YUKA ZAN SUMBANG PELITUP MUKA BERNILAI RM91,000


Shills Beauty, pengedar rasmi bagi Yuka Zan telah meneruskan kempen tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) dengan menyampaikan sumbangan 130,000 keping pelitup muka gred perubatan bernilai RM91,000 kepada badan kebajikan dan NGO terpilih di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Tiga organisasi yang menerima sumbangan ialah Pejabat Kebajikan Masyarakat, Petaling Jaya (55,000 keping), The Lost Food Project (55,000 keping) dan Home GP Asia (20,000 keping). Pejabat Kebajikan Masyarakat, PJ ialah badan kerajaan yang melaksanakan perkhidmatan kebajikan setempat demi pembangunan dan kesejahteraan masyarakat. The Lost Food Project (TLFP) ialah bank makanan bukan berasaskan keuntungan yang komited dalam usaha menyelamatkan makanan lebihan dan barang keperluan asas daripada dilupuskan ke dalam kambus tanah, dan diagihkan semula kepada mereka yang memerlukan. Home GP Asia menghubungkan mereka yang memerlukan khidmat penjagaan kesihatan dengan golongan profesional, termasuk doktor perubatan, jururawat, penjaga dan ahli fisioterapi yang profesional dan berpengalaman.

Cik Joyce, Pengarah Urusan Shills Beauty berkata, “Sambil kita beralih ke Fasa 4 dan kembali menjalani kehidupan seakan normal, penjagaan diri dalam aspek kebersihan perlu diutamakan. Sememangnya lebih baik untuk memakai pelitup muka perubatan berkualiti pada setiap masa apabila keluar di samping mengamalkan penjarakan sosial dan menjaga kebersihan. Yuka Zan ialah jenama kesihatan dan kesejahteraan yang yakin bahawa kecantikan, kesihatan dan kebersihan penting demi gaya hidup yang sihat”.


Sejajar dengan janji perniagaan kami, “Yuka Zan, penjagaan diri harian anda”, produk premium kami dicipta menggunakan kualiti dan teknologi terbaik, dan benar-benar memenuhi keperluan untuk meningkatkan tahap perlindungan dan kesejahteraan kita. Dalam usaha menjaga kesejahteraan diri, kita dapat menjalani kehidupan tanpa rasa bimbang dan berkongsi keceriaan dengan rakan-rakan, keluarga dan orang-orang tersayang.

Yuka Zan menawarkan pelbagai pilihan pelitup muka, termasuk 3-lapis, 4-lapis, KF94 dan KF99. Pelitup muka ini direka secara khusus dalam pelbagai warna dan corak menarik untuk menambah keceriaan si pemakai dan pada masa yang sama memberikan perlindungan yang selamat & berkesan terhadap kuman & virus menerusi tahap penapisan 99%. Jenama ini mematuhi piawaian keselamatan dan pembuatan antarabangsa yang ketat dan telah menerima pensijilan ISO 9001, ISO 13485, CE dan Pentadbiran Makanan & Ubat-Ubatan (FDA).

Walaupun bilangan kes Covid-19 mencecah 2.38 juta sejak Mac 2020 dengan Selangor melaporkan angka yang tertinggi berjumlah 696,545 kes, hakikatnya sebahagian besar kes telah pulih, dan program pemvaksinan telah mencapai tahap lanjutan. Sehingga ini, sekurang-kurangnya 75.7% penduduk Malaysia telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin dengan 67.5% telah divaksinkan sepenuhnya.

Dr Kantha Ruban, Pengarah Urusan Kantha Medical Group (doktor panel Home GP Asia) berkata dari sudut pandangan profesionalnya, walaupun program pemvaksinan telah dilaksanakan dengan baik, virus masih berleluasa. Memandangkan sempadan negeri kini sudah dibuka, orang ramai perlu lebih berwaspada.

Perlindungan berbilang lapisan menjadi kewajipan untuk menjamin kejayaan mencegah Covid-19. Ini termasuk memakai pelitup muka, menjaga kebersihan tangan dan melaksanakan penjarakan sosial yang sewajarnya, mengelakkan tempat-tempat yang penuh sesak dan mendapatkan vaksin. Beliau juga mengulas bahawa walaupun terdapat pelbagai pilihan di pasaran, pengguna harus memilih pelitup muka gred perubatan 3 lapis, memakai pelitup dengan betul dan melupuskannya dengan berhati-hati untuk mencegah pencemaran. Mereka yang mempunyai kulit sensitif seharusnya menukar pelitup muka dengan kerap untuk mencegah tindak balas kulit akibat penggunaan pelitup muka selama berjam-jam, dan menggunakan pelembap untuk mencegah kulit kering atau masalah jerawat.

Dr Kantha mengulas selanjutnya, “Kita perlu hidup dengan virus dalam jangka panjang, jadi langkah-langkah penjagaan kebersihan dan pemakaian pelitup muka akan menjadi norma baharu.

“Situasi pandemik semasa berkemungkinan besar menjejaskan kesihatan mental kita pada tahap tertentu. Oleh yang demikian, kami mengalu-alukan usaha syarikat seperti Yuka Zan menghasilkan pelbagai pelitup muka berwarna-warni dan menarik untuk membantu menyuntik semangat dan menggembirakan hati pengguna,” ujar Dr Kantha.

Pelitup muka Yuka Zan diedarkan menerusi lebih daripada 2,000 saluran farmasi runcit, pusat penjagaan kesihatan dan gedung serbaneka. Anda boleh mendapatkan pelitup muka Yuka Zan sekarang di gedung dalam taliannya di Shopee https://bit.ly/38RRz4n. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.facebook.com/officialyukazan dan www.yukazan.com.my.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM