MADAGASCAR THE MUSICAL AKAN GEGARKAN KUALA LUMPUR



Diadaptasikan daripada filem animasi pecah panggung studio DreamWorks,  “Madagascar The Musical” akan dipersembahkan di Kuala Lumpur pada 5-8 Disember 2019! Sertai pengembaraan Sang Singa, Alex, Si Kuda Belang Marty, Zirafah Melman dan Badak Air Gloria apabila mereka cuba memboloskan diri dari Zoo Central Park, New York dan dengan tidak disangka-sangka tiba ke dunia riang ria King Julien di Madagascar.

Malaysia adalah negara pertama di Asia Tenggara yang menjadi hos kepada International DreamWorks Production; Madagascar The Musical.


Plenary Hall di KLCC bakal ditransformasikan menjadi sebuah hutan belantara di Pulau Madagascar seperti yang ditampilkan di dalam filem animasi tersebut. Penonton juga akan dihiburkan dengan gelagat sekumpulan burung penguin - Skipper, Kowalski, Rico, dan Private dalam pengembaraan yang gila-gila bersama Alex dan rakan-rakan. Anda sekeluarga pastiakan terhibur dengan persembahan yang menggabungkan tarian dan nyanyian secara live yang membuatkan anda bergoyang bersama irama ‘Move it, Move it’. 


“Kami merasa teruja untuk membawakan produksi Madagascar The Musical live in Malaysia buat kali pertama dengan International DreamWorks yang terkenal dengan jelajah UK. Madagascar The Musical adalah sebuah persembahan yang ceria dan menghiburkan, di mana setiap watak mempunyai sesuatu yang unik untuk ditampilkan kepada penonton sekeluarga. Dengan persembahan yang Kami berharap dapat mengangkat nama Malaysia untuk menjadi hab hiburan di rantau ini dengan membawakan persembahan yang terkenal di dunia ke Malaysia. Kami akan berusaha untuk membawakan lebih banyak lagi persembahan yang hebat di masa akan datang”, kata Dato’ Grace Lee, Pengarah Urusan Milestone Production. 

Diterbitkan di UK dengan kerjasama DreamWorks, Madagascar The Musical bakal menampilkan lagu-lagu ikonik termasuk “I Like To Move It, Move It” dan beberapa lagu baru yang pasti membuatkan penonton ingin menari bersama. 

Tiket-tiket "early bird" sedang rancak dijual sehingga 31 Ogos 2019. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan diskaun sehingga 30% untuk tempat duduk Premium, VIP, Cat A, dan Cat B. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.milestone-entertainment.com dan ikuti  www.facebook.com/MilestoneEntertainment.Show/


It’s time to go wild! 

Tarikh: 5 – 8 Disember 2019 
Tempat: Plenary Hall, KLCC 
Harga Tiket: RM498 (Premium) | RM368 (VIP) | RM268 (CAT A) | RM188 (CAT B) | RM98 (CAT C) 

*Harga tiket akan dikenakan caj yuran tiket RM4.

Foto oleh: Scott Rylander

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM