DELEGASI KONGRES STATISTIK SEDUNIA ISI TANAM POKOK DI FRIM

 

Sempena Kongres Statistik Sedunia, Institut Statistik Antarabangsa (ISI WSC 2019) ke-62 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada 18 hingga 23 Ogos 2019, sebanyak 40 anak pokok daripada pelbagai spesies ditanam oleh delegasi kongres tersebut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di sini semalam.



Antara anak pokok yang ditanam adalah daripada spesies yang terdapat di hutan Malaysia seperti balau laut, balau sengkawang air, giam lintah bukit, beruas, chengal, pelong licin, belian, tualang, meranti kepong dan merbau. 


Menurut Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin program penanam pokok yang diadakan adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat itu dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Institut Statistik Malaysia melibatkan lebih 100 peserta dari dalam dan luar negara. Turut hadir Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM, Dr. Ismail Parlan. 


Dalam pada itu, Mohd. Uzir berharap agar ISI WSC 2019 dapat memberi satu lonjakan kepada dunia untuk bergerak secara bersama-sama dalam penghasilan statistik yang diperlukan oleh negara ini dan dunia.


ISI WSC 2019 bakal dihadiri 2,500 pengamal statistik dan saintis data dari lebih 130 negara dalam pelbagai bidang sama ada industri, akademia, kerajaan, pelajar, penyelidik dan penggubal dasar. 

Kehadiran delegasi dari seluruh dunia ke kongres ini akan menyaksikan perkongsian ilmu dan pandangan mengenai pembangunan dalam bidang sains dan aplikasi statistik, selain menyumbang kepada peningkatan kegiatan industri pelancongan negara serta ekonomi Malaysia secara keseluruhannya.


Acara dwitahunan berprestij itu dianjurkan bersama Jabatan Perangkaan (DOSM), Bank Negara Malaysia (BNM) serta Institut Statistik Malaysia (ISM) dan disokong Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCEB), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA