'DENDAM PENUNGGU' MENGGANAS DI TONTON CINEMA NOVEMBER INI


tonton CINEMA, sebuah platform penstriman filem oleh Media Prima Berhad yang menawarkan pelbagai filem menarik untuk tontonan anda semua. Tonton sudah diperkenalkan kepada orang ramai sejak 11 tahun yang lalu, bermula dengan ‘catch up TV’, kini tonton CINEMA menawarkan kebebasan pelayar dalam memilih kandungan untuk ditonton tanpa sebarang komitmen bulanan. Bermula dengan bayaran serendah RM1.90, anda dapat menonton filem-filem menarik di tonton CINEMA.

tonton CINEMA melancarkan filem original pertamanya, DENDAM PENUNGGU pada hari ini menerusi sidang media maya yang dihadiri Encik Amir Rasyidi Johari (Ketua Pegawai Operasi tonton), Cik Asreena Ramdan (Ketua Bahagian Filem & Drama, Rangkaian Televisyen Media Prima), Faizul Jais (pengarah filem Dendam Penunggu) serta barisan pelakon utama Dendam Penunggu iaitu Ismail Izzani, Bella Dowanna, Shalma Eliana dan Imran Aqil.


Menurut Encik Amir Rasyidi Johari, Ketua Pegawai Operasi tonton, “Sejak diperkenalkan 11 tahun yang lalu, laman portal video tonton telah berevolusi dari ‘catch up TV’ kepada tonton CINEMA yang menawarkan pelbagai filem menarik untuk ditonton dengan cara yang paling selesa. #IkutCaraYou adalah kempen promosi bagi tonton CINEMA di mana tagline ini dipilih kerana penonton boleh memilih kandungan apa yang mereka nak tengok, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Mereka juga boleh tonton melalui aplikasi tonton yang tersedia di telefon pintar dan smart TV termasuklah di laptop melalui laman sesawang tonton CINEMA.”

Misi tonton CINEMA adalah untuk menjadi satu platform di mana penonton boleh memilih pelbagai kandungan untuk ditonton bersama seisi keluarga. Kami juga memastikan pendekatan yang berbeza untuk setiap kandungan yang kami tawarkan, di mana anda tidak akan dapat dari TV. Bekerja bersama pelakon-pelakon yang berbakat juga adalah antara perkara yang kami titik beratkan semasa memilih sesuatu kandungan itu.

Dalam pepatah bahasa Inggeris, ‘content is king’. Jika kita menawarkan kandungan yang bagus, pasti kita boleh memenangi hati penonton. Ramai mencari kandungan baharu dan kreatif dan kami akan “explore” kandungan yang belum pernah dicuba sebelum ini. Tunggukan hasilnya dan pastikan anda sentiasa bersama tonton CINEMA!


Sebagai permulaan, tonton menyiarkan Dendam Penunggu sebagai filem sulungnya. Filem genre seram arahan oleh Faizul Jais ini menampilkan barisan pelakon yang sedang meningkat naik antaraya Ismail Izzani, Shalma Eliana, Bella Dowanna, Imran Aqil, Atiq Azman, Hakim Nordin, Ahmad Syafiq, Ahmad Adly, Shasha Abedul, Sherry Al-Hadad, Hasnul Rahmat dan Amerul Affendi.

Dendam Penunggu mengisahkan lima orang pelajar baharu di Kolej Kebangsaan Malaya menemui rahsia-rahsia gelap yang menghantui sekolah mereka. Zul dan rakan-rakannya kini menghadapi pelbagai gangguan ghaib setelah menceroboh blok terlarang di kolej mereka. Mampukah mereka menghentikan gangguan ngeri ini atau sejarah bakal berulang kembali?

Dendam Penunggu juga menampilkan Sengsara nyanyian Khai Bahar yang dihasilkan oleh John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K sebagai OST filem ini. Lagu ini membawa mesej anti buli yang disampaikan oleh penyanyi penuh berkarisma ini.


Jangan lupa untuk melanggan Dendam Penunggu mulai 5 November ini eksklusif di www.cinema.tonton.com.my atau aplikasi tonton dengan harga langgan RM12.90 untuk tontonan selama 48 jam.

Comments

Popular Posts