tiga amalan teratas yang dapat menjadikan pelancongan lebih mampan dan ini semestinya satu perkara yang bermanfaat kepada mereka yang memilih pelancongan yang mampan.

Fitur-fitur mesra alam yang lain termasuklah sistem pengumpulan air hujan, lampu-lampu LED yang menjimatkan tenaga dan pemantau kualiti udara CO2 dalam bangunan. Struktur hotel tersebut menggabungkan unsur-unsur rekaan berkelestarian, dengan susunan ruang yang terbuka dan penggunaan cahaya semula jadi yang pintar. Sementara itu, program ‘pinjaman basikal’ juga dapat mendorong para tetamu untuk memilih cara yang mesra alam untuk menerokai tempat-tempat yang menarik di sekitar bandar raya.

Selain daripada reka bentuk mesra alamnya, bilik-bilik yang direka indah di hotel bertaraf empat bintang tersebut dengan perkhidmatan yang pernah memenangi anugerah ini menjanjikan penginapan yang selesa di pusat bandar raya Kuala Lumpur.


The Frangipani Langkawi Resort and Spa


Terletak di Pantai Tengah yang bersih dan dikelilingi taman-taman tropika, The Frangipani Langkawi Resort and Spa telah memenangi pelbagai anugerah untuk inisiatif-initiasif mesra alamnya.

Sebagai pemenang Anugerah Pelancongan Malaysia (Malaysian Tourism Awards) dan mendapat pensijilan piawaian Hotel Hijau ASEAN (ASEAN Hotel Green standard), pusat peranginan yang terkenal ini mengamalkan kira-kira 300 langkah mesra alam untuk mengurangkan sisa buangan, mengguna semula dan mengitar semula dengan berkesan. Antara langkah-langkah untuk mengurangkan penggunaan tenaga adalah menggunakan lampu-lampu menjimatkan tenaga dan menggunakan tenaga suria. Tempat-tempat penginapan yang mengamalkan langkah-langkah mesra alam mendapat penarafan yang lebih tinggi oleh rakyat Malaysia. Tinjauan Agoda telah menunjukkan bahawa 40% rakyat Malaysia mengaitkan penggunaan sumber yang boleh diperbaharui dan 36% pula mengaitkan amalan penggunaan tenaga yang baik dengan pelancongan yang mampan.

The Frangipani Resort and Spa adalah satu-satunya hotel di Langkawi yang mempunyai Sistem Penapisan Air Semula Jadi 100% yang menggunakan tumbuhan akuatik untuk merawat air buangan. Air yang telah dirawat digunakan untuk menyiram pokok-pokok bunga tropika di premisnya.



Alila Bangsar – Kuala Lumpur


Hotel yang terletak di Bangsar ini boleh dijadikan tempat persembuyian bagi tetamu-tetamu yang ingin memilih ketenangan di bandar kosmopolitan Kuala Lumpur yang sibuk. Selain daripada rekaan yang bergaya dan moden, para tetamu di Alila Bangsar pastinya akan menyedari penggunaan Beg Sumbangan (Giving Bags) di setiap bilik. Beg-beg ini disediakan untuk mendorong para tetamu untuk mendermakan barangan terpakai yang masih elok tetapi tidak diperlukan lagi kepada badan-badan amal tempatan.

Selain daripada sistem pengumpulan air hujan, hotel ini juga mangamalkan pelbagai langkah untuk menjimatkan tenaga seperti mengurangkan operasi lif di luar waktu puncak dan melaksanakan amalan penggunaan penghawa dingin yang menjimatkan tenaga. Selain daripada itu, hotel tersebut juga mengelakkan penggunaan plastik pakai-buang dengan menyediakan botol-botol kaca yang boleh digunakan semula. Menurut tinjauan Agoda, rakyat Malaysia berpendapat bahawa semua amalan tersebut boleh menjadikan pelancongan lebih mampan.



The Datai Langkawi


Terletak di hutan hujan tropika yang berusia 10 juta tahun dan menghadap Teluk Datai yang indah, Datai Langkawi menggabungkan kelestarian, kemewahan dan layanan istimewa dalam satu pakej yang unik.

Pusat peranginan ini mengangkat alam semula jadi sebagai satu teras operasinya dengan mendorong usaha pemuliharaan dan menawarkan penginapan bersama di dalam alam semula jadi. Sejak mula lagi, pusat peranginan di hutan hujan ini mengamalkan amalan-amalan lestari alam, yang mana setiap pokok yang ditebang semasa pembinaan, sama ada digantikan dengan yang lain atau digunakan untuk membina bilik suite atau vila.

Konsep ini disambut baik oleh rakyat Malaysia yang mencintai alam berdasarkan dapatan Tinjauan Trend Pelancongan Mampan, yang mana pemuliharaan hidupan-hidupan liar menjadi keutamaan tiga teratas bagi pelancong-pelancong Malaysia yang prihatin terhadap alam sekitar.

Sementara itu, Ikrar Datai (Datai Pledge) adalah sebuah program yang hebat dengan inisiatif-inisiatif untuk membina sebuah persekitaran yang mampan untuk masa hadapan. Ikrar Datai bergantung kepada empat teras utama:
  • Bersih untuk Masa Depan: Satu komitmen untuk menjadi sebuah perniagaan yang mampan dengan mengurangkan penggunaan sumber semula jadi, mengurangkan jejak karbon, dan mencapai sifar sisa buangan bagi polisi kambus tanah.
  • Ikan untuk Masa Depan: Mencari penyelesaian bagi menangani ancaman dan ketidakseimbangan ekosistem marin, memastikan terumbu karang terus hidup dengan usaha seperti pemuliharaan terumbu karang dan program bantuan komuniti
  • Hidupan Liar untuk Masa Depan: Bertujuan untuk melindungi dan memulihara warisan alam semula jadi di pulau tersebut secara pendekatan holistik seperti penanaman semula hutan, perlindungan hidupan liar, dan program libat urus bersama komuniti
  • Belia untuk Masa Depan: Bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu kelestarian alam sekitar di kalangan golongan muda dan menyemaikan unsur pengetahuan, usaha dan aktiviti untuk membina gaya hidup yang mampan kepada mereka.
Dengan lokasi yang dipenuhi hutan hujan yang mengagumkan dan seni bina yang pernah meraih anugerah, para tetamu di Datai Langkawi boleh mendekati alam semula jadi dengan selesa. Pusat peranginan ini menawarkan pelbagai jenis penginapan yang menepati citarasa orang ramai yang berbeza, dari vila tepi pantai ke penginapan yang luas di dalam hutan hujan.



Mangala Resort & Spa - Kuantan


Mangala Resort and Spa merupakan hasil usaha rejuvinasi 15 tahun bagi melakukan transformasi ke atas sebuah tapak perlombongan yang ditinggalkan dan menjadikannya sebagai sebuah tempat perlindungan yang damai dan menghijau. Vila-vila indah yang terdapat di sini dikelilingi oleh ladang kelapa sawit, taman bunga dan herba eksotik, dusun buah-buahan, tasik yang dipulihkan dan tanah lembab yang belum diterokai.

Dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Kecemerlangan PAM Hijau The Edge Malaysia (The Edge Malaysia PAM Green Excellence Award) pada tahun 2018, Mangala menyokong usaha mengurangkan penggunaan tenaga dengan menggunakan peralatan dan sistem tenaga hijau dan juga menggalakkan para tetamu untuk menggunakan tenaga dengan cara yang berhemah. Langkah-langkah ini termasuk penggunaan sistem kad kunci untuk memadamkan lampu bilik, penentu masa untuk lampu, dan pemampat alat pendingin hawa yang menjimatkan tenaga. Penyelesaian dalam bentuk tenaga yang boleh diperbaharui dan sistem kad kunci pintar telah mendapat penarafan tempat keempat sebagai dua amalan mesra alam yang paling berguna bagi pelancong-pelancong Malaysia dalam tinjauan tersebut.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam memulihara ekosistem setempat, kakitangan di pusat peranginan ini menggunakan langkah-langkah mesra alam seperti penggunaan kereta buggy dan basikal untuk tetamu dan larangan memburu, memancing atau membunuh hidupan liar di kawasannya.
Selaras dengan misinya untuk mempromosi pemuliharaan alam semula jadi, pusat peranginan ini menawarkan peluang kepada para tetamunya untuk mempelajari sejarah dan pendekatannya untuk memulihara alam semula jadi menerusi aktiviti lawatan eko Mangala dan berjalan kaki untuk meneroka alam semula jadi (Nature Walk).



Hotel Penaga - Penang


Hotel Penanga merupakan bangunan warisan pertama yang mendapat penarafan Emas dari Index Bangunan Hijau (Green Building Index). Ia adalah gandingan unik pemuliharaan warisan dan kelestarian alam semula jadi. Bermula dengan tiga barisan rumah teres dan rumah kedai dua tingkat, hotel ini menggunakan bahan-bahan kitar semula untuk proses pemulihan dan pembinaan semula. Atap genting yang digunakan diperolehi daripada bangunan-bangunan yang telah diruntuhkan di Pulau Pinang manakala struktur dan lantainya diperolehi dari bangunan-bangunan era penjajahan dari serata Semenanjung Malaysia.

Hotel ini mengamalkan amalan mesra alam dalam operasinya dengan penggunaan lampu LED yang menjimatkan tenaga, dan bekalan elektrik ke bilik yang dikawal oleh sistem yang boleh memutuskan bekalan elektrik apabila para tetamu tidak berada di bilik mereka. Selain daripada itu, hotel ini juga mempunyai kolam renang dengan air garam yang dapat mengelakkan penggunaan bahan kimia, dan mengitar semua sisa buangan biorosot dari dapur untuk menghasilkan bahan baja.



Sutera Sanctuary Lodges at Kinabalu Park - Sabah


Menampilkan diversiti ekologi yang mengagumkan di Taman Kinabalu, salah satu tapak Warisan Dunia UNESCO yang pertama di Malaysia, Sutera Sanctuary Lodges meletakkan perlindungan alam sekitar sebagai nilai teras dalam usahanya untuk melindungi persekitaran alam semula jadinya. Dengan kejayaannya dalam meraih beberapa anugerah seperti Anugerah Hotel Mewah Dunia (World Luxury Hotel Awards) dalam tahun 2020 untuk perkhidmatan dan amalan-amalan mesra alam, para tetamu di pusat peranginan ini pasti dapat menikmati keindahan alam semula jadi dengan selesa dan santai di tempat-tempat penginapan yang disediakan.

Pusat peranginan ini juga mengalakkan para tetamunya untuk membantu menyelamatkan Bumi kita, dengan langkah-langkah mesra alam seperti menggunakan semula tuala untuk mengelakkan pembaziran air, dan mematuhi Hari Bumi (Earth Day) dengan memadamkan lampu-lampu yang tidak diperlukan. Para tetamu juga boleh memilih cara mereka yang tersendiri untuk menikmati keajaiban alam semula jadi dengan menyertai pelbagai aktiviti eko-pelancongan yang ditawarkan seperti mendaki Gunung Kinabalu atau bersiar-siar di hutan dara



Alunan Resort – Perhentian Islands


Tersergam di atas lereng bukit berbatu-batan, menghadap kebiruan Laut China Selatan dan dikelilingi oleh rimbunan yang menghijau, Alunan Resort merupakan sebuah pusat peranginan yang mesra alam yang terletak di Pulau Perhentian Kecil. Semua bilik suite dua tingkat di pusat peranginan ini adalah unik kerana dibina mengikut landskap semula jadi pulau tersebut, agar tidak mengganggu ekologi setempat. Setiap suite menampilkan dek bumbung terbuka persendirian dan juga panel kaca dari lantai ke siling untuk mempamerkan pemandangan hutan hujan dan juga lautan yang indah dari dalam bilik.

Pusat peranginan ini juga memainkan peranan yang penting dalam usaha mempermudakan ekosistem marin di pulau tersebut melalui Projek Batu Karang Alunan. Diasaskan pada tahun 2017 di bawah bimbingan seorang ahli biologi marin, projek ini memulihara dan membantu batu karang tumbuh semula di beberapa buah tapak semaian yang terletak di sekeliling pulau. Para tetamu berpeluang untuk membantu projek ini dengan secara langsung dan mempelajari cara-cara untuk melindungi terumbu karang.

Selain daripada itu, pusat perangian tersebut juga tidak menggunakan plastik pakai-buang, sebaliknya menyediakan botol air dan straw logam yang boleh digunakan semula kepada para tetamunya. Usaha ini disambut baik oleh pelancong-pelancong tempatan seperti mana dapatan tinjauan tersebut – ikrar tiga teratas yang dibuat oleh rakyat Malaysia adalah menguruskan sisa buangan mereka sendiri ketika bercuti, termasuk mengurangkan penggunaan plastik pakai-buang.


Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!