REVIU: KAMERA PENCETAK SEGERA CANON INSPIC [C]



Canon Marketing Malaysia telah memperkenalkan kamera pencetak segera iNSPiC yang kompak dan bergaya, iNSPiC [C] baru-baru ini. Team FemagOnline telah diberi kesempatan untuk mencuba peranti inovatif ini – sebuah kamera pencetak segera yang bersaiz poket. Ia menggabungkan keupayaan untuk mencetak dan berkongsi foto dengan segera serta kamera digital.

Siri iNSPiC [C] membolehkan anda mengabadikan detik-detik indah dan spontan dengan cuma satu sentuhan sahaja. Anda boleh mengambil dan mencetak foto dengan hanya satu peranti tanpa memerlukan kamera dan mesin pencetak yang berasingan.

Mari kita lihat dengan lebih dekat iNSPiC [C]…. 


Unboxing: Kamera pencetak 2in1; kertas foto ZINK™ 10's; kabel microUSB, strap tangan dan panduan pengguna,  

iNSPiC, iaitu singkatan untuk ‘Inspiring Pictures’ atau ‘Gambar yang Memberikan Inspirasi’ tampil sebagai kamera pencetak segera 2 dalam 1 yang bersaiz poket.iNSPiC [C] menampilkan resolusi foto 5MP . 

Berdimensi 121 x 78.3 x 23.8mm, iNSPiC [C] adalah ringan dan kecil untuk dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kocek atau tas tangan.

Ini adalah slot printer di mana foto anda akan keluat semasa dicetak dalam resolusi 314 x 500 dpi

Rangka iNSPiC [C] diperbuat daripada plastik - ringan dan mudah dikendalikan.

iNSPiC [C] juga didatangkan dengan slot SD Mikro yang dapat menyokong kapasiti kad sehingga 256GB. Kamera 2 dalam 1 ini dicaj melalui port microUSB dan mengambil masa sehingga 90minit untuk caj penuh.

Kertas foto ZINK™ didatangkan dalam pek 10's. Ia mempunyai fungsi seperti pelekat/ sticker di mana bahagian ‘kupas dan lekat’ yang boleh melekat secara mudah pada belakang telefon pintar, komputer riba, permukaan meja, cermin dinding dan sebarang permukaan yang licin.

 Kertas foto ZINK™  bersaiz 2x3 inci adalah kalis comot dan tahan calar walaupun terkena air. 

Anda juga boleh memilih saiz gambar sama ada 2x2 atau 2x3 inci dengan menekan butang pilihan.

"Cermin" kecil yang terdapat berhampiran lensa kamera adalah untuk membantu anda untuk mendapatkan posisi atau "framing" yang dikehendaki untuk swafoto. 


iNSPiC [C] mudah dikendalikan. Dengan hanya satu klik, anda akan dapat neangkap gambar dan mencetaknya dengan sekelip mata.

Foto dicetak tanpa menggunakan dakwat dengan teknologi ZINK™.Dengan adanya butang percetakan semula, anda juga boleh mengulang cetak gambar anda dengan satu sentuhan.

Hasilnya cukup memuaskan untuk mengabadikan detik-detik istimewa dalam bentuk cetakan untuk disimpan sebagai kenangan.

iNSPiC [C] amat mudah digunakan tanpa perlu "setting" yang banyak. Flash kamera akan diaktifkan secara automatik bergantung kepada pencahayaan pada subjek.

Fungsi auto-flash iNSPiC [C] membolehkan anda mengambil foto yang jelas walaupun di tempat yang malap.

iNSPiC [C]  boleh mencetak foto dalam kurang dari 60 saat menggunakan Teknologi ZINK Zero Ink™ oleh ZINK™, sejenis percetakan kering terulung yang membolehkan percetakan berwarna tanpa menggunakan kartrij dakwat. Jadi anda tidap perlu risau akan kehabisan dakwat seperti pencetak berkatrij yang lain.

iNSPiC [C] didatangi dalam warma pop yang bergaya. Pilihlah warna mengikut personaliti anda - Bubble Gum Pink, Bumble Bee Yellow dan Seaside Blue

Secara kesimpulannya, iNSPiC [C] adalah ringkas, mudah untuk dikendalikan tanpa perlu memperlajari setting yang rumit. Ia menggabungkan keupayaan untuk mencetak dan berkongsi foto dengan segera serta kamera digital untuk membolehkan anda mengabadikan detik-detik indah dan spontan dengan cuma satu sentuhan sahaja. 

Ringan dan kecil, ia sesuai untuk digunakan untuk travel - untuk ditampalkan dalam buku scrap/album percutian. Saiznya juga lebih kecil daripada kamera segera lain yang berada di pasaran. Jika anda suka mengambil gambar dan mencetak foto "on-the-go", iNSPiC [C] adalah wajib dijadikan teman perjalanan anda! 

iNSPiC [C] CV-123A boleh didapai sekarang dalam warna Bubble Gum Pink, Bumble Bee Yellow and Seaside Blue dengan harga runcit yang disyorkan RM 499 seunit.

Untuk maklumat lanjut tentang iNSPiC [C] CV-123A, sila layari https://my.canon/en/consumer/inspic-c-cv-123a/product

Ikuti laman Facebook rasmi di www.fb.com/CanonMalaysia dan laman Instagram rasmi di @canonmalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA