SAMBUTLAH HARI KEBANGSAAN DENGAN PENUH NIKMAT
31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang bersejarah apabila Bapa Kemerdekaan kita Tunku Abdul Rahman melaung "Merdeka" tujuh kali untuk mengisytiharkan kemerdekaan negara, menjadi langkah pertama untuk negara kita menuju ke arah masa depan yang lebih cerah. Pada 16 September 1963, Malaysia dibentuk dengan gabungan Sabah dan Sarawak. Kedua-dua peristiwa penting ini merupakan asas pembentukan negara kita. Sepanjang masa ini, masyarakat berbilang bangsa bersama-sama berganding bahu untuk membangunkan negara, memimpin kita sehingga ke hari ini.
Tahun ini Malaysia menyambut ulang tahun Kemerdekaan ke-62!
Saat bersejarah pada tahun 1957 apabila rakyat bersama-sama menyambut laungan "Merdeka" oleh Tunku Abdul Rahman, menandakan kelahiran negara yang harmoni, bersatu dan patriotik. Peristiharaan ini adalah hari yang penuh bermakna untuk semua masyarakat kita. Rakyat yang tidak dapat menghadiri upacara tersebut turut dapat merasakan keterujaan mereka apabila menyaksikan bendera negara dinaikkan melalui televisyen hitam dan putih.
Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia disambut dengan meriah oleh semua warga Malaysia. Hari Kebangsaan pada 31 Ogos disambut untuk memperingati kedaulatan negara kita dituntut semula; manakala Hari Malaysia pada 16 September disambut untuk meraikan pembentukan Malaysia bersama-sama dengan Sabah dan Sarawak. Kedua-dua perayaan ini menandakan semua rakyat Malaysia bersatu, walaupun berbeza bangsa, agama dan latar belakang.
Untuk meraikan kegemilangan negara selama 62 tahun dengan semua rakyat Malaysia, Baskin-Robbins turut melancarkan promosi "Happy Malaysia RM1 Upsize" sempena merayai kerayaan ini selama dua bulan. Baskin-Robbins ialah rantaian aiskrim terbesar dan salah satu jenama ais krim yang paling popular dalam kalangan pengguna, terkenal dengan ais krim berkualiti premium yang lazat.
Baskin-Robbins sentiasa menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Promosi "Happy Malaysia" yang dilancarkan bersempena dengan ulang tahun Kemerdekaan ke-62 bertujuan untuk mengingati semua rakyat Malaysia sumbangan dan jasa tokok-tokoh negara kita. Kempen "Happy Malaysia" ini mencerminkan keindahan Malaysia - rakyat kita, tanah air kita. Keindahan masyarakat berbilang bangsa dan budaya membentuk negara kita dan warisan kita adalah identiti unik yang sepatutnya menjadi kebanggaan setiap rakyat Malaysia. Melalui kempen ini, kami berharap dapat menyemai rasa bangga dalam masyarakat kita dan terus mengalakkan interaksi yang positif dan sihat antara satu sama lain. Kami mendorong semua rakyat untuk melindungi dan memelihara budaya dan warisan Malaysia, berkongsi kebanggaan kita dengan seluruh dunia, seperti hutan hujan prasejarah kita hinggalah tanaman bertaraf dunia ataupun kepelbagaian budaya yang hanya terdapat di Malaysia.
Pendekatan baru ini adalah tugas berat, dan Baskin-Robbins berharap amalan ini bermula dari usia muda.
Ketua Pegawai Eksekutif Baskin-Robbins Cheah Jia Ming dengan suka hati mengumumkan promosi "Happy Malaysia RM1 Upsize" boleh didapati di semua cawangan Baskin-Robbins di Malaysia dari 1 Ogos hingga 30 September.
"Untuk memperingati sambutan berganda Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, kami akan melancarkan promosi “Double Celebration" dan "Mega Celebration". Gandakan kebahagiaan anda dengan menambah RM1 untuk menaikkan Nikmatilah ais krim secara percuma dari satu hingga dua scoop, "katanya.
Beliau berkongsi bahawa dengan pembelian Single Regular (RM11.50), pelanggan boleh menikmati "Double Celebration" dengan menambah RM1 manakala pembelian Single King (RM14.50) layak menikmati "Mega Celebration" dengan menambah RM1. Aiskrim ikonik Baskin-Robbins diberi transformasi dengan bendera bersaiz kecil diletakkan di atas ais krim yang mempunyai unsur-unsur seakan Jalur Gemilang. Promosi ini dilancarkan secara eksklusif untuk memperingati Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dan hanya tertakluk kepada tempoh dua bulan ini.
"Promosi ini menawarkan pelbagai pilihan perisa klasik, perisa seasonal dan perisa khas yang sedia ada," katanya.
Bawalah keluarga dan rakan-rakan anda menikmati promosi istimewa "Double Celebration" dan "Mega Celebration". Nikmatilah ais krim "Happy Malaysia" dan ambil gambar yang menunjukkan warisan Malaysia, yang mencerminkan kebanggaan anda terhadap negara, sama ada di tapak bersejarah seperti Dataran Merdeka atau gerai nasi lemak kegemaran anda, tapak perkhemahan kegemaran anda atau tradisi keluarga anda yang unik. Berkongsilah dengan kami tentang Malaysia dengan memuat naik gambar anda di media sosial dengan hashtag #BRMYPride #BRavoMY untuk mengucapkan selamat ulang tahun kepada negara tercinta.
Comments
Post a Comment