OYO LAKAR KEJAYAAN DI MALAYSIA DENGAN PENAMBAHAN 10,000+ BILIK



OYO Hotels and Homes, sebuah rangkaian hotel, rumah dan ruang kediaman yang dipajak dan francais ketiga terbesar di dunia mengukir kejayaan yang signifikan dengan mengembangkan sayap ke 40+ bandar di Malaysia dan menambah 10,000 kunci eksklusif kepada rangkaian hotelnya di negara ini.

Rangkaian hospitaliti ini berjaya menambah tiga kali ganda jumlah tetamu pada setengah tahun pertama 2019 vis-Ă -vis 2018 dengan lebih dari 755,500+ tetamu menikmati hospitaliti OYO di Malaysia. Hari ini, OYO Hotels berkembang merentasi 40+ bandaraya dan bandar di Malaysia, termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Kelantan, Kuala Terengganu, Langkawi, Ipoh, Kota Bharu, Johor Bahru dan Melaka. Dibantu oleh bakat tempatan dan pelaksanaan yang cekap, syarikat ini berkembang secara konsisten dan membuktikan komitmen untuk memberi tambah nilai kepada industi hospitaliti tempatan. 

Sejak memulakan operasi di Malaysia, OYO menunjukkan pertumbuhan mantap di dalam tiga tahun kebelakangan ini, dengan pertambahan tinggi bilangan tetamu di lebih 300 hotel francais dan pajak di Malaysia. Ini adalah bukti penginapan berkualiti OYO yang diperkenalkan di Malaysia bersama pengalaman hospitaliti bergaya. Hotel OYO yang popular di kalangan pengunjung antarabangsa dan domestik – termasuk ahli perniagaan, yang berkeluarga serta pasangan yang bercuti santai, sentiasa mendapat sambutan di kawasan subbandar, bandar dan bandar-bandar kecil. Setakat ini tempahan tertinggi dicatat di Kulim (87%), Seri Kembangan (85%), Labuan (82%), and Puchong (79%) di dalam tempoh kurang satu tahun. 

Syarikat telah meraikan kejayaan di Malaysia dengan Perjumpaan Rakan Kongsi OYO 2019 yang diadakan pada 21 Ogos, 2019. Yang Berbahagia Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya yang turut hadir memuji pertumbuhan pesat OYO di Malaysia di dalam penyediaan tempat tinggal berkualiti dan kaedah mampu. Acara yang penuh bermakna ini turut mengiktiraf tuan punya aset OYO cemerlang yang telah membantu syarikat menjejakkan kaki dan berkembang di negara ini. 

OYO turut memberi penghormatan kepada usaha murni tuan punya hotel di dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan dan hotel berprestasi tinggi sepanjang operasi. 

Tan Ming Luk, Country Manager of OYO Malaysia

Mengulas mengenai prestasi, Tan Ming Luk, Ketua – OYO Malaysia, berkata, “Misi kami untuk membina tempat tinggal berkualiti disokong oleh pelancong di Malaysia – domestik dan antarabangsa. Kejayaan terkini di Malaysia dengan 10,000 bilik ketika kami meraikan kejayaan pertumbuhan yang menggalakkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kita memulakan operasi di Malaysia dengan pengetahuan lengkap mengenai lanskap industri hospitaliti dan peluang yang ditawarkan dan kami terharu dengan maklum balas dari pelancong dan tuan punya hotel OYO. Serentak dengan usaha untuk menyediakan penginapan yang selamat dan selesa dengan harga yang sangat perpatutan, kami menaruh harapan yang tinggi kepada perniagaan kami di negara ini. Dengan kehadiran kami di 43 bandaraya dan bandar di kesemua 13 negeri, kami komited untuk mengembangkan pelaburan di Malaysia, memperkasakan tuan punya hotel tempatan dan meneruskan usaha kami untuk menyediakan penginapan yang berkualiti tinggi, selesa dengan harga berpatutan. Saya teruja untuk menyambut kejayaan ini bersama tuan punya aset dan disaksikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan Bravanan Aruljothi, Pengurus Akaun Kanan, Booking.com.” 

Malaysia merupakan satu peluang terbesar seterusnya bagi OYO Hotels and Homes. Lanskap hospitaliti negara dicirikan oleh permintaan-bekalan yang tidak seimbang dengan ruang tempat tinggal yang berkualiti dan OYO, sejak dilancarkan di negara ini, telah menggunakan kapabiliti teknologi, operasi, onboarding dan transformasi dan membina keseimbangan di antara faktor-faktor ini. Secara purata aset yang beroperasi menyaksikan penghunian sehingga 65-70% selepas menjadi sebahagian dari rangkaian OYO. 

Tan menambah, “Sejak dari awal lagi, kami bertekad membawa pengalaman terbaik OYO untuk pelancong tempatan dan luar negara. Pertumbuhan kami sangat menggalakkan di dalam setiap sudut dan mencerminkan tindak balas pasaran yang hebat kepada kewujudan kami di negara ini. Kami komited untuk memperkasakan tuan punya aset dan bekerjasama rapat dengan mereka sekali gus menyokong mereka di dalam setiap aspek hospitaliti. Kami akan terus mengembangkan kehadiran kami di negara ini di bulan-bulan yang mendatang.” 

Datin Siti Alida binti John Abdullah, tuan punya OYO 915 De Cyber Boutique Hotel, Cyberjaya, berkata, 

“Selepas menyertai OYO Hotels and Homes, segalanya menjadi semakin rancak. Jualan dan penghunian naik. Perkongsian dengan OYO menampakkan impak besar ke atas jualan dan penghunian. OYO telah membantu meningkatkan penglihatan dan kehadiran kami di dalam pasaran dan turut membantu menyegerakkan tempahan dari OTA dan pelanggan “walk-in” sekali gus memudahkan pasukan kami untuk menguruskannya. Mereka begitu teliti di dalam penyediaan bilik untuk keselesaan tetamu dan kehadiran Kapten OYO membantu menyelesaikan masalah yang timbul dari terlebih tempahan, tetamu yang sukar ditangani dsb. Perkongsian dengan OYO adalah satu keputusan yang terbaik kerana dengan OYO, kami tidak ada masalah untuk memenuhi bilik. OYO membantu kami di dalam menguruskan kualiti, penyelenggaraan dan tenaga kerja. Saya akan mengesyorkan OYO kepada pemilik hotel lain, terutama yang baru di mana sehingga 70% dari masalah awal boleh dielakkan untuk mendapatkan pecutan di awal perniagaan.” 

Wong Kong Lin, tuan punya OYO188 YP Wangsa, berkata, “Sebelum menyertai OYO, saya tahu perniagaan hotel saya mempunyai peluang untuk berkembang, tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Apabila saya didatangi OYO, saya melihatnya sebagai sebuah syarikat pengurusan hotel yang terkenal dengan sumber dan kepakaran yang betul, dan itulah yang saya mahukan. Di dalam tempoh beberapa bulan pertama perkongsian kami, kami melihat perniagaan semakin berkembang, saluran atas talian dioptimumkan dan tetamu kami gembira. Saya memuji strategi OYO yang terbukti berjaya menarik lebih ramai pelanggan ke hotel saya yang terletak di tempat yang begitu kompetitif. OYO menyediakan sistem dan teknologi yang membolehkan saya memantau prestasi hotel saya melalui telefon pintar. Harga yang dinamik adalah efektif untuk memastikan kami dapat memaksimumkan bahagian pasaran dan mendapat hasil pada setiap peluang yang ada. Pengalaman keseluruhan saya bersama OYO ialah kenaikan di dalam kadar penghunian dan peningkatan pendapatan untuk hotel saya serta pengurusan harta yang lebih baik semenjak perkongsian kami. Sementara OYO memperkenalkan hotel kami kepada pasaran global, kami sebagai tuan punya boleh memberi fokus kepada penyelenggaraan dan naik taraf perkhidmatan untuk kepuasan tetamu, bersama, inilah perkongsian sempurna untuk mencapai kejayaan.” 

Melalui sistem integrasi teknologi dan kapabiliti merentasi operasi, transformasi, pengubahsuaian dan onboarding, OYO membantu tuan punya aset untuk meningkatkan penghunian hotel mereka dan memberi tempat tinggal berkualiti dan standard untuk tetamu. Setiap tuan punya aset Hotel OYO mendapat akses kepada teknologi maju OYO, memberikan kawalan penuh kepada tuan punya hotel dan pengurus di dalam operasi harian, mengurangkan kos, mencapai kecekapan pekerja dan menjimatkan masa. Apa sahaja yang berkaitan harta boleh dipantau dengan mudah melalui teknologi proprietari OYO. 

Comments

Popular Posts