PENYANYI SABAH, EYLIA GUNTABID MENJUARAI STARVOICES INDONESIA 7
Eylia Guntabid, penyanyi dari Sabah muncul Juara dalam pertandingan Starvoices ke 7 anjuran Starvoices Indonesia. Pertandingan yang berlangsung secara dalam talian ini memperlihatkan Eylia bersaing dengan 46 peserta yang terpilih dari 1140 penyertaan yang diterima pemganjur. Pertandingan ini berjalan selama 3 bulan bagi merebut kejuaraan.
Eylia yang juga merupakan artis dibawah naungan Broadway Entertainment pernah memenangi 5 pingat emas dan 1 Perak di World Championship Of Performing Art yang diadakan di Los Angeles, Amerika Syarikat pada 2019 seterusnya menghasilkan single pertama beliau bersama Broadway Entertainment yang bertajuk "Aku Masih Cinta'.
Namun akibat kekangan pendamik covid-19 serta kesulitan untuk membawa Eylia ke Kuala Lumpur disebabkan arahan larangan rentas negeri dan SOP lain sepanjang setahun setengah ini membantutkan rangka promosi.
Setelah banyak rancangan terpaksa ditunda, Eylia mengambil inisiatif untuk menyertai pertandingan Starvoices yang dikendalikan secara dalam talian sepenuhnya, beliau mengambil peluang ini untuk memoerkenalkan bakatnya le uh jauh dengan menggunakan teknologi digital.
"Kami berbangga dengan kejayaan Eylia dalan Starvoices. Ini adalah satu lagi langkah terbaik dari Eylia untuk mengukuhkan lagi karier seninya di jangka panjang" kata Boon Tan, pemilik Broadway Entertainment.
Eylia mengalahkan peserta dari Indonesia, Shafira Putri di peirngkat akhir. Beliau menyanyikan dua lagu – Run To You (Whitney Houston) dan All By Myself (Celine Dion) untuk persembahan akhir. Kedua-dua tajuk lagu diberikan oleh pihak juri untuknya.
Pentadingan yang diadakan setiap hujung minggu sejak 3 bulan yang lalu diadili melalui undian juri awam dan juga pemarkahan dari 4 orang juri professional dari Indonesia.
Ini adalah siri Starvoices yang ke 7 bersiaran.
Comments
Post a Comment