FILEM-FILEM WAJIB TONTON BULAN SEPTEMBER INI



Pawagam di bulan September bagai dihantui pelbagai filem-filem seram. Mungkin inikah apa yang dinanti-nantikan oleh para penonton?



Wangi

Semasa dalam tempoh berpantang selepas melahirkan anak kedua, Nor menyedari adik angkatnya Bella, telah hilang. Suaminya Khuzairi memberitahu bahawa Bella telah berhenti dan pulang ke Amsterdam untuk berkahwin dengan kekasihnya tetapi Bella tidak pernah bercerita mengenai soal perkahwinan dan sejak itu kejadian pelik mula berlaku kepada Nor dan keluarganya. 

Tarikh Tayangan: 5 September 2019
Genre: Seram
Pengedar: Empire Film Solution
Pelakon: Erra Fazira, Sharnaaz Ahmad, Nabila Huda, Syazwan Zulkifli
Pengarah: Mohd Latif Zami.



The Bravest

Berdasarkan kisah benar mengenai kebakaran yang berlaku di sebuah pelabuhan di Dalian akibat letupan saluran paip minyak. Ia berkisar mengenai misi berbahaya sekumpulan bomba yang cuba memadamkan kebakaran tersebut dan pengorbanan yang terpaksa dilakukan.

Tarikh Tayangan: 5 September 2019
Pengedar: Sony Pictures Entertainment
Pelakon: Huang Xiaoming, Du Jiang, Tan Zhuo, Oho Ou Hao, Yang Zi
Pengarah: Tony Chan.



Exit

Yong-nam bekas juara 'rock climbing' akhirnya terpaksa bergantung ibu bapanya kerana gagal mendapat kerja selepas tamat belajar. Dia bertemu dengan Eui Joo, gadis yang pernah disukainya, ketika mengadakan majlis sambutan hari lahir ibunya yang ke-70. Tiba-tiba sebuah malapetaka berlaku, bandar Seoul diliputi oleh gas putih misteri yang toksik. Menggunakan kepakarannya dalam 'rock climbing', Yong-nam perlu menyelamatkan dirinya dan Eui Joo.

Tarikh Tayangan: 5 September 2019
Genre: Aksi / Komedi
Pengedar: ATriNaga Sdn Bhd
Pelakon: Cho Jung-Seok, Yoona, Go Doo-Shim, Park In-Hwan
Pengarah: Lee Sang-Geun.



Warning: Do Not Play

Seorang pengarah filem muda Mi-jung mengalami kekeringan idea untuk filem seram barunya. Suatu hari rakannya, Jun-seo memberitahunya tentang sebuah filem misteri yang dikhabarkan dirakamkan oleh hantu. Jun-seo mula mencari filem tersebut dan akhirnya terjebak di dalam dunia ngeri seperti di dalam filem.

Tarikh Tayangan: 5 September 2019
Genre: Seram / Misteri
Pengedar: MM2 Entertainment
Pelakon: Seo Yea-Ji, Jin Sun-Kyu
Pengarah: Kim Jin-Won



It: Chapter Two

Kesinambungan dari filem pertama yang mengambil tempat 27 tahun selepas kejadian pada musim panas 1989. The Losers' Club sudah dewasa dan berpindah jauh sehinggalah satu kejadian yang memaksa mereka pulang ke Derry, Maine, lalu mendapati musuh utama mereka iaitu IT kembali.

Tarikh Tayangan: 5 September 2019
Genre: Seram
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: James McAvoy, Jessica Chastain, Jay Ryan, Bill Hader, Isaiah Mustafa, James Ransone, Andy Bean, Bill Skarsgård
Pengarah: Andy Muschietti.



Suatu Ketika

Biarpun punyai masalah kesihatan, perkara itu tidak menghalang impian seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mencuba untuk menubuhkan sebuah pasukan bola sepak bersama seorang tukang kebun. Mereka perlu bersaing dengan pasukan dari sekolah berprestij British, St James, untuk layak ke perlawanan "JG Davidson Cup".
Tarikh Tayangan: 12 September 2019
Genre: Drama / Sukan
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Namron, Pekin Ibrahim
Pengarah: Prakash Murugiah.



Dendam Pontianak

Pada tahun 1965, Khalid dan Siti sedang membuat persiapan perkahwinan mereka. Tidak lama selepas itu, penduduk kampung dilanda ketakutan apabila kejadian aneh mula berlaku, termasuk kematian ngeri. Situasi tersebut menyebabkan Khalid mengaku dia telah membunuh seorang gadis yang mengandungkan anaknya suatu masa dahulu. Gadis itu dipercayai kini kembali untuk membalas dendam sebagai Pontianak.
Tarikh Tayangan: 12 September 2019
Genre: Seram / Romantik
Pengedar: Primeworks Studios
Pelakon: Nur Fazura, Remy Ishak, Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Namron, Tony Eusoff, Nadiah M. Din, Nadia Aqilah
Pengarah: Glen Goei, Gavin Yap.



Rambo: Last Blood
Sylvester Stallone kembali sebagai John Rambo, yang mana kali ini veteran perang perlu bekerjasama dengan seorang wartawan untuk menyelamatkan seorang gadis yang diculik oleh kartel dadah Mexico.

Tarikh Tayangan: 19 September 2019
Genre: Aksi 
Pengedar: Oneworld Alliance Film Sdn. Bhd.
Pelakon: Sylvester Stallone, Adriana Barraza, Paz Vega, Yvette Monreal
Pengarah: Adrian Grunberg.



Hustlers

Diinspirasi dari kisah benar dari artikel majalah New York berjudul "The Hustlers at Scores" oleh Jessica Pressler mengisahkan sekumpulan bekas penari di sebuah kelab malam iaitu Destiny, Ramona, Diamond, Mercedes, Elizabeth, Annabelle dan Liz, merancang untuk melakukan pencurian terhadap pelanggan Wall Street yang kaya.
Tarikh Tayangan: 19 September 2019
Genre: Komedi / Jenayah
Pengedar: TGV Pictures
Pelakon: Constance Wu, Jennifer Lopez, Cardi B, Keke Palmer, Lili Reinhart, Julia Stiles
Pengarah: Lorene Scafaria.



Ad Astra

Dua puluh tahun lalu, bapa Roy McBride telah hilang ketika dalam misi ke Neptune untuk mencari makhluk asing. Kini Roy bekerja sebagai jurutera Angkatan Tentera dan mengembara ke angkasa lepas untuk mencari bapanya.

Tarikh Tayangan: 19 September 2019
Genre: Pengembaraan / Fiksyen Sains
Pengedar: Walt Disney Pictures
Pelakon: Brad Pitt, Tommy Lee Jones, Ruth Negga, Liv Tyler, Donald Sutherland
Pengarah: James Gray



Scary Stories To Tell In The Dark

Selama beberapa generasi, sebuah bandar kecil bernama Mill Valley berada dalam bayang-bayang keluarga Bellows. Sebuah rumah agam milik keluarga itu yang terletak di hujung bandar pernah didiami seorang gadis bernama Sarah. Dia menyimpan seribu satu rahsia mengerikan dan menulis sebuah buku yang penuh dengan kisah-kisah seram berdasarkan hidupnya yang terseksa. Pada tahun 1968 di Amerika, sekumpulan remaja mendapati semua kisah tersebut menjadi realiti selepas menemui rumah agam menakutkan itu.

Tarikh Tayangan: 19 September 2019
Genre: Seram
Pengedar: MM2 Entertainment
Pelakon: Zoe Colletti, Michael Garza, Austin Abrams, Gabriel Rush, Austin Zajur, Natalie Ganzhorn, Dean Norris, Gil Bellows, Lorraine Toussaint, Javier Botet
Pengarah: André Øvredal

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO